CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Kesudahan cerita kita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kosong. Bilik itu dibiarkan kosong. Hanya dua katil bujang bercantum. Yang tiada berbaju. Gamaknya seperti rumah kosong saat mereka baru berpindah di bilik ini. Lama bilik itu dihuni oleh dua jasad. Dua hati dan dua akal. Akhirnya kini kembali sunyi. Yang ada hanyalah habuk dan debu hama bersarang sana sini.
Air mata menitis perlahan. Raihan memandang sahabatnya sayu.
“Apasal muka kau tu?” Delaila mengerutkan wajah.
“Aku sedih beb!” Raihan hanya ketawa. Masakan hati keringnya bisa rasa sedih saat hujung mereka berpisah. Kalau dia menangis sekalipun, pastilah ditutup dengan sebiji bantal.
“Tak payah nak sedih sangat. Kau pun bukan pergi mati pun…” Delaila mencebik.
“Kau ni aku mati betul-betul baru tahu…” Rajuk hatinya. Bukan dia tak tahu perangai Raihan. Tapi itulah yang dia tak boleh elakkan.
“Kau jangan cakap macam tu boleh tak? Kalau betul-betul jadi macam mana?” Amarah menyelubunginya. Entah mengapa dia tak suka dengan kalimah keramat yang sahabat ujarkan. Baginya mati itu benar-benar membuatkan dirinya tersentak. Benar mati itu pasti tapi dia masih belum sanggup nak kehilangan buat kali kedua. Benar-benar meninggalkan kesan mendalam saat kekasih hatinya maut dalam kemalangan ngeri.
“Rai…sorry…” Delaila mula serba salah. Punggungnya diletakkan benar-benar sebelah dengan teman menangis dan ketawa. Namun tiada balasan dari Raihan. Diam seribu bahasa. Sepi memenuhi segenap ruang kelam.
"Rai please... aku tahu yang mulut aku ni langsung tak ada penapis. Laju je keluar weh..." Nada sebak kedengaran. Raihan menoleh ke arah sahabatnya.
“Delaila… kau tak salah. Aku je beremosi tadi. Maafkan aku. Aku tahu aku orang yang gagal…” Delaila segera memeluk erat tubuh sahabatnya.
“Syhhh… kau jangan nak kata kau gagal. Aku selalu bangga dengan kau. Aku selalu kagum dengan kau. Kau bukan orang yang gagal!” Raihan tertawa. Lantas rangkulan dileraikan.
“Aku gagal Lai… Aku gagal kawal emosi… Aku terlalu ikutkan rasa… Padahal ini hari terakhir kita bersua. Entah bila kita nak berpeluk sebegini bukan? Maafkan aku. aku masih…”
“Baik kau diam. Kau ni makin banyak mulut kan?” Delaila ketawa. Air mata diseka laju. Raihan cuma memerhatikan lagaknya.
“Raihan yang aku kenal seorang yang tabah. Raihan yang satu ketika dulu terbabit dalam kemalangan ngeri. Yang melibatkan kematian seorang lelaki yang benar-benar dia kasihi. Lelaki yang disangka jodoh yang terbaik buat dirinya. Raihan yang berjalan berkilo meter demi mendapatkan bantuan. Raihan inilah yang masih hidup, dengan sisa kenangan Qalif walaupun peristiwa itu seperti bayang-bayang yang menghantui. Aku kenal Raihan Iman yang cekal orangnya. Walaupun parut sana sini, kau tak perlu malu dengan diri kau. Kau sentiasa yakin dengan satu kekuatan entah dari mana kau dapatkan. Sehinggakan aku tak henti kagum dengan kau… aku kagum…” Dan serentak itu mereka berpelukan semula. Seakan tak mahu lepaskan. Kadang kala persahabatan tak perlukan apa-apa pengorbanan. Cukuplah dengan hanya sebuah pengertian.

#Sebenarnya dah lama aku karang untuk roommate aku masa hari akhir kami jumpa. Ini untuk kau Bie.. Miss you, tunang jangan lupa inform okey... 

11 comments:

aku HaniAsyira said...

kagumm..

zila manaf said...

ayat makin berpuitis dan melankolia hehe

-meeSUPERGIRL- said...

untung dpt roomate mcm awk :P

paripariputih said...

jawapan aku yes... erm abaikan takde kena mengena dgn n3 ko kat atas... :P

boni kacak said...

hurm... kadang kala saya terfikir samada kisah ni ada kena mengena dengan awak atau tak.sebab nampak ikhlas dari hati awak. seolah2 awak yang alaminya sendiri

Leeza dayasari [santai leeza] said...

bertuahnyer kawan tuuu. huuuu

kiera'sakura said...

akak sedih baca. sebab akak paham macam mana ertinya bersahabat

reenapple said...

friendship forever.

CikZaitul said...

beruntung kawan ko ade kawan macam ko..
patut dapat anugerah nih..

muahhh..
ehhhhh

kay_are said...

memang sedih bile orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita kan? tapi yang penting hidup kena diteruskan.. menarik cite ni =)

Nong Andy said...

kau buat aku rasa nak menulis juga weh...

tapi aku dah tak larat nak tanggung hutang hehehehe...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers