ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
JOM JOIN. KLIK BANNER OK |
“Kenapa susah sangat awak nak faham?” Aliya mula menaikkan suara. Dia sangat terkilan dengan tingkah laku suaminya yang makin hari makin menjadi-jadi.
“Faham apa lagi? Tugas awak jadi suri rumah. Jaga anak, masak untuk saya. Ini tak awak sibuk nak kerja!” Fatah mengekori isterinya dalam keadaan marah. Jam menunjukkan pukul 2 pagi barulah Fatah pulang ke rumah.
“Awak! Saya kerja untuk anak kita juga. Bukan awak seorang je boleh kerja!!!” bentak Aliya. Semakin bengang. Anaknya Qalisya yang sedang nyenyak tidur di letakkan dalam katil bayi di sudut bilik mereka.
“Hei awak ingat duit gaji saya tak cukup ke nak tanggung awak anak beranak?” Keras suaranya. Pergelangan isterinya dipegang kemas. Sakit hatinya apabila ego sebagai suami tercabar.
“Awak boleh perlahankan suara tak? Anak kita baru aje tidur,” Aliya berusaha melepas pegangan tangan suaminya. Kemas.
“Saya penat baru balik kerja tapi awak membebel pulak. Awak ingat saya pergi ‘makan luar’ ke? Makin kuat suara Fatah. Anak mereka yang masih bayi bergerak sedikit. Lantas Aliya menarik suaminya untuk turun ke bawah. Bimbang nanti anak mereka terjaga dari tidur. Bukan mudah mahu tidurkan Qalesya yang usianya baru lima bulan.
“Awak ni! Ingat saya teruk sangat nak tuduh awak macam tu? Awak mana tahu hati saya macam mana? Ada awak kisah betapa teruknya saya nak berkejar dari pejabat ke nursery bagi minum susu badan. Hati saya tak pernah tenang memikirkan masalah yang terjadi kat nursery. Banyak kes bayi mati. Awak ingat senang ke jadi ibu???” Hati Aliya mula panas. Dia memberontak. Telah lama dia pendamkan rasa seorang diri. Dia tak membuka pekung di dada kepada sesiapapun.
Tangan Aliya dilepaskan. Fatah terduduk. Mukanya lesu penuh seribu keinsafan. Aliya mula mengalirkan air mata. Rumah tangga yang diimpikan bahagia mula menampakkan keretakan. Entah di mana salah mereka.
Benar mereka bukan kahwin atas dasar cinta. Mereka bertemu jodoh atas permintaan keluarga. Fatah mengusap mukanya. Sungguh dia menyesal dengan kata-katanya. Memang benar dulu dia dah berjanji akan menjaga Aliya, cuba mencintai Aliya seadanya. Namun dia masih belum dapat laksanakan tanggungjawab itu. Walaupun, kehadiran cahaya mata. Ada saja yang tak kena di matanya.
“Aliya, a…a..bang…minta maaf,” Suaranya kendur berbaur serak.
Air mata sedang bergenang di mata Fatah.
Aliya tidak terus berpaling. Dia takut. Dia takut dia akan Nampak lemah di depan suaminya sendiri.
Ya Allah aku isteri yang derhaka!
Lantas Aliya memegang tangan Fatah dan menciumnya berulang kali. Dia sedar atas kekhilafannya sebentar tadi. Tak wajar dia meninggikan suara dengan suaminya. Dia menangis.
“Saya dah janji akan jaga awak Aliya. Saya takkan memungkiri janji saya.” Kata Fatah penuh kesyahduan.
Tangan mereka bertaut rapat. Kedua-dua menginsafi diri.
Segalanya bermula dengan kahwin atas permintaan keluarga. Namun, jauh di sudut Aliya dia telah mula menyayangi ketua keluarganya. Benarlah kata orang. Cinta itu buta. Fatah dan Aliya pun tak menyangka mereka telah ditakdirkan bersama oleh ALLAH S.W.T. Jodoh datang tanpa kita pinta. Usah kau tangiskan takdir kerana ALLAH S.W.T. tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. THE END!
Kredit to: LIFE AS YOU KNOW IT. Filem baru rasanya.
Nota kaki MR: Cerita ini tak ada kaitan dengan sesiapapun dalam filem mahupun di dunia realiti!
Post by,
Miss Ran
7 comments:
pppeewwwiitttt!!!
ley wt novel!! gempak la..haha..adui..rse buruk pulak my story..haha
adeh niat hati mmg nk jd novelis tp tak ckop berbakat la
tengs puji hehe
adeh watpe nk rendah diri..bkn soal kalah mng pon
adeh niat hati mmg nk jd novelis tp tak ckop berbakat la
tengs puji hehe
adeh watpe nk rendah diri..bkn soal kalah mng pon
wah! mantap! leh jadi penulis!
Mesir Memanggil!
haiya itu cita2 tk kesampaian
wah! boleh wat novel ni.. sempoi2..
tak niat pon buat novel..novel y ada pon tak gerak2
Post a Comment