CORETAN TERBARU NADH

Hanya kerana saya bertudung

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jangan awak kata saya baik hanya kerana saya bertudung, kerana menutup aurat itu wajib.

Jangan awak kata saya sopan hanya kerana saya bertudung, kerana ada masa saya terkurang sopan bila emosi mengawal minda.

Jangan kata saya kuno hanya kerana saya bertudung, kerana saya rela tak mengikut peredaran fesyen yang memakan diri kelak.

Jangan kata saya alim hanya kerana saya bertudung, kerana saya cuma sampaikan apa yang saya tahu dan ajak awak semua untuk tahu.

Jangan kata saya islamik hanya kerana saya bertudung, kerana sememangnya kita orang Islam yang seharusnya menjalani hidup dengan cara Islam.

Jangan kata saya arif tentang agama Islam hanya kerana saya bertudung, kerana saya pun masih tidak tahu banyak perkara tentang agama sendiri.

Yang saya tahu, bertudung itu adalah salah satu cara untuk melengkapkan penutupan aurat saya. Bukan dengan hanya bertudung, aurat tertutup. Tidak sama sekali. Kalau kita pakai tudung tapi aurat lain masih terdedah maknanya kita bukan baik mana. Malah yang bertudung labuh juga masih ada cacat celanya yang masih mereka perbaiki. Jadi jangan hanya kerana kami semua bertudung, awak dah anggap yang terlalu tinggi nilainya.

16 comments:

Anonymous said...

betol.

- Crow Nick - said...

betul

TiranaAduka said...

ok je!
Salam kenal dari tirana aduka

anak ayah said...

bjga2 dlm setiap apa yg kte lkukn. =)

TiranaAduka said...

aurat perlu di jaga..
Kita tutup aurat kita dah lepas satu azab.

Woofer Storm said...

sy setuju !!erkk tetiba dtg tanpa diundang..

slmt mlm iffah ^^

Unknown said...

betul tu... macam aku masih lagi belum 100% mengikut syarat2 penutupan aurat (mohon ko doakan supaya terbuka hati aku ni ye Iffa :)

Unknown said...

betul betul betul....;-)

aku HaniAsyira said...

melatakkan persepsi hanya kerna bertudung

Everything's Everythings said...

Setuju tu, tapi kalau kita bertudung secara automatiknya org akan judge yg kita ni baik,
so tak salah kalau kita jaga lagi adab dan perilaku kita tu supaya tak membuatkan org tu terubah pandangan terhadap kita..

Macam kita tgk lelaki berkepiah, atau berjubah ;D
mesti kita akan fikir yg elok2 tentang lelaki tersebut ^^

reenapple said...

Don't judge book by it's cover.

abang bro EL said...

ini namanya pengakuan ikhlas...

Kira Sakura said...

yang penting bila bertudung dengan sempurna dia nampak manis dipandangan kan :)

Unknown said...

saya bertudung , awak bertudung ,


saya setuju :P

eehh..bersaya lak.. :P

Nong Andy said...

setuju juga dengan semua point2 di atas.. mari kita terus memperbaiki diri..

kay_are said...

setuju! paling penting kne tau konsep menutup aurat tu kan.. orang skrg pikir asal pakai tudung je sopan, menutup aurat.. hmm..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers