ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Asyik matanya memandang aksara yang tertulis di novel
kesukaannya. Enggan terlepas setiap bait biarpun ketebalan buku itu kadang
menggamit rasa untuk hentikan pembacaan. Perasaannya terbuai-buai namun
semuanya sebentar cuma. Deringan lagu Dream High mengejutkannya. Mata tertancap
pada nombor si pemanggil yang tak dikenali.
“Ah siapa pulak ni? Nombor tak kenal…” Dengusnya sendiri. Lantas
dia menjawab juga. Enggan terganggu lebih lama.
“Hello…Aisya eh?” Dia terpana. Suara lelaki mana pula yang
ganggu masa santainya di petang hari begini?
“Ya saya. Kenapa ya?” Aisya berkerut seribu. Lelaki itu
bagai gagap bercakap di hujung sana. Setiap butir kata kurang jelas kedengaran.
Aisya tekun menaakul semula butir bicara yang ada loghat yang pelik di
telinganya.
“Ini saya kawan Nadia, Latif. Dia pesan saya suruh bagitau
awak… Tolong call Pakcik Mail. Suruh jemput dia di Mid Valley…” Perlahan Aisya
mula sedar. Oh sahabatnya yang merangkap teman sebiliknya, Nadia memerlukan
khidmatnya kini. Usai menamatkan perbualan di telefon dengan lelaki itu Aisya
ketawa sendiri. Lama kelamaan berdekah-dekah di dalam bilik kosong.
“Apasallah Nadia ni boleh buat lawak bangang. Line Digi kena
bar sampai tak boleh call driver sendiri suruh ambil… Hahahahahaha…” Ketawa
Aisya tak berpenghujung. Dia lupa, bagaimana Nadia boleh beritahu pakwenya suruh
call dirinya. Dia lupa. Yang dia tahu situasi ini adalah sangat lucu.
Sekembalinya Nadia nanti, pastilah sahabatnya dibahan habis-habisan. Semuanya
kerana line telefon yang telah dihentikan perkhidmatan akibat kelewatan
membayar bil tertunggak. Aisya tahu sahabatnya berduit, tapi malas nak pergi bayar bil. Punyalah malas anak dara sorang ni, getus hati kecilnya. Senyuman Aisya yang manis masih terukir hingga kini.
18 comments:
Malas tu pasti ada kann
huuu. Malas.....Dah jadi malas dah sekarang ni.. Huuu
waaaa...
ni kistot bil terunggak..
klu saman tertunggak acane??
saja dtg sini kacau ko...
hahaha.. tak pasal2 je jadi macam tu..
boleh layan kat maybank2u :)
malas dah mcm jd suatu hobi je kn..?hee
tetiba rasa malas plak skrg, kehkeh
Malas tu biasa la..tapi jangan la sampai beri kesan pada diri dan orang sekeliling.:)
mulanya akak konpius ditengah cite.. dah baca byk kali baru mula paham
Nadia xnk suh Pakwe dia call Pakcik Mail mesti sbb xnk kantoi
hahahaha.ingatkan ada apa yang buruk terjadi..hehehe
aisya?? awak lettew kan...kan...
aku rasa aku terunggak membaca cerpen2 kistot ko neh.. haisyyyy.. =..=
malas dan semalas nya dah hehehe ;))
nape aku sorang je macam blur dan tak faham nape die suruh orang lain tolong call kan? @.@
hahahhahaha... nasib la housemate baik
kemalasan yg amat dh tu..:)
deno selalunya broadband tertunggak bayar... hehe
agak2 aku malas gi bayar bil berukband kot.. sebab tu selalu slow jer tenet? hehe...
Post a Comment