CORETAN TERBARU NADH

Emosi buat kita bodoh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Salah orang kita nampak tapi salah kita? Aku tak suka beremosi bila menulis. Bila emosi letaknya di atas akal. Maka ada sesuatu yang lahir dari hati yang kurang enak dilihat, dibaca dan didengar. Jangan biarkan emosi merajai kita.

Emosi bisa buat orang nanar.
Emosi bisa buat orang kurang waras.
Emosi bisa membunuh jiwa suci.
Emosi menyakitkan jiwa dan minda.
Emosi boleh buat kau nampak bodoh.

Bodoh yang macam mana? Ya, kau melahirkan kata-kata yang kurang cerdik. Nampak kau cool, sebenarnya kau terasa. Nampak kau gagah, sebenarnya kau nak rebah. Nampak kau kuat tapi hati kau yang menangis hiba. Apa semua ni? Sebab emosi kita semua carca merba. Mahukah kau beremosi tak kira masa? Kau kata mereka beremosi. Habis kau tiada emosi? Tiada rasa dibinasa? Tiada jiwa dipijak lumat? Kalau benar bukan kau yang beremosi mengapa kau yang menjerit tak tentu hala?

Orang gila tak segila kau. Gila sungguh emosi yang menggila. Syaitan bersorak saat kau terkinja-kinja beremosi. Ingat, semua ada emosi. Cuma cara kau, aku dan dia kawal sahaja yang berbeza. Bagi aku, kini kau sangat emosi. Buat apa beremosi kalau tak terasa? Haha persetankan rasa megah kau kerana kau juga ditakluki emosi kala ini.

#Aku sendiri penat beremosi. Hari ni aku luahkan melalui jeritan melampau. Thanks Zaitul. Nak tercabut anak tekak. Baju juga gara-gara kau =P

17 comments:

Anonymous said...

aku sdg dilanda emosi sekarang.

kalo ikut rasional akal, kata2 ko betul...

Unknown said...

oh baju aku ternoda.. wahahha..
terkejut dgn emosi ko ni tetibe..aku takdapat hadam sbb aku muntah... buweeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


pepun sama2 kat awk sbb sudi join kita beremosi n jerit2 kan...

Unknown said...

follower ko cun lah no 2222

Nong Andy said...

dah habis dating la tu?

(ini emosi jeles haha)

kita memang manusia biasa penuh emosi. Tapi itu bukan alasan untuk membiarkan emosi membakar diri..

*adakala kita tak sedar apa yg kita tulis itu penuh emosi. Sebab masa itu kita di kuasai emosi... kalau emosi gumbira tu tak apalah agaknya.. tapi kalau yang negatif tu.. memang susah sikit nak kawal. Baguslah dah jerit puas2!

Aing said...

aku baca entri ni dngn penuh emosi..tiba2 aku berkata..whoaa stress !! hehe

Khalilah said...

Emosi mmg buat kita penat... Seriously. Kalau ade yg cube2 nk myakitkan hati atau ajak gaduh, diam cara terbaik. Zikir pon boleh menenangkan:)

Everything's Everythings said...

Yup, sebab tu kita xboleh buat keputusan waktu tengah marah ^^
nak menilai sesuatu bukannya menilai dgn nafsu kita, kalau kita marah maka semuanya akan jadi tak kena je kan? ^^

-meeSUPERGIRL- said...

kawal emosi supaya org tak judge kte neh tak brakal .. Nak luah boleh tapi bia owg nmpk mcm brilmu .. Kan? Hehe. Mee beremosi mlalui tngisan. . Huk

reenapple said...

Perempuan dan emosi bagi aku, sukar untuk dipisahkan. Huhuh.

#Aku dah tenang. Alhamdullilah. Haarap korang juga.=)

Unknown said...

Emosi kalau tak dikawal dengan baik, akan membawa kemudaratan kpd diri.

Unknown said...

Iffa satu jer aku nak cakap pasal emosi ni... bagi aku emosi ni hanya merugikan diri sendiri dan juga pada pihak yg satu lagi tu... =..=

p/s: best template baru ko ni... terima kasih kerana memahami ha ha ha aku mmg suka colorful cenggini :) keep it up babeh.. weh no follower ko tu cantik seh.. 2222 tak mo kasi bikin entri ke...?? :)

Unknown said...

sy perpmuan emosi tuh. kalo tempat keje hampir semua dh tak nk betegur. jnji mantain relation antara i dgn boss je hahah *ok ok nak berubah ><"

MalizaMah said...

leeza tag iffah
http://santaileeza.blogspot.com/2012/10/impian-mampu-abg-stalker.html

shinji izac said...

amboi.... beremosi sungguh kau yerk :P

ps : baru perasan dah tukar background..hihihi... kalerful macam everythings :P

Kira Sakura said...

semua orang ada emosi cuma cara kita melontarkan emosi akan menampakkan kecerdikan kita atau kebodohan diri sndiri kan

hnahdy said...

mmg betul. kadang2 kalau beremosi lebih baik diamkan diri dan menyendiri.

kay_are said...

emosi habis.. aku pun emosi sekali bile bace.. ish ish.. cool down cool down..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers