CORETAN TERBARU NADH

Terlalu banyak berfikir

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kebelakangan ni aku rasa aku terlalu banyak berfikir. Mungkin tak. Mungkin memang aku jenis banyak berfikir. Kejap fikir yang tu. Kejap fikir yang ni. Kejap fikir masalah orang. Sampaikan aku jadi stress sendiri sebab memikir je.

Sesekali rasa dah layak jadi pemikir. Punyalah banyak fikir. Orang kata banyak fikir ni tak elok. Tak berfikir lagi tak elok. Nak buat macam mana aku memang suka berfikir. Lebih-lebih lagi dalam menyelesaikan masalah orang lain. Itu paling aku rajin fikir.

Ya, tak bagus untuk kesihatan emosi aku. Sebab selalu memikirkan masalah orang, sampai lupa yang diri sendiri ada masalah. Aku akan cuba bantu sedaya upaya walaupun tak tahu sehinggalah nampak kes mereka hampir selesai. Sampaikan lupa yang diri sendiri punya masalah tapi tak berusaha nak selesaikan. Jangan ingat orang tu ketawa memanjang tak ada masalah. 

Aku rasa banyak fikir boleh buat kita sedih tiba-tiba. Aku pernah alaminya. Macam-macam terlintas kat otak membuatkan aku sedih sendiri. Masalah orang masalah aku, tapi masalah aku tetap masalah aku. Dan masalah aku sekarang ialah terlalu banyak berfikir.

#Adakah ini entri? Mungkin hanya monolog dalaman aku. Mohon jangan terlalu banyak berfikir Ipah!

17 comments:

Anonymous said...

u just cant help it...

tabah saja. dah itu nature kau :D



-Nong Andy-

pengembara . . . . . said...

berhati-hati lah ye, . . . . saya pernah menghampiri kegilaan sebab berfikir menghampiri batasan normal, . . . . . .

last-last, . . . mental yang sakit, . . . . . orang-orang sekeliling pandang lain, . . . . pandang pelik macam saya ni gila, . . .

tapi saya memang pelik sikit kadang-kadang, . . . .

insya-Allah selagi masih ade iman walau secebis cuma, dan senipis kulit bawang . . . semoga Allah selamatkan daripada penyakit gila, . . . . . .

:)

jangan sampai jadi macam saya, hihi

the malay male said...

kena selalu berfikir, biar otak sentiasa berfungsi.. Huhu

misz aisya said...

hye kak ipah! heehe.

xsalah pk mslh org laen, blh jd motivasi tuk kita tp jgn lebih2 smpai bebankan diri sndiri.

ape2 pon, the more you give, the more you get. :)

Sunah Sakura said...

sebab tu la i up status kat FB semalam...thinking too much will hurt you.....

dan u jugak gitau i camtu dulu...just let it go...let it go....

faraherda.razalan said...

Pk...pk...smpi tak lena. Tak sukalah mcm tu.

hnahdy said...

nanti cepat botak.hehe lawak ja ek..

hana pun fikir masalah kawan tapi hana xcuba bagtau dia pasal apa yang hana fikir. takut lah. kalau pertolongan hana tu mengundang masalah lain xpun di salah ertikan. mendegar dan lebih suka berdiam diri.

kiera'sakura said...

jangan lupa. kadang dengan kita memikirkan masalah orang lain itu akan jadi semangat untuk diri kita sendiri.

bila kita pernah tolong orang lain selesaikan masalah contohnya. nanti bila kita terperangkap dalam masalah yang hampir sama insyaAllah kita dah termotivasi sendiri untuk selesaikan gelodak masalah kita tue ;)

Hafizin Jamil said...

tolong fikir masalah aku wei.. nak ada domain macam ko..kah3

deno said...

berfikir takpe tapi jgn sampai kena migrain.. deno kalau terlu fikir dan risau naik migrain jadinya

boni kacak said...

hurm.. kadang2 berfikir ni memang buat kita serabut.. saya memang tak suka berfikir..sebab saya tak suka serabutkan otak saya ni..

Nurul Ainaa said...

kite fikir masalah orang, kita yang srabut.

korie hensem said...

salam kak iffah,
huhu, lma kita x komen kt blog akak, sorry, busy.


sihat ke?

jgn fikir byk2 nt rambut luruh

Leeza dayasari [santai leeza] said...

leeza sgt setuju dgn.. bila fikir byk2. boleh buat kita sedih. setuju!!

Aien Alien said...

bagi orang yg suka dan kuat berfikir...duduk diam2 pun tetap juga ligat berfikir. asal tak mudaratkan hati dan perasaan sudahlah iffah

Mas Zull said...

assalamualaikum iffah...jangan byk fikir susah nanti...:)

kay_are said...

dulu macam ko gak, selalu pikir cane nak setel masalah kawan sume, tapi bile pikir.. memang tak boleh nak puas ati sume orang, pastu aku tolong setakat mampu je r.. =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers