CORETAN TERBARU NADH

Berkereta bukanlah seindah yang dibayangkan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kan tajuk panjang. Aku baru teringat nak kongsi pasal bijak berbelanja. Kira macam ceramah kewangan kat kampus aku. Satu dari banyak teladan yang aku peroleh ialah pembelian kereta. Siapa tak suka ada kereta sendiri? Berjalan sana sini mudah. Tapiiii.... Ada tapinya...

Bila aku dah ada Maya, memanglah beli kereta mampu milik. Tak mampu nak beli yang mahal-mahal. Tapi percayalah, aku hanya mampu milik. Tapi menangis juga nak bayar macam-macam sampingannya. Myvi je pun, apa susah nak membayar? Ada okey, ada. 

1. Bayar bulan-bulan
Serius aku mati akal nak bayar bulan-bulan bila dah kerja. Gaji pun berapa sangatlah kan? Gaji penjawat awam je pun. Mahu nangis memikirkan suku gaji habis dengan bayar ansuran kereta semata-mata.

2. Minyak
Walaupun ada yang kata produa tak banyak makan minyak, still minyak kena isi ooo. Bukanlah nak berkira sangat. Tapi seminggu kadang RM60++ minyak sahaja. Sebulan? Setahun? Pening-pening.

3. Caj servis dan lain-lain
Aku baru je servis kali ketiga. RM219.60 cash melayang begitu saja. Ingat naik kereta ni mudah? Masuk gear, tekan minyak terus jalan? Oh salah sama sekali. Ish ish ish duit lagi?

4. Kerosakan ke apa-apa yang perlu dibaiki
Kot-kotlah terlanggar tong sampah ke apa ke. Kan kena baiki. Ketuk-ketuk. Cat. Baiki wiper ke apa. Semuanya memerlukan duit. Ya duit!

Jadi sebelum beli kereta, fikir masak-masak. Adakah anda mampu tanggung semua kos yang diperlukan? Kalau tak geleng kepala jelah. Aku ni belum kerja dah sengkek nak bayar minyak je. Touch n Go lagi nak topup. Jalan highway itulah dugaannya. Belum saman parking, speed trap dan blah blah blah. Banyak sangat duit diperlukan. Cukup sampai sini perkongsian aku. Selamat membeli kereta ye kawan!

30 comments:

Cik Pulau said...

hurmm.. ai da pikir sume tuu..
memang sakit pikir duit ni terbang melayang camtu je..
tapi ai skang pikir tu da jadi keperluan.. sampai bile ai nak harapkan orang,..takkan nak menumpang sampai ke tua.. insyaAllah,asalkan rezeki halal, Allah mesti bantu.. hehehe..

blom masuk lagi pikir duit nak kawen.. kan??
lalalala~

aku HaniAsyira said...

belum lagi beli kereta masa ni.. tp kongsi kereta dgn kawan dah rasa peritnya

Unknown said...

dah merasa. menangi air mata darah wooo

Nong Andy said...

nafsu kata
"jom beli.."

poket kata..
"dun u ever think bout it!"

okey.. lupakan saja angan2 beli kereta baru.. setia aja dgn sang kancilku ekekekeke...

Everything's Everythings said...

Pening juga mcm ni.. nak kerja esok kena lah cari tmpt kerja yg boleh pergi naik kenderaan awam ^^

maszull said...

assalamualaikum iffah...betul tu semuanya kena fikirkan dulu baru boleh beli kereta kalau mampu apa salahnyakan..;)

Anonymous said...

baik naik pngkutn awm kn.x pun beli motor je jimat sikit.Hehe.Klo kaya bleh r beli kete.plburn bnyk g kt kete je nie.

نورعيم said...

hehe tak terpk nk beli kereta pn sbb lesen pn xde lg. hahaha.

Anonymous said...

betul. kena bersedia setiap masa :)

lepakk.com said...

Kena bijak berbelanja la jawabnya..

Unknown said...

iffa yg ko list down tu pun kira separuh dari maintenance jer tu.. ikut2 kan byk lagi yg kena fikir klw nak bekereta ni :P

TiranaAduka said...

salam iffah..
Tujuan berkereta untk kemudahan..sebelum memiliki kreta pastinya masak berfikir mgenainya..
Adat kalau rosak sikit2 tu..

TiranaAduka said...

setuju dgn mama masrull

boni kacak said...

saya belum mampu lagi nak berkereta.. cukuplah bermotor setakat ni...

Kancil 8349 said...

tips yang baik..fikir sebelum terkena..

ika said...

BETUL3X...=)

hnahdy said...

betul. walauapun abah yang bayar semuanya (time hana belajar) tapi duit minyak tu xkan abah jugak nak bayar kan..

Aziela said...

Akak tambah lagi satu yg kritikal : Tayar kereta. Baru jer melayang ribu riban tukar 4-4 tayar..sob..sob...

Tapi, tak ada kereta pun susah. Sometimes nak kejar masa untuk kerja, atau untuk family. Pengangkutan awam di Malaysia belum boleh diharapkan lagi.

EkaTikah said...

waa, payah jugak berkereta nie.. hee..

Dda Ly said...

hehe mmg perit.. nak2 lagi kalau kereta yang selalu meragam..
tapi bila fikirkan balik, takde dia susah juga.. especially for those yg ada anak ramai mcm saye..hehe

jom jenguk dress kat on9 shop saya...
~SALE!!~
keep in touch ye..♥♥♥

Lea Isnawi said...

wahh dh ade maya..dulu yang terbakar maria kan

Unknown said...

Guna pengangkutan awam lagi jimat kalau camnie

MalizaMah said...

bila guna kereta, duit mmg memgalir ibarat air.. aduhai...

shinji izac said...

nasib baek la aku pakai moto je..hihii~~

anamizu said...

BERKERETA bermakna BERextra belanja harus dielakkan :)

Unknown said...

AKU TAKDE KETER..SEBAB XMAMPU MILIK..

tapi aku hanya ade hati n jiwa.ececececcececece

QasehnyaRania said...

ya betol tu..
kene fikir keadaan sebelum membeli dan selepas membeli..
ingat lagi pesan..
pakai kereta ni bukan mudah,byk kene pikir ;D

Kira Sakura said...

klu balik kg lagi byk nk kena kuar duit

kay_are said...

sebab tu r orang kata kete ni liabiliti bukan nye harta.. so memang kne amek kire sume hal dulu sebelum decide nak beli.. =)

Anonymous said...

ada lagi satu.. hujung tahun kene renew rotex... aduhai ~~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers