CORETAN TERBARU NADH

Pergi dan belajar menghargai...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang kita letih. Letih mencari apa yang dinamakan penghargaan. Payah bukan main kan? Sakitnya bila kehadiran kita sedikitpun tak mengundang bahagia. Malah kadangkala tak dihargai. Mungkin kita sendiri terlalu selesa dengan diri sendiri sampai lupa yang orang sekeliling tak mahu kita ada. Rimas. Lemas.
Sedihnya! Kenapa bila kita bersungguh-sungguh menceriakan orang, orang tak nampak kehadiran kita. Orang tak hargai pun apa yang kita usahakan.

“Kau apahal menyibuk?”
“Kau kenapa? Rimas aku!”
“Asyik muka kau je, tak ada orang lain?”

Ia sakit. Sakit yang amat mendalam bila rasa kita tak dihargai. Kadang kita rasa yang kita tak diperlukan di sisinya. Cukuplah dia dengan hidupnya dan kita dengan hidup kita. Orang kata perpisahan mampu membuatkan seseorang kembali menghargai kita. Tapi sampai bila?

“Aku diam. Kau cari. Aku ada kau abai. Aku bising kau rimas. Aku ketawa kau jelek. Aku senyum kau tak nampak. Aku menyendiri kau buat hal sendiri. Sekarang aku nak pergi, tak tahulah bila aku tak ada kau akan belajar menghargai…” Monolog Betoffah, 2012

21 comments:

reenapple said...

aku faham ini. Sebab itu aku undur diri seketika. Haha.

Manusia akan hargai bila rasai kehilangan.. itu lumrah kehidupan...

paripariputih said...

Walau tak semua tapi masih ada lagi... percayala.... kadang2 hidup ni mcm tak adil pada kita... tapi kita tak tahu itulah sebenarnya yng mengajar kita tentang kasih sayang ... tentang kehidupan sebenar pahit tapi itulah penawarnya.... aku ada selagi ko tak buang aku eh..

Farah Najwa said...

erm, kadang2 aku pun pernah gak rasa camtu. pastu aku buat bodohh n aku pendam camtu je. bile aku dah fed up dengan manusia yg sebegini, aku terus fire. mengaharap die faham n brubah. pastu aku terus diamkan diri. time perlu je aku bersuara. selebihnya aku diamkan saja.
masa tu baru dorang rasa, kehilangan kita.

Dikbi Kamaruddin said...

mungkin ada insan lain yg akan lebih menghargai kita...sabar ye

Amirul Verdasco Nadzri said...

aku diam kau cari, aku ada kau abai.. yup, it hurts a lot.. tp aku jenis pdendam. apa aku rasa, aku nk ko rasa. mcm mn sakit hati aku bila org abaikan, mcm tu jgk aku bg org tu rs. kejam tak, kejam tak?

Rara Nasiha said...

biarlah mereka. satu hari nanti, bila dorang perlukan kita, dorang akan ingat jugak. sabar jela.

Cik Tia said...

manusia takkan belajar selagi belum merasa :')

azstory said...

amboih.. dah bergabung meletop "Betoffah" dengan apipo xnak..hahaha

sebaiknya berdoa sahaja untuk kebaikkan masing2..

boni kacak said...

paling penting di dalam kehidupan kita adalah orang menghargai kita.. apa yang kita buat.. apa yang kita lakukan.. sangat sedih bila segala apa yang kita usahakan tak dihargai...

Encik H said...

selalu and sering rasa macam tu..kita cuba hargai orang, tapi org pulak tak hargai kita..

tapi mungkin sebab dah biasa, so terima jer la..:)

ahsfantasy24 said...

mungkin kita perlukan masa
untuk buat dia buka mata..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Belikan cermin utk dia.. Haaaa

the malay male said...

bila dah takde nanti baru teringat ingat

kay_are said...

pernah gak rase camtu.. niat nak tolong tapi macam tak dihargai je.. sudahnye sekarang ni, sukati r ape yang mereka nak wat, aku malas nak amek tau dah..

Sunah Sakura said...

betoffah la pulak... =.="

Mas Zull said...

assalamualaikum iffah....sedihnya kalau dpt org yg mcm ni...;)

kiera'sakura said...

memang selalu dengar yang bila dah takde baru tau erti menghargai. sebab tue akak datang time diperlukan dan pergi bila tgk dia dah mula bahagia. :D

-Nozah 90- said...

btul tu ayat...bila kita bsungguh2 untk menceriakan org tapi apa yg kita buat tu tdakk kena hargai mmg sakit,dan bila sudah kita buat kan sseorg tu ceria kita dilupakan ...iffah saya nak copy past ah

-Nozah 90- said...

mmg sedih sangat bila kita sudah bsunggu2 ceriakan sseorg tu dan org tu tdk pnah mghargai apa yg kita buat ddgn dia..

Nong Andy said...

Betoffah? ahahaha.. o.k aku tahu itu " istanbul aku datang"

iffah.. rajuk biar pada yang sayang hehehe..

sebenarnya aku taktau nak komen apa.. aku harap jer aku bukan di antara org yg abaikan ko masa ko cuba ceriakan aku...

نورعيم said...

nak pergi mana? heee.

kalau org tak hargai sy kan, sy senyap dan takkan bercakap. br la org sedar yg org perlukan kita.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers