CORETAN TERBARU NADH

GEDIK??? Salahkah?

Kenapa kalau sebut perempuan je gedik. Lelaki pun ada yang lebih gedik. Contohnya,_______ Tak payah terangkanlah ye. Faham-faham sudah. Tapi bila tengok kegedikan wanita terutamanya dalam GAMBAR. Bukan main lagi. 

Lepastu UPLOAD untuk tatapan umum. Kalau PRIVATE tak apa juga. Kadang-kadang terfikir tentang bahayanya kita sebagai kaum wanita. Seronok je tangkap gambar. Gaya bebas pulak.

Ingat lelaki tak cair aka TERGODA ke dengan aksi-aksi yang ditayangkan.

Bukan apa, saya nak anda buka mata luas-luas yang kita dalam zon bahaya. Nak-nak sekarang kes rogol berleluasa. Mak orang pun dirembat. REMAJA macam kalian apatah lagi. Berwaspadalah. Jangan terkena batang hidung barulah tersedar di tangga. Menangis tak guna. 

Tu baru pasal rogol belum pasal aurat lagi. Dosa pahala. Aku bukan sempurna tapi aku pun sedang muhasabah diri. Tak adalah nak jual diri dengan aksi-aksi yang kita-kita je patut tengok. Memang bukan kita upload, tapi gambar kita tersebar. Kawan kita tahu apa, janji dia seronok.  Dosa pahala kita yang tanggung. Kubur asing-asingpun tapi kita seagama. Kan elok nasihat-nasihat orang. Kot-kot dia nak berubahkan? Catriona, Ziela Jalilpun boleh berubah. Come on. Wake up dari dunia enjoy korang! 

Aku nak tergelak statement budak tak bertudung kata dia lagi baik dari yang bertudung sedang buat maksiat. Hei korang samalah. Kau dosa buka aurat. Dia dosa buat maksiat. Pergi kaji AL-Quran bukan biarkan dia bersawang.

Panas betul. Sesuai dengan iklim Malaysia sekarang. Aku just share apa yang aku rasa. bukan nak kondem sesiapa. Bagi Muhasabah diri yang tak berapa betul ni. 

PS::: Aku bukan insan sempurna tapi aku ingin berubah menjadi lebih baik 

2 comments:

Masz Mukhtar said...

iklim skrg berangin. sejuk. dan nyaman. Alhamdulillah

Unknown said...

hahaha makcik3..tempat ko je berangin..tmpat aku membahanggggg!!!!!!!!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers