ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sunah kecewa. Malam berganti siang. Ady hilang sekelip mata.
Dengan siapa? Sihat ke tak? Selamat tak lelaki itu? Semua dia tak tahu. Hati tak
pernah segundah ini. Jiwa meronta ingin ke lapor saja ke balai. Namun,
housematenya tegas menghalang. Sesalannya tak berkesudahan. Ady hilang. Jiwanya
turut hilang.
Beberapa hari dia berkurung dalam bilik. Berteleku di tikar
sejadah. Bermohon agar jiwanya dikembalikan. Dia teramat risau. Risau akan
lelaki itu. Semua membuatkan dia terfikir. Mungkinkah ini petanda yang Ady dan
dia tak mungkin bersatu. Mungkin tiada jodoh antara mereka.
“Sunah, jomlah makan. You lama dah terperap ni,” Tasha
memujuk lagi dan lagi. seharian kawannya akan berkurung. Makan pula Cuma sedikit.
Itupun sekali sehari. Payah benar melihat segaris senyuman. Benarlah kata orang
cinta bisa membunuh jiwa.
“Betul Sunah. Akak dah masak spaggeti carbonara lagi. Jomlah
sayang. Kita makan ye?” Suara Deqdeq meruntun hati. Air mata jatuh setitis. Lantas
Sunah menyekanya. Dia tak boleh terus lemah begini. Dia perlu tunjukkan dirinya
yang kuat agar semuanya takkan risau tentang diri dia lagi. Sunah bingkas
bangun.
“Jom makan. Seronoknya ada housemate yang baik macam ni,”
Ketawanya girang. Sunah tekad menyembunyi rasa kehilangan yang amat daripada
mereka. Meskipun sukar, dia mahu kelihatan kuat. Dia percaya Ady tak suka
melihat dia terus lemah.
‘Ady, awak kena balik dengan selamat. Promise me!’ ujarnya
dalam hati. Ketiganya makan dengan gembira. Setiap suap diselang-seli dengan
tawa gembira. Hatinya telah ditanamkan benih bahagia. Dia tak mahu terus
bergelumang rasa sedih. Ady pasti akan kembali. Dia yakin sekali!
Xxxxx
Zaquan hanya memandang pelik. Ady terlalu diam. Dia terpaksa
mengikut jejak lelaki itu. Ke mana saja Ady pergi. Entah mengapa persahabatan
yang terjalin secara tiba-tiba mampu mengikatnya seperti ini.
“Ady!”
“Awat?” Ady menoleh.
“Apasal kau menung jauh bro?”
“Aku ingat kita kena balik esok. Lama dah aku menghilang. Kau
jugak. Tak ada siapa risaukan kau ke?” Ady menguis pasir di depannya. Deruan pantai
menenangkan hatinya. Pantai itu tempat mereka berteduh. Walaupun sunyi, dia tak
berasa gentar. Mereka berdua. Lelaki pulak tu. Takkan takut dengan semua ni.
“Aku? Aku sebatang kara bro. Aku membesar di rumah anak-anak
lelaki. Aku dah lama hidup sendirian macam ni. Kau pulak? Ada yang risau ke?”
“Ada. Aku pun risau akan dia jugak. Entah kenapa aku pilih
untuk lari. Padahal aku patut jadi penjaga dia,” Ady mengeluh. Sikapnya kadang
mengecewakan diri sendiri.
“Bro, kau kena ingat. Kau dalam bahaya, bukan dia. Kalau kau
dekat dengan dia, dengan dia sekali terjebak. Bahaya bro. macam nilah, esok
kita balik. Masa tu kita buat report. Dua orang tu takkan dapat ganggu korang
lagi,” Zaquan bersungguh.
“Tapi aku…”Ady serba salah. Reputasi Sunah harus difikirkan.
Dia tak mahu kisah mereka terbongkar. Lebih teruk lagi kontroversi akan
tercetus. Semuanya demi maruah Sunah. Dia takut.
“Jangan risau bro. Aku yakin jalan ni je mampu selamatkan
korang berdua. Tentang gosip, lama-lama berita ini akan terkubur juga. Orang akan
jadi bosan cerita benda sama kan?”
Zaquan seolah memahami hati Ady. Dalam diam
dia mengagumi cinta Ady terhadap gadis itu. Dia masih belum mengenali siapa
wanita di hati Ady.
“Kenapa kau begitu yakin Zaq?"
“Sebab mulut orang. Lama mana pun akan berhenti jugak. Tapi dengan
syarat kau dan dia kena terima. Kau kata dia model kan. Maknanya dia public
figure. So, nak tak nak dia kena berdepan dengan situasi macam ni. Baik negatif
atau positif. Sebab tu aku lebih suka jadi rakyat biasa,” Jawapan Zaquan
mengundang tawa Ady.
“Apasal kau gelak?” Dia tak puas hati. Ady sudah
menekan-nekan perut sambil gelak besar.
“Kenapa weh?”
“Kau buat lawak. Adoi sakit perut aku kau tahu?” Ady sambung
gelak.
Sudahnya Zaquan mendiamkan diri. Dia malas hendak melayan ketawa Ady. Dalam
hatinya bersyukur kerana setelah bermalam-malam Ady murung. Malam terakhir di
sini barulah dia nampak sinar kebahagiaan. Dia cemburu dengan Ady sebenarnya.
Nota Iffah: Sampai sini dulu. Penat perah otak. Lama sangat cerita ni dituntut. Tapi tak jugak gerak. Ni adalah sikit buah tangan untuk mereka yang masih mengikuti cerita ini. Harap terhibur.
12 comments:
aku pun dah beku ni iffah... tolong....!
lama dah tunggu sambungan novelog ni... akhirnya! heheheee
tak ramai baca sebab yang baru2 ni tak baca yang sebelum2 ni..dan da terlalu lama gap antara part dulu dengan part sekarang..sebab tu kot no~
nak spag cabonara. eheheh :D
ohooo.. tak habis lagi eh?? hehehe.
t aku baca yg awal3 eh.. =)
err..losss.. x ikot dari mula.. huhu
folow u dear...
seronok membacanya
perah otak..???
perah jgn tak perah..!
btw.. suke bace dear ;)
ai pun dah blur..
apa ea part last tu..
hadoii.. kena baca balik ke ni..huuu~
bnyknye idea akk..huhuhuh
akak dok pegun kt kusi nie baca dari chapter 1-16... hihihihi
cepat sambung~~~~~ pdan muka mat dgn ben... hihihi
nk tau sambungan nya
Post a Comment