CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Cinta tak kenal siapa

“Irsyad please,” Amalina bingung dengan perasaan sendiri. masakan bisa dia menerima lelaki itu. Sahabat baiknya sendiri.
“Aku serius. Aku suka kau. Lama dah,” Irsyad memandang Amalina sekilas. Dia tahu bukan masa yang sesuai namun dadanya terasa mahu pecah kalau disimpan lebih lama.
“Irsyad, aku datang jumpa kau nak luahkan kecewa aku kat laki keparat tu. Kau pulak buat cerita lain. Serius aku pening sekarang. Macam mana kau boleh suka aku pulak?” Amalina kusut. Dia seakan tak percaya.
“Aku tak tahu weh. Bila aku dengar cerita kau sepanjang kita kenal ni. Aku jadi suka. Aku jadi nak sentiasa bagi bahu aku untuk kau menangis. Aku nak je bagi telinga aku untuk dengar luahan hati kau. Kalau boleh aku nak je kesatkan air mata…” Belum sempat Irsyad mengatakan isi hatinya Amalina bingkas bangun.
“Stop! Aku tak boleh dengar. Aku anggap kau hanya sahabat. Aku tak boleh balas apa yang kau rasa. Sebab aku…” Dia kehilangan kata-kata saat memandang wajah sahabatnya. Irsyad diam.

Akhirnya, mereka pulang ke tempat asal mereka. Sejak itu tiada lagi erti sahabat. Amalina jauhkan diri begitu juga Irsyad.

Xxxxx

Lama sudah tidak berjumpa dengan sahabatnya. Amalina rindu saat itu. Tapi apakan daya. Cinta memisahkan mereka. Orang kata kerana cinta macam-macam bisa terjadi. Ada yang akan berduka ada yang akan suka. Tapi bagi Amalina bukan cinta sebagai pasangan yang dia mahukan. Dia mahu cinta sebagai sahabat. Bukan kerana dia benci akan cinta tapi dia serik. Serik dipermainkan cinta.

Masih dia ingat saat sahabat baiknya sendiri meluahkan cinta tatkala hati tengah membenci. Benci akan hubungan cinta yang menyakitkan baginya. Amalina sengsara dipermainkan lelaki kasanova. Mulut saja manis. Tapi seperti biasa sudah habis madu dihisap, sepahnya dibuang begitu saja. Amalina ditinggalkan demi perempuan lain. Dia benci akan hakikat itu. Aidil berjaya meranapkan cinta dan kepercayaannya. Dia tak percaya akan lelaki selain sahabat baiknya, Irsyad. Namun, kini Irsyad juga begitu. Cinta membuatkan Irsyad terasing dari hidupnya. Amalina rindu Irsyad. Rindu sangat.

Xxxxx

Semua orang sibuk menjalankan tugas harian. Begitu juga Irsyad. Kertas kerja menimbun perlu dilihat dan ditandantangani. Seharian dia hanya menghadap kerjanya. Dia malas memikirkan kisah lalu. Cukuplah dia malu dengan keterlanjuran kata-katanya. Kini mahu menghubungi Amalina pun dia tak sanggup. Sudahnya dia mendiamkan diri. Diam adakalanya lebih baik.

“Beb,” Irsyad malas mahu mengangkat muka. Dia tahu Syukri yang empunya suara.
“Amboi khusyuk benar kau ni. Jom makan. Dah lunch time ni” Syukri duduk di kerusi empuk sahabatnya.
“Kau pergilah. Aku malas,” Pendek je jawapannya.
“Ala tak syoklah pergi sorang. Jomlah weh. Boleh cuci mata lagi,” Seakan memujuk. Irsyad mengangkat muka perlahan. Syukri tak habis-habis dengan cuci mata. Makwe tak juga lekat.
“Kau ni ada-ada je kan. Kejap aku kemas meja sikit,” Irsyad menyusun fail di mejanya. Nampak serabut. Sama macam tuannya. Itu dia akui. Hidup tanpa Amalina seakan kosong. Benar-benar kehilangan. Hilang sahabat hilang kasih.
“Jom…” Laju Syukri membuka pintu. Mereka berlalu ke restoran berdekatan. Malas nak makan tempat baru yang diragui kelazatan masakannya. Leceh kalau makan dengan orang cerewet.

Xxxxx

Air dihirup perlahan. Syukri masih sibuk memandang perempuan di belakang mereka. Meja betul-betul dekat.
“Lawa weh. Aku ada can tak ni?” Irsyad ketawa saja. Malas dia melayan. Hatinya tawar setelah ditolak cintanya buat pertama kali.
“Dia bangun weh. Harap dia datang sini,” Syukri teruja. Irsyad tergerak hati mahu memandang perempuan yang dimaksudkan.
“Irsyad…” Perempuan itu menyapa. Irsyad kelu.
“Ya saya,” Itu saja balasannya. Syukri kecewa. Irsyad juga yang dapat. Dia selalu kalah. Dia tahu hakikat itu.
“Takkan tak kenal saya?” Perempuan itu cuba berbual. Tapi Irsyad seakan malas melayan. Dia tahu Syukri tengah membara api cemburunya.
“Awak siapa ye?” Perempuan tu ketawa perlahan.
“Saya Ros. Anak jiran lama awak tu. Ingat kita selalu bergaduh pasal siapa siap jemur kain dulu,” Rosmala cuba mengingatkan Irsyad. Akhirnya Irsyad ketawa juga. Lama juga mereka berbual. Sungguh rindu saat berjiran dulu. Orang kampung juga. Cuma keluarganya merantau jauh disebabkan kerjaya ayahnya polis.
“Amboi berborak dah tak ingat aku kan?” Syukri meluahkan rasa tak puas hatinya.
“Sorry Syuk. Dia dah lama aku tak jumpa. Serius rindu zaman dulu,”Sengihannya melebar. Syukri kepansan. Sakit je hati dia memandang drama sebabak tadi. Namun, dia diamkan saja. Malas bertengkar.

Xxxxx

Drama sebabak itu turut disaksikan sepasang mata menawan. Dalam diam Amalina menyimpan rasa. Ya, dia benar-benar kehilangan Irsyad. Irsyad gembira tanpa adanya dia. Irsyad sudah punya teman baru. Kini dia tahu hati Irsyad sudah terisi.

“Cepat benar hati kau menerima cinta yang lain Syad,” Dia berkata sendiri lantas air mata diseka. Kecewa dengan hakikat itu.
“Hei kau kenapa Am?” Amalina hanya senyum. Balqis menghulurkan tisu. Malas dia mahu bertanya lagi. baru pergi ke kaunter bayar sekejap kawannya dah bersedih. Dia pun tak faham dengan Amalina. Banyak rahsia yang dia sembunyikan. Terlalu banyak. Sampaikan dia tak tahu menilai hati kawannya sendiri. namun, dia mahu tetap sentiasa ada untuk Amalina. Walau apapun yang mendatang. Itu janjinya.
“Kau buat apa tu?” Amalina berpaling semula. Balqis terhegeh-hegeh mengejar langkah Amalina yang jauh ke depan.

Xxxxx

Dapur berantakan. Itulah hasilnya bila si suami yang bertungkus lumus memasak. Amalina tersenyum.

“Hai bang, lama lagi ke boleh makan ni?” Irsyad ketawa mendengar sindiran isterinya dari depan. Sengaja dia masak buat kali pertama. Setelah Amalina disahkan hamil. Dia orang paling bahagia dia rasakan. Mana taknya. Cinta berbalas juga akhirnya. Amalina akui cintanya untuk Irsyad seorang setelah insiden demi insiden berlaku.
“Ala, awak tahukan saya mana pernah masuk dapur. Saya dah cuba yang terbaik ni tau. Jangan komen nanti saya sentap,” Irsyad keluar membawa spaggeti bologneese ke depan. Amalina ketawa lepas. Suaminya mengada-ngada. Saja buat kejutan yang konon nak jadikan hadiah sempena hamil.
“Abang-abang. Ina tak kisah pun kalau abang tak masak. Kita makan kat luar pun tak apa,” Amalina memaut lengan suaminya manja. Seronok dia kini. Ada suami. 8 bulan akan datang ada pula penyeri keluarga.
“Ala sayang. Untuk sayang, abang sanggup buat apa je. Tak nak kehilangan buat kali kedua. I love you so much,” Ubun-ubun isterinya dicium lembut.
“Abang, saya nak minta maaf pasal hal tu. Kalau bukan saya tolak awak, mesti kita lama dah kahwin kan? Bahagia macam ni,” Amalina berubah emosi.
“Hish tak baik kata macam tu. Awak ni. Inikan soal jodoh. Allah yang tentukan. Semuanya ada hikmah. Kalau bukan sebab awak nampak saya baik dengan Rosmala, awak takkan sedar yang awak juga sukakan abang kan? Amalina Ibrahim, abang suka awak. Lepas ni abang bolehlah jadi pengelap air mata awak, peminjam bahu awak, pendengar setia dan paling penting suami kepada awak,” Senyum-senyum Amalina mendengarnya. Teringat pula ayat yang sama semasa suaminya meluahkan perasaan.
“Abang ni tak ada modal lain ke? Asyik dialog sama je. Setahun lepas pun abang cakap macam ni jugak,” Rungutnya perlahan.
“Eh yeke sayang? Abang tak sedar pulak ayat dah basi. Ingat isteri abang dah terharu tadi,” Ketawanya bahagia.
“Mengadalah. Kenapalah suami saya tak seperti Aaron Aziz yang romantik tu,” Amalina juga terpengaruh drama melayu. Dia kaki drama. Semua drama dia layan. Hinggakan dialog juga dia hafal.
“Amboi nak bandingkan abang dengan artis buat apa. Dia berlakon dan dapat duit. Abang tak berlakon pun. ikhlas dari dalam hati ni sayang oi. Tak dapat duit pulak,” Amalina ketawa. Sengaja dia sakat suaminya. Dia tak kisah pun suaminya begitu. Dia sayang Irsyad bukan sebab romantik tapi sebab suaminya sayang dia. Terima seadanya yang paling penting sentiasa ada susah dan senang.
“Saya tak kisahlah bang. Kalau saya nak kahwin dengan dia buat apa saya pilih abang kan?” Amalina memujuk kembali. Dia tahu rajuk suaminya tak lama. Irsyad tersenyum kembali.
“Abang dah tahu awak akan pujuk. Menyesal tak merajuk lama-lama,” Isterinya menjegilkan mata. Keduanya ketawa.
“Dah jom makan. Sejuk spaggeti ni,”

Amalina cuba mencedukkan. Namun, cepat dihalang suaminya. Irsyad membuat semua. Dia dilayan bagai puteri. Amalina senyum saja. Walaupun romantik itu tak nampak melalui kata-kata tapi dari segi perlakuan sudah membuktikan. Dia senyum lagi bila Irsyad mahu suapkannya. Malu dilayan begitu.

Bahagia bukan kira masa. Ia datang tanpa dipinta. Cuma kita perlu cipta bahagia kita sendiri. Pilihlah pasangan dengan baik dan berbahagialah dengan pilihan masing-masing. Jodoh itu ada cuma perlu cari sampai temui.
Tamat~~

NOTA IFFAH: Aku cuba lari dari emosi cinta cintaan. Tapi asyik gagal je. Penat aku cari nama. Siap cekwu nama cikgu pembimbing dengan anak murid juga cikgu sekolah tu. Layankan je. Aku rasa tak sweet cerita kali ni. Korang?


Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

Unknown said...

soooooooo swet =) i like...

sy vote 10 kali =)

Woofer Storm said...

mood jiwang nmpak,ada apa2 ke ni?lalalala~

#jom,awk jadi amalina ye^^

Sunah Sakura said...

erm....tu la..macam biasa2 saje cerpen kali ni..mood serabut ke ape ni?

QasehSuci said...

x se sweet cerpen sebelum nie...tapi...romantik!...hahah

Kira Kekuri said...

nice je cerpen ni. like sangat ! :D

reenapple said...

nice...kau buat aku teringat kisah lama.. hehehe. Kisah aku tolak kawan aku.. sekarang ke mana entah. Aku dengar dia dah ada makwe... bahagia.. aku pun turut tumpang bahagia untuk mereka... hehehe.

*romantik endingnya.. hehehe.

syakirahmn said...

comel!! kawan baik jadi pasangan hidup.

Nong Andy said...

Aku suka kisah bestfren jadi couple, pastu kawin hehehe..(cerpen aku pong selalu mcm ni.. jatuh cinta dgn kawan hehehe..)

biarlah mood jiwang cintan cintun. aku suka.. sebab ko hasilkan byk cerpen lately.. wah! jeles tahap gaban...

*Sekali lagi sila sepak seketul dua idea tu kat aku :)

Kira Sakura said...

ada sweetnya... suami yg sanggup turunkan ego demi isteri tercinta.. bukan senang tau nk dapat cm gitu.. akak suka..

pakcik slalu kata lepas kawen dia lupa terus semua resipi :p

CikUna said...

"Bukan kerana dia benci akan cinta tapi dia serik. Serik dipermainkan cinta.." ~ suke ayat nie...=)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers