CORETAN TERBARU NADH

Ini bukan cerita keluarga Iskandar!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni aku nak bercerita pasal keluarga Iffah Afeefah. Haha. Kenapa tiba-tiba? Sebab akak blogger ni tanya macam-macam pasal keluarga aku hari tu. Semua sebab panggilan uncle untuk satu-satunya abang aku.

Kami sekeluarga ada 9 semuanya. Dua je lelaki dalam keluarga Seri Iman. Satu ayah. Satu abang aku yang aku panggil Mad. Ada tiga kakak dan dua adik perempuan. Kaklong adalah satu-satunya kakak yang kami panggil kakak. Sila jangan pelik. Mula dengan kakak kedua hinggalah adik kedua akhir panggil nama je. Dila, Nini, Mad, Ipah, Adik dan Ena. Ena je kena panggil kami akak dan abang sebab dia masih sekolah. Orang lain dah kerja, dah jauh menuntut ilmu di menara gading.

Yang "adik" sebab jarak Ena dengan dia 6 tahun. Faham kan? Jadi ia tak jadi masalah sehinggalah cucu sulung lahir. Tak tahu nak bahasakan apa. Kecuali Kak long. Automatiklah Mak Long. Kami penat fikir okey. Jadilah panggilan suka hati janji kami happy. Bermulalah nama Cik Long, Cik Ngah, Mak Lang *sebab dia dah ada anak dulu, Uncle Mad, Cik De *akulah tu, Cik Teh dan Cik Cuk aka Cik Su.

Bukan kami je yang suka hati tetapkan panggilan. Ibu pun sama. Like mother like daughter and son kan? Jadinya ibu memang tak nak cucu panggil nenek. Dia rasa muda. Kakak aku dapat anak umur 22 macam tu. Akhirnya setelah meneliti nenek dalam bahasa lain. Dapatlah Onnie dalam bahasa Jepun. Aku tak tahu sebutan sebenar macam mana. Tapi sebutan yang kami sebut gaya korea panggil kakak unnie.

Itulah kisah kami. Sekarang baru ada 3 anak buah, dah macam ibu tunggal aku ni. Belum masuk yang bakal lahir beberapa minggu lagi. Pening =P

17 comments:

missSenget said...

ipah ade abang..? kirim salam ke beliau.. ehem..


kemain sporting mak..panggil onnie..

kitorang panggil nyai.. dlm bahasa jawa..

Cikgu Ma said...

weee...mesra la panggil nama jerr...heheh

best kot layan anak buah...tapi kalo dh besar2 pening jugak...

نورعيم said...

eh kak senget ni nk potong line kita la. haha.

kak ipah, adik tu yg dok india nuh eh?

boni kacak said...

hai cik de.... hehehehe. owh, begitu salahsilah keluarga cik de ye..hehehe

saifudin said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Memaafkan adalh cara balas dendam yang paling mulia.

misz aisya said...

anak buah kite yg sulung beza 3 taun je..dri kecik dy panggil kite makcu. skrg anak buah kite dah 12 orang.. :)

zila manaf said...

kami nk sgt anak buah memandangkn kmi ank sulung kena produce sndri punya dululah hihi

Sunah Sakura said...

cik de ooo cik de...lepas ni panggil cik de k..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

dtg cheras selatan bg tahu lah. rumah dekat dgn cheras selatan. leisure mall pun... haaaaaaaaaa

aku HaniAsyira said...

teringat lak kwb dipanggil kak de.. ni cik de.. amboih.. semua nya taknak mengaku maik cik..

comelnya nenek panggi onnie.. =)

reenapple said...

Cik DE... nak pnggil kau mcm tu la. Akak pelangi tu biarkan dulu.. haha

deno said...

ramainya ... deno pun ada 3 orang anak buah yg fenin juga kalau dah nakal.. hihi

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

OE pun dalam family tak ada nama panggilan specifik... dan tak ada anak buah lagi...
tapi pernah jugak bincang2 pasal nak panggil ape kalau ade anak buah...
tapi memang semua dok gelak je dengan nama tu... hehe... ^^

kay_are said...

besar gak r family ko kire nye ni.. kakak aku pun panggil aku adik sebab jarak aku ngan num 3 jauh sangat.. sampai ke sudah r adik jadinye.. aku baru je ade sorang anak buah.. memang comel r tapi.. ^^

Nong Andy said...

Sila bersabar jaga anak sedara tu...

wah.. ramai rupanya adik beradik kau.. dah hampir semuanya perempuan... best tak ramai sedara pempuan? aku ada satu kakak, satu abang dan satu adik lelaki jer (yg masih idup le..)

tak ada adik pempuan.. ko ajalah jadi adik aku hehehehe...

ketikketok said...

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

kiera'sakura said...

ibu tunggal? hahahahahahaha jgn rambut pun tak sempat nak sikat sudah lah kihkihkih :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers