CORETAN TERBARU NADH

Apakah bahasa kita?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Kenapa makin lama makin pupus bahan bacaan berbentuk sastera di negara kita yang sememangnya negara yang bahasa rasminya Bahasa Malaysia. Kenapa adanya golongan yang membuatkan bahasa Malaysia (Kalau tak silap aku bahasa Melayu telah ditukar kepada Bahasa Malaysia)?

Senang cerita bahasa pasar, bahasa rojak dan sebagainya. Kononnya moden tu. Aku tau aku pun menggunkan kata yang salah. Contoh, korang, jugak, ni, tu, aje, tau, kejap BI kejap BM dan lain-lain. Aku sedar semua tu. Tapi kadang-kadang kita terlepas pandang atau cuba mengadaptasikan bahasa supaya sesuai dengan jiwa pembaca. Aku pun bosan kalau tulisan terlalu berilmiah. Tapi sekadar ingatan buat kita dan aku juga.

Aku cukup pantang bahasa disalahgunakan. Kasihan betul bila orang kita sendiri merosakkan bahasa. Oh bila orang kaum lain mengutuk kita mulalah angin. Tapi bila kita? Tak sedar? Cuba tengok cermin sebelum bertindak. Adakah kita sudh sempurna dalam setiap tingkah laku dan pertuturan? Adakah kita bangga dengan bahasa kita? Jawablah!

Beralih kepada sastera. Kenapa aku suka berpantun? Walau tak sedap macam mana pun aku nak jugak berpantun. Korang lupa tentang pantun ni. Sejarahnya. Bahasa yang indah. Maksud yang tersiratnya. Berapa rangkap pantun? Berapa pembayangnya. Segalanya tentang pantun. Ingat lagi masa sekolah dulu-dulu. Bila masuk kelas bahasa melayu sastera semua tarik muka. Kenapa? Bosan jawapannya.

Kenapa boleh bosan? Sebenarnya inilah keunikan yang patut kita banggakan. Bukan senang nak buat pantun. Bukan senang nak buat segala macam puisi. Bukan senang nak buat lirik lagu yang baitnya indah. Segalanya tentang bahasa. Bahasa yang kita gunapakai melambangkan identiti kita. Kalau korang perasan, setiap lagu menggunakan bahasa baku. Kecuali lagu Zee Avi Kantoi dan adalah sedikit lagu yang telah dicampur aduk dengan bahasa pasar dan bahasa asing. Kenapa jadi begini?

Menurut pensyarah muzik aku, lagu yang diiktiraf adalah lagu yang menggunakan bahasa baku. Malu aku sebagai orang melayu apabila ditegur penggunaan bahasa baku semasa latihan menyanyi. Orang bangsa apa? Cina aku cakap! Cina ok. Malu dia lagi hebat penggunaan bahasa baku semasa menyanyi. Sekarang cubalah berfikir sejenak mana bahasa kebangsaan kita? Mana kebanggan kita sebagai orang melayu yang menggunakan bahasa melayu sejak turun temurun lagi. Fikirkanlah!

Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers