CORETAN TERBARU NADH

Boleh tak tak nak kahwin?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gila kau soalan cepumas! Ada orang cakap kat aku dia tak nak kahwin. Dia kata kahwin bukan mudah. Melibatkan tanggungjawab dan segala macam masalah. Bagi dia kahwin tu rumit sampaikan dia tak mampu nak melangkah ke gerbang perkahwinan pun. Dia kata bila kahwin kena memahami pasangan, duduk serumah bukan macam bercinta dulu-dulu.

Lepas tu nak ada anak, jadi suri rumah, jaga makan pakai suami. Jaga suami supaya tak ada kes curang. Jaga macam-macam sampaikan dia takut dia stress dengan kehidupan lepas kahwin. Dia kata kahwin tu tak indah macam dalam novel. Kes suami dera isteri, suami tak bagi nafkah, suami cari perempuan lain.

Dia takut untuk melalui fasa-fasa itu. Dan sekarang dia dah tawar hati dengan perkahwinan. Mungkin pengalaman dia mengajar. Dia tak nak kahwin hanya untuk bahagia sehari dua. Lepas tu cerai berai. Dia tak nak!

Kata aku; Jodoh ni Allah yang tentukan. Kalau betul dia tak dapat calon suami yang sesuai untuk menikah, redha jelah. Kalau ada, mungkin bakal suami dia akan membuka mata hatinya untuk terima hakikat kehidupan lepas kahwin tak adalah menggerunkan sangat. Cuma kita sendiri yang kena usaha mencorakkan supaya ia bahagia hingga ke syurga. =)

17 comments:

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

maybe skrg bnayak kes2 keruntuhan rumah tangga , menyebabkan dia takut utk melaluinya....

Dhon Damaska said...

kahwin itu sunnah terbesar Nabi saw..

ahsfantasy24 said...

Perkahwinan juga merupakan sebuah akademi :)

misz aisya said...

sy ade sorg kawen camni. tp sy xnak komen ape2. juz doakan hati dy trbuka utk berkahwin.

setiap perkara ada risiko. trmasuklah perkahwinan. kita kne bnyk perbaiki diri, doa smoga ada jln trbaik utk kehidupan kta.amin. :)

Tihara said...

doa senjata umat Islam..doalah moga bahagia dan diberkati Allah..namun jika tersurat perkara yg sedih berlaku anggaplah ianya ujian utk ketabahn menempuh hidup seterusnya..

Cikgu Ma said...

yg tersangat nak kawen ni plak, x sampai2 lagi jodoh dan rezeki...hehe

Nur Zulaikha said...

jodoh itu rahsia Allah..kalau dh takdir mcm tu nk buat cmne..tp masih blh berubah :)

-meeSUPERGIRL- said...

semua org pasti alami .. in syaa Allah . tak sabor neh . hahahhah

azstory said...

Suruh dia mendalami lagi ilmu agama Islam.. Dia perlu tahu betapa Allah sayangkan kaum hawa..

Pintu rezeki orang yg sudah berkahwin melimpah ruah.. jika dia miskin Allah akan buka pintu rezeki yg tidak terduga.. itu janji Allah..

Berdoalah pada Allah, semoga dipertemukan dengan jodoh yg baik.. untuk mendapat yg baik lihat pula pd diri sendiri dahulu, muhasabah..

Rapunzeel Cikilolo said...

kata-kata dalam petak kuning tu memang tepat :)

hnahdy said...

dia tu banyak pengaruh dengan novel kot xpun drpada pengalaman saudara mara dia. itu yang dia tawar hati

hana rasakan ikut individu jgak. time skrang hana xmau kawin. mana nak tahu kan 5 6 tahun akan datang teringin nak kawin.haha

Sunah Sakura said...

ya, hidup ini tak seindah novel dan cerpen, tapi dengan usaha, kita mampu buat ia seperti mana yang kita nak dengan pergantungan hanya pada Allah..

Mas Zull said...

assalamualaikum iffah...kawin tu kan sunah Nabi jgn fikir mcm tu tau kalau ada jodoh teruskn jgn tangguh2 lg...;)

baby comel said...

kawin tu fitrah, mybe skg dia belum rasa tp mana tahu Allah balikkan hati dia, satu masa betapa dia merasakn nikmat berumahtangga tu..
~diri sendiri tak sabar nk kearah tu tp blm mampu :(

kay_are said...

bese nye yang jenis nak tolak2 taknak kawin ni yang end up kawin dulu.. kawan aku banyak yang macam tu..

kiera'sakura said...

sebab tu Allah kata usaha, doa dan tawakal. dia kena la percaya dengan janji Allah kalau tidak tak kan Allah takdirkan adam dan hawa sebagai sepasang suami isteri

Nong Andy said...

ahahaha.. belum smpai seru tu. jgn bimbang.. biasanya perkara macam tu akan berubah kelak.

dulu bila aku tahu proses melahirkan anak itu er.. susah/sakit aku boleh2 fikir taknak kawin kekekekeek.....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers