ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa korang buat kalau korang sakit hati? Pendam je? Aku kalau sakit hati aku senyap. Aku diam je. Orang kata simpan makin parah. Bagi aku kalau simpan lagi senang. Tak sakitkan hati orang. Diri sendiri je menanggung. Hidup jangan susahkan orang lain. Orang nak kata apa, apalah. Aku tak nak menyusahkan orang. Cukup setakat aku bercerita kesakitan pada orang yang aku boleh percaya atau aku simpan sendiri.
Sebab aku malas nak besarkan cerita. Kau ingat kau raja nak orang tunduk je? Aku sedar diri. Hatiku hati tisu. Jadi memang mudah terasa walaupun orang tu tak niat. Jadi aku senyapkan je. Malas besar-besarkan. Hati orang tak sakit. Lama-lama kita akan kembali normal dengan sendirinya. Percayalah!
Sakit itu datang dan pergi. Kau putus cinta hari ini esok kau terpujuk dengan orang tu balik. Kau sakit hati hari ini esok kau gembira tersenyum telatah dia. Aku bukan suka berdendam. Sebab hidup tak lama. Asyik nak maki orang dapat apa? Aiyo membazir wa cakap lu!
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment