CORETAN TERBARU NADH

Doa sang perindu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Syukur ku panjatkan kepadaMU YA ALLAH, kau memberiku waktu untuk hidup di bumiMU yang luas ini. Sesungguhnya akuhambaMU yang kerdil lagi hina sangat berterima kasih kerna sehingga hari ini aku masih lagi bernafas. Masih bisa membuat segala yang aku mahu. Masih alpa dengan nikmat yang kau berikan. Ya ALLAH bantulah aku. Terangi jalanku supaya aku tak akan terpesong dari jalanMu. Aku menadah tangan meminta keampunan dariMU. SesungguhnyahambaMu khilaf. Berikan aku hidayah untuk meneruskan kehidupan yang berliku sehingga aku kembali ke rahmatullah yang telah tertulis sejak azali lagi. Kau berikan aku petunjuk tentang jodohku. Kau ingatkan aku jika ku terlupa tentang kebesaranMu Ya Allah. Aku berasa sangat berdosa. Pimpin aku supaya aku bisa menjadi insan yang berguna di alam fana. Supaya aku berjaya sampai ke syurgaMu yang abadi. Amin.

Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers