ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku menyepi tanpa berita bukan bermakna aku tiada. Aku ada dua peristiwa. Antara sedih dan gembira. Aku tak tahu nak cerita pada siapa. Aku berat untuk bersuara. Sakitnya hanya ALLAH yang tahu. Aku menderita dalam bahagia.
15hb adalah hari lahirku. Kami keluar berlima untuk menyambut besday aku dan kembarku. Dalam gembira aku berduka. Gigi aku yang selama ni sakit telah kembali menyerang saat kami ketawa. Aku tak nak susahkan mereka. Aku terus keluar dari Mcd untuk mencari ubat tahan sakit. Sakitnya menyerang telinga dan kepala. Sungguh sakit. Tak tertanggung ku rasa.
Mereka tak jadi berjimba-jimba kerna aku. Aku rasa bersalah. Inilah hadiah hari jadi yang tersangat diingati. Mereka memecut mencari klinik. Hari berkenaan adalah hari cuti umum. Jadi banyak klinik tutup. Aku menanti penuh sabar. Sehinggalah jumpa satu klinik. Ya aku sangat bersyukur kerna ada je halangan untuk ke sana. Aku sakit lalu berlari masuk ke klinik. Klinik bangsa Cina. Tetapi jururawat bangsa India. Aku terfikir 1 malaysia ketika sedang sakit.
Aku terus dipanggil masuk. Aku diminta berbaring. Aku berdebar. Aku takut. Seorangpun tak masuk menemaniku. Aku tak kisah kerna aku jua tahu mereka takut. Sungguh aku bersyukur mereka tak masuk. Aku tak nak mereka trauma melihat aku. Sungguh sakit. Tak mampu aku luahkan dengan kata-kata. Sakitnya seperti nyawa ini hendak melayang. Saat gigi yang sakit sedia ada. Ditekan kuat-kuat. Aku rasa nak jerit masa itu.
Doktor cina itu mencabut gigi aku. Ya sakit. Sakit yang melampau. Aku mengerti kenapa orang kata sakit gigi antara sakit yang teramat sakit. Gigi aku patah. Tertinggal serpihan di dalam. Doktor mula bising. Aku mula pening. Dia kata aku keraskan badan. Macam mana aku tak keraskan kalau sakit yang teramat sangat. Aku tak tahan. Sakit sangat.
Selesai semua. Aku keluar dengan keadaan lemah. Sedikit pun penerangan tentang ubat aku tak dengar. Air mata mula bergenang. Aku membayar lalu terus bangun. Lupa akan dompet di paha. Terjatuh. Aku tak peduli. Aku ingin cepat lari dari klinik tersebut. Trauma aku. Namun aku kena pergi kembali untuk mencabut jahitan. Tangisan aku kuat. Lama aku tak menangis begitu. Sehingga aku tolak pintu, aku terdengar jururawat bertanya "Why she crying?" Aku atk peduli dengan orang ramai. Mungkin aku bukan menangis tapi aku meraung. Sakit sangat.
Sehingga kini sakit masih terasa. Aku tak ke kuliah hari ini. Kesakitan masih dirasai. Sakit yang melampau membuatkan aku lupa untuk minta sijil cuti sakit kepada doktor itu. Mungkin aku tak mahu memandang pun wajah doktor itu. Aku tak salahkan dia. Tapi aku trauma dengan doktor gigi. Aku tak tahu bius itu berfungsi ke tak. Tapi aku rasa setiap kali dia mencabut gigi aku. Kesakitan yang amat sangat. Pipi masih bengkak. Doakan aku sembuh dengan cepat. Aku tak tahan menanggung derita ini. Air mata tak mampu nak keluar kerna seakan kering. Ya Allah bantulah hambaMU ini....
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment