ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya aku tahu dah basi. So? Ada aku kisah? Haha aku nak update jugak review supaya korang yang belum tengok terjoin tengok. Memang tension hilang lepas tengok. Sejujurnya aku memang tak berkenan "Cerita Bodoh" macam ni. Bukan bodoh. Macam bangang tak bangang. Susah explain. Zombi Kampung Pisang pun aku tak tertengok. Jangan pandang belakang congkak pun sama. Tapi aura Kak Limah begitu kuat memanggil-manggil aku.
Member sekolah lama kata bosan. Jadi aku tak berani nak gadai duit kat panggung. Habis satu kampus terpengaruh dengan cerita ni. I tell you!!! Ketua jabatan kitorang layan k. Siap kata Ce citer. Ceh memang sempoi cerita ni. Aku kasi 5bintang. Sebab dapat pengaruh ramai manusia. Yang tak minat aku tak paksa k. Aku suka aku tulis. Tak suka pun aku tulis jugak. Hehe
Cerita ni memang lain dari lain. Ada pengajaran. Siapa tak perasan tak tahulah. Bagi aku cerita ni menunjukkan situasi orang kampung yang tak peduli orang sekeliling. Kalau anak dara atau janda meletup bukan main ambil berat. Second, orang kampung bercita-cita tinggi, nak jodohkan anak kena pilih orang berpendidikan dan bekerja walaupun ayahnya tak berpendidikan tinggi. Last, banyakkan komunikasi dengan orang kampung. Jangan jadi kera sumbang. Tak bertegur sapa. Kita tak tahu menahu pun kalau ada kematian ke apa. Susahlah macam tu.
Yang penting cerita ni best. Sila download sekarang. Ada kat syok.org. Aku sehari dapat download 2 cerita. Guna broadband je pun. okey je. Tiada alasan. Akhir kata dari penulis, soley soley. Sabo jelah siapa tak nak tengok tu. Kalau setuju dengan review ini buat tangan macam usop.(Aku tengah buat hahaha)
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment