CORETAN TERBARU NADH

Di sebalik I.F.F.A.H A.F.E.E.F.A.H

Banyak aku nak coretkan sebenarnya. Semuanya tentang hadiah hari jadi. Rasa aku memang tak ternilai dengan wang ringgit. Sebuah persahabatan yang terjalin. Susah senang selama kami kenal. Lagi-lagi masing-masing ada masalah tersendiri sekarang membuatkan aku terharu dengan bait kata-kata untuk aku.

Iffah Afeefah nama diberi
Formal dan skema juga orangnya kadang-kadang
Fantasinya indah
Amat penyayang orangnya
Hatinya selembut dan senipis tisu

A "Ada" yang suka pada Iffah aka Missran
Fleksibel sentiasa
Emosinya kadang kala goyah juga
Entah bila bertemu prince charmingnya
Fahami hati dan jiwanya pasti kamu tergoda
Anugerah Allah. Kesabaran dan ketabahan di hatinya
Harapannya tinggi untuk menggapai cita dan cintanya

Sahabat aku coretkan segala kenangan dan gambar-gambar dulu kala. Saat kita belasan tahun hinggalah usia mencecah 23 tahun. Sampaikan aku terharu. Walaupun ada sesetengah kenyataan aku ubah ayatnya kerana tak sesuai untuk bacaan umum. Kalau nak kenal aku, hampir 100% betul kenyataan di atas.

Sahabat, terima kasih hadiah yang tak ternilai. Setiap kata dan gambar yang kau sematkan menampakkan kasih sayang yang melebihi segalanya. Aku tahu kau sayang aku. Aku kan sahabat terbaik kau. Aku sayang kau jugak. Aku harap kita sahabat selamanya. Sama seperti cincin BFF kita. Hati tisu sekarang T.T
Published with Blogger-droid v1.7.4

23 comments:

Gen2Merah said...

barulah saya tahu siapa Iffah Afeefah sebenarnya... nama seindah paras rupa dan akhlaknya... So sweet 100x(",)

Rozuan Ismail said...

sweet.birthday ko bile? nape aku x taw nih.haih!!

aimaniman said...

yang suka pada Iffah aka Missran
blogger ni lelaki ke?.. x faham..

H.J said...

cantiknya nama

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

sahabat.. sangat indah suatu prsahabatn tu.. mcm love story boleh dikatakan :)

FasiHaH SupiaN said...

nama yg comel dan unik!

Mat Gebu said...

BAEKK LAHHH!!...MISSRANNNNN.... ^__*

Eza Boom Boom said...

kawan dengan iffah best! :) walaupun tak penah jumpa, p insyaAllah leh serasi kalau jadi kawan di alam nyata.. Hehehe.

cik Kartun said...

bertuah empunye name :)

Mieza said...

Assalamualaikum Iffah, alhamdullilah nama itu lambang keperibadian.:) Cantik nama Iffah Afeefah.

mas saari said...

cantik nama iffah afeefah tu...akak suka!

Naniey TJ said...

sweetnya orang tu..... huhuhuhu

lieynanilaz said...

terharu tak dapat kawan yg sebegini....:)

maszull said...

assalamualaikum iffah...nama yang indah dgn harapan menjadi seorang yg manis itulah nama dari ayah bonda tercinta buat puterinya...:)

kiera'sakura said...

alololo... sayangnya sahabat akak dari sekolah dh lama lpe besday akak.... :)

Suhaili Sarif said...

rindu kawan rindu masa2 indah memang selalu kita ingat kan :)

EruzuLiyana said...

iffah , satu nama yang sedap didengar maupun disebut :)

Hanim Irsyad said...

nama yang cantek :)
suke dengan nama iffah..

QasehSuci said...

indah seperti orangnya...anyway...tgn dah baik iffah??

Eera Shera said...

name pun sedap..

Bidadari Syurga said...

heeeeeeee... amboi....

hitamanis said...

wow bff pon ade cincin..bagush2222

Nong Andy said...

wah.. ada cincin :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers