CORETAN TERBARU NADH

Mari merisik!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Kegedikan aku dan akak nan kembali. Kalau korang ada terbaca pasal PANTUN MI VS NAN. Kami gila bab-bab ni. Tapi akak masz tak boleh masuk. Samalah macam akak nan dengan akak masz pandai lukis. Aku? Hancurrrrrr!!! Okey back to our topic. Kalau korang pernah merisik dan meminang mesti ada selit-selit pantun sebagai penyeri majlis kan? Jom kita berpantun!

Mi: 
Burung merbah terbang ke selat,
Singgah berehat atas jambatan,
Hadirnya kami dengan hajat,
Ingin menyunting dara pujaan.

Nan:
Air jernih di dalam telaga,
Tumbuh cantik si bunga kenanga,
Antara puteri bertiga,
Yang mana satu idaman teruna.

Mi:
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Hati berkenan pada cik Siti,
Tentulah si dia dara terbilang.

Nan plus Mi:
Andai cik Siti jadi idaman,
Eloklah kiranya mereka bersatu,
Andai keduanya sudah berkenan,
Keluarga kami sudi setuju.

Mi:
Burung Kedidi terbang tinggi,
Mencari makanan tepi perigi,
Jika mereka telahpun sudi,
Ambillah cincin tanda ini.

Mi: 
Perigi buta jauh di kali,
Aambil air tidak sekali,
Cincin ini menjadi bukti,
Tanda kita telah berjanji.

Mi:
Air di kali sudah disekat,
Carilah air dalam perigi,
Kita semua sudah sepakat,
Eloklah kami mengundur diri.

Klik sini untuk Akak nan dan Mi. Tukang karang pantun!

Post by,
Miss Ran 


No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers