CORETAN TERBARU NADH

eqbalzack.com writing contest 2

Ini contest anjuran abang Eqbal Zack. Klik sini untuk keterangan lanjut.
Lecturer-Student Relationship, anything wrong?

"Zam, aku tengok kau kerja siang malam. Tak penat ke?”
“Inikan dah memang tugas aku,” Nizam ketawa kecil.
“Tapi sekarang umur kau dah patut kahwin tau tak?” Haziq memulakan leteran.
“Apa nak risau Ziq? Kau tu bini ada kat rumah tapi still datang lepak dengan aku kenapa?”
“Amboi, macam nilah kawan,”
“Jangan merajuk bro. Aku bukan bini kau, kena pujuk pulak,” Serentak ketawa. Rahsianya masih tersimpan kemas. Belum masanya untuk Haziq tahu.

“Encik Nizam, ada hal nak cakap,” Nizam terhenti.
“Apa dia?”
“Zatil…dia…”
“Cakaplah apa yang tak kena? Zatil mana?” Nizam tak sabar.
“Dia tak datang. Dia malu,”
“Kenapa nak malu? Saya ada hal. Awak jumpa saya petang nanti di café. Saya nak sangat tahu,” Nizam berkemas dan berlalu. Syazna risau akan penerimaan lecturernya.

Sejak petang tadi dia tak keruan. Benarkah hal yang diperkatakan Syazna. Zatil perlu ditemui segera. Lalu dia mendail nombor kawan karibnya. Dia takkan benarkan pelajarnya terhukum atas sebab yang tak logik.

“Haziq, aku nak kau jadi saksi,”
“Zatil, saya tahu sebab awak tak datang. Ini bukan masalah awak sorang. Saya tak nak awak malu sebab ni,” Zatil terkaku. Dipandangnya Syazna mengharap pengertian.
“Encik Nizam, apa awak merepek ni?”
“Zatil, tak payah berlakon lagi. Kita tak salah. Mereka yang salah tanggapan. Cuti semester nanti kita nikah terus. Saya tak nak awak terus dihina disebabkan hubungan kita,” Haziq terkejut.
“Ya Haziq. Dia tunang aku. Aku rahsiakan atas permintaan dia. Tapi sebabkan hinaan rakan sekuliahnya aku tak boleh berdiam diri. Apakah salah kami bercinta?”
“Semestinya tak. Kenapa nak rahsiakan benda baik?”
“Zatil risau. Hubungan lecturer dan student macam skandal besar bunyinya,”
“Hubungan cinta antara manusia itu fitrah. Aku tak rasa salah. Kahwin cepat kalau perlu Zam!” Segalanya jelas malam itu. Nizam dan Zatil tak salah. Cinta sememangnya menyatukan sesiapa saja tak kira agama, bangsa, mahupun pangkat.

Tamat!

Nota Iffah: Susahnya nak buat cerpen bawah 300. Huarghh asyik potong dialog je ni. Harap Bro Eq terima.  Doakan aku menang ye korang! Lamanya tak join contest. Tercabar minda aku. Nak tagged Khairul Azri, anak murid aku. Sila cabar diri ye boboi!

Ps: Dia kena kreatif.

13 comments:

K said...

susah la nak menang camni, taiko sudah join. haha

Unknown said...

kak yong sudah join, ala mne nak cri idea ni...huu

Cik Bambam said...

terbaekkkkk~!!! :D

fRaMe+LenSeS said...

waahhh.. hebat jiran. hebat. ai always doa2 u menang. ;) coz ur idea always impress me. :D

Dayang Deno said...

wahhh... iffah mmg ada bakat!! deno pun tak dapat nak buat mcm iffah.. semoga berjaya iffah! :)

Eera Shera said...

alahai sweetnye

em nak cari pensyarah yg encem2 la..haha

Daddylicious said...

tak reti sangat nak menulis...:)

Areyoudys said...

้as salam..
wah! macam seronok! pakcik juga mahu join. menambahkan risiko ทำืนสฟา ำืะพร าำสีฟพ buat iffah. hehe

mas saari said...

menarik!
good luck iffah..

Nong Andy said...

wah.. melampau 300 jer! padat tu hehehe.. Iffah! semoga berjaya!

* aku excited nak baca juga yang lain..

aamalinaazman said...

awwwww
ratu menulis join nih
heeee
ai like dis setoriii =]

Kira Sakura said...

semoga berjaya :D

mrs eyza said...

hihi macam seronok plak kisah skandal nie =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers