CORETAN TERBARU NADH

Penulis dan sahamnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Setiap penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti. (Ali bin Abi Tolib)"

Kata-kata ini aku petik dari cover photo Like Page Encik H owner blog Capital H. Lama dah aku terfikir pasal ni. Yalah amalan di dunia tak adalah banyak sangat. Lepas tu jadi penulis blog. Ingat mudah jadi penulis? Sign up blogger.com. Tulis entri. Siap!

Banyak benda aku fikir. Sejak setahun lepas. Waktu mula-mula aku menulis memang sangat merapu. Sampai aku pun tak sanggup nak baca semula. Tapi bila muhasabah diri semula. Baru aku sedar blog bukan untuk suka suka. Blog bukan bertemakan blog aku, aku punya sukalah. Berat tanggungjawab si penulis blog.

Dosa mengalir laju je. Gambar mendedahkan aurat? Kita pun kena. Makian carutan? Kita terkena tempias. Kata-kata sindiran atau hinaan, juga kita kena. Semuanya akan dijadikan bekalan di akhirat. Sebab tu makin lama makin matang penulisan aku. Makin berilmiah dan islamik. Bukan nak tunjukkan aku alim. Tapi nak perbaiki diri dan awasi diri supaya tak tambah dosa lagi. Cukuplah yang ada sekarang tak tertanggung T.T

17 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

congrats ats p'ubahan. semoga istiqamah. ;)

aku HaniAsyira said...

nak jugak perbaiki diri ni. terasa sesuatu pulak

Unknown said...

Alhamdulillah..mudah-mudahan kita sama2 mendekatkan diri kpd Allah dari masa ke masa..teruskan usaha itu! :D

Unknown said...

err, kiranya ni azam baru dalam berblogging utk tahun 2013? bertukar kepada menulis ssuatu yang berilmiah n mpunyai pengisian? baik..

Aimacomel said...

Terima kasih, betullah tu.. Kalau kita kembangkan ilmu & ilmu tu dikembang & dimanfaatkan seramai mungkin, betapa besarnya nikmat yg kita dpt nanti. Tapi kalau kita tulis yg tak elok, paparkan benda yg xbaik.. kita jugak yg akan tanggung nanti...
Thanks iffah =) Salam 2013 ye,

Admin said...

terima kasih atas ingatan, sama-sama kita ke arah kebaikan :)

محمد رازيق said...

aku juga terfikir akan apa yang kutulis. apakah ia membawa pengertian yang baik pada aku?? selamat tahun baharu, coret2 buku baharu.

Unknown said...

kadang-kadang ada adabnya untuk menulis something di alam maya.banyak benda perlu difikirkan dulu

boni kacak said...

samalah..dulu main bedal je tulis.. tak berlapik lagi.. sekarang ni makin cuba perbaiki apa yang tak sepatutnya berada dalam blog..

Unknown said...

bagus klu ada fikir benda macam tu.. keep up the good work :)

Encik H said...

aaa..sama la..aku pun fikir macam tu jugak..in case kalau ditakdirkan aku meninggal or tak aktif lagi kat blog ni, at least biar la ada benda2 yg baik untuk dibaca..

cuma kadang2 aku terlepas jugak kot buat cerita2 yg mengarut..maklum la, manusia biasa kan..

Anonymous said...

sebab blog ni salah satu cara kita menyampaikan sesuatu. kalau tak baik benda yang kita sampaikan tu, berdosalah kita.

Kira Sakura said...

tahniah untuk awak!!! hihihihi itulah akak kadang saja biar entry berbunga sakura lagi dari upload gmbr yg mendedah aurat huuuu

MalizaMah said...

sama2 lah ke arah lebih baik.

Aziela said...

Alhamdulillah....

kay_are said...

wat mase sekarang ni, aku berblog dengan cite ape yang aku rase selesa nak cite je.. sebab memang macam tu style aku kot.. ape pun, bagus r kalau ko nak mematangkan lagi penulisan ko.. tapi rase penulisan ko memang dah matang kan? lagi matang dari aku rasenye..

نورعيم said...

yeahhh sambil berblog sambil berbuat kebaikan. itula yg sebaiknya :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers