CORETAN TERBARU NADH

Blogger popular pengaruh besar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Siapa? Aku tak nak merujuk sesiapa. Siapa yang rasa diri dia popular dialah. Blogger ni sekarang dah jadi idol, ikon kepada pembaca. Apa saja blogger tu tulis semua ambil perhatian. Padahal dia cakap dia nak pergi berak je pun. Kenapa? Sebab dia seorang berpengaruh.

Pengaruh sangat penting. Bukan apa. Kita tak dikenali. Tiba-tiba blogger popular menpromot kita. Apa jadi? Hah bertimbun yang datang blog kita. Kita suka. Tapi jangan asyik harap orang promot je. Buat sendiri. Belajar bertatih dulu. Takkkan nak terus berlari kot.

Ni tak. Sikit punya hal laju je hentam-hentam orang. Kita kan sama-sam blogger. Aku ni masih tahap adik-adik. Jadi tak ada orang kot nak hentam aku. Bila orang popular macam nilah. Semua dia buat orang ikuti. Sampai tegur sikit orang emlenting. Cuba kalau orang macam aku? Ada orang melenting ke baca? Paling koman pun anon. Cik Anon je suka datang kritik.

Nak kritik biarlah dari hati ke hati. Jangan main terjah je. Kalau yang terasa cuba tengok kelemahan diri. Betul ke aku buat? Apa tujuan aku berblog? Kenapa dia tegur begitu. Ni tak. Nampak sangat tak matured. Sabar. Jangan sebab teguran itu membuat kita bermasam muka. Kata 1MALAYSIA. Blog kita identiti kita. Kita maki kita dosa. Lepas tu ajak orang maki sama. Siap nak berperang. Siapa nak tanggung dosa-dosa yang makin meningkat? Tanggungjawab blogger besar sebenarnya. Jangan sampai kita memesongkan hati orang ke arah keburukan. Ingat! Blog bukan untuk bersuka ria. Blog tatapan umum. Ramai baca. Malu kat orang luar negara tengok kamu semua gaduh. 

Last, say cheese. Haha semua senyum. Terima kritikan dengan hati terbuka.

Post by,
Miss Ran 

2 comments:

Anonymous said...

ni lah jadinya kalau terlalu mengejar nama....kita berblog dgn gembira suda..

Unknown said...

tula..ksian je..den suko..tp nk gk org dtg bce

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers