CORETAN TERBARU NADH

Perihal kucing

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya kucing. Tak pernah lagi aku tulis pasal kucing kan? Dah 2000++ entri aku tulis, tak ada langsung tajuk kucing. Jadi aku nak mencemar duli, menulis pasal kucing. Aku tahu majoriti pembaca, kawan aku suka kucing. Aku tak nafikan minat korang tu. Cuma aku nak luahkan sedikit rasa yang aku pendam selama ni. Aku tak tahu nak cakap macam mana kalau cerita pasal kucing.

Geli? Agaklah.
Takut? Sangat.
Alergik? Tak kot.
Benci? Tak tapi...
Suka? Langsung tak.

Okey, kenapa aku tetiba menulis pasal kucing yang jelas bukan haiwan kecintaan aku. Serius aku memang pernah suka bela kucing. Dulu. Semua itu kisah dulu. Kini? Kucing umpama musuh. Dia dekat aku jerit. Dia datang aku menjauh. Dia melompat aku berlari selaju mungkin. Dia cakar aku terjegil. Semuanya buat aku rasa tak kena. Tak selamat!

Aku cuba elakkan diri aku dari dekat dengan kucing walaupun aku rasa mereka comel. *sigh. Tapi aku tak boleh. Tak boleh mewujudkan rasa cinta tu. Boleh faham tak? Aku benci bila dia tetiba panjat peha aku masa makan. Terjerit masa tu jugak. Kau gila? Mencabul ke apa hah? Terus terbantut selera aku.

Aku benci juga bila mana aku melangkah longkang dan kucing melintas sepantas kilat buat aku terjerit. Sekali lagi aku terjerit. Aku tak faham kenapa aku boleh rasa tak selamat dengan haiwan comel ni? Serius aku tak faham. Jadi jangan hairan kalau aku menjauhkan diri dari kucing atau aku komen entri kucing korang dengan nada tak ikhlas. Aku cuba ubah rasa tak selamat aku bila berdepan dengan kucing tapi aku tak boleh. Adakah aku fobia? Arghhh!

24 comments:

Unknown said...

kucing memang comel. tp, ada org tak suka. hee. common la tu. Heee. Eza suka kucing. tp, biasa2 je laaa :P

hnahdy said...

start bila jadi cmtu. mesti tau punca jd cmtu

Asrul "iLham" Sany said...

hahaha sy ada seorang kawan yang takut dengan bulu kucing. geli katanya... tapi dia sayangkan haiwan :D

Unknown said...

nyau nyau...xsuka sket je time dia cakau. urghh rosak baju hihi

Bidadari Syurga said...

binatang kesayangan nabi saw... binatang syurga...

maka itu kena buang rasa benci atau tak selesa... instead of rasa tak selamat tu.. semoga berjaya tau...

Encik H said...

aku tak benci kucing..tapi aku cukup rimas kalau kucing kacau aku makan..geli bila dia dok gesel2 badan dia kat kaki..lagi2 kalau tiba2 kucing tu lompat kat riba..memang melatah la aku..

1 lagi aku taak suka kalau dengar 2 ekor kucing bergaduh..memekak jer..dulu2 masa kat umah lama, kucing selalu gaduh kat belakang umah..dekat dgn bilik aku pulak tu..terpaksa aaku turun bawah, siram air..

tapi kalau anak kucing, aku suka laa buat main..tapi kalau berak dalam umah, aku tak suka..so kesimpulannya, aku suka kucing yang sopan..

reenapple said...

kau macam kakak sepupu aku. Dalam rumah kitaorang, dia je yg tak suka kucing. Asal nampak kucing, halau.. huuu.

#tetiba aku rasa kau comel.. =)

Lea Isnawi said...

cmne drpd rasa syang kepada kucing tertibe jadi fobia?

huuu

Unknown said...

Ini mesti kau pernah trauma dgn kucing kan.

Unknown said...

haha. macam2. Mieya kalau nak bermain dengan kucing gitu2 boleh lah. kalau nak dukung, peluk,cium tu takde lah.

Felly Sophia said...

Bukan penggemar kucing. Bukan juga pembenci kucing. Hihi.

Kira Sakura said...

memang awak adik akak la Iffah oihhh hahahaha akak pun takut kucing la bukan la tak suka.. tp mesti ada sbab npe iffah fobia ngn kucing tue kan

Izwa Kamaruddin said...

anak saya dpt jangkitan dari kucing :(

Efa Nur said...

ape yg kucing dh buat kt kembo nie?
sampi camtuu sekali?hehehe

efa suke kucing tp xberani sgt nak timang2..takut kena cakar..hahaha


aDisH.sHidA said...

alamak akak baru nak tulis jugak pasal kucing nie...sebab seminggu 2 nie dok geram dengan tuan yang bela kucing tu..huhu

anak ayah said...

sama ar ngan along kte. 2x5
nk ckp kcing tue cm rimau..huh. jauh eh bezanya. tp daa mmg xske...xbole nk wt ape laa..hee ;p
kte just bole gelakkn secara bjemaah je ble dye kne kcu ngan kcing.harhar

dwatyKNY said...

salam jejak sini... saya suka kucing tapi tak suka jaga kucing... camana tu... sebab tu kot kucing kat rumah semua pandang saya semacam jer... hehehe

Kancil 8349 said...

susah kalau ndak biasa dengan kucing..sebab ramai yang suka nie...

kay_are said...

kucing r comel.. ^__^ tapi selalu gak aku nampak member2 pompuan yang takut kucing datang dekat, lari macam nampak rimau je.. huu

Dayang Deno said...

kucing comel sgt!!! deno suka kucing tapi macam fobia sikit sbb pernah kena cakar... kalau bagi makan tu boleh lagi.... kat umah deno ada 2 ekor kucing... mayb ifa fobia tu.. deno pun pernah mcm ifa, terjerit bila kucing lalu bawah kaki... biasanya kalau kat kedai mkn... mesti terjerit bila kucing lalu bawah.. hehe... :)

maszull said...

assalamualaikum iffah...yer la kenapa boleh jadi mcm tu nak juga tahu puncanya...:)

cintailmu89 said...

Ruginya ai iffah takut dengan menatang comel ciptaan tuhan yang paling comel maksima ni..
kucing la binatang yang tak berbahaya, paling faham emosi manusia dan setia dengan tuan nya.. =)

aku HaniAsyira said...

sy bukan peminat kucing.. tp, boleh lah nak dekat2 dgn kucing.. kalau nak bermanja cari org lain lah.. mmg family bukan bela kucing.. still suka dgn kcuing comel

Anonymous said...

Xper..Dezee faham..:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers