CORETAN TERBARU NADH

Mereka wanita tabah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni aku nak berkongsi ketabahan dua orang wanita yang aku kenali dalam dunia blog. Ya tabahnya mereka sampai kita yang membaca turut terasa kesakitannya. Namun, berbekal tulang empat kerat mereka masih mampu menaip setiap kata lahir dari jiwa untuk pembaca.

Sungguh tabah bukan? Sakit itu ujian. Tak semua akan dapat merasai kesakitan, keperitan, kesengsaraan, kepedihan, keletihan seperti mereka. Kadang tu sampai rasa putus harap. Ya aku jua pernah mengalami situasi sama seperti mereka. Tapi aku tak layak nak disamakan dengan ketabahan mereka.

Bertahun berperang dengan emosi, sakit dan segalanya hanya sebab ingin hidup lama. Bertahun bukan sekejap. Aku yang baru 5 bulan terasa seksanya. Inikan pula mereka. Dua blogger yang aku maksudkan Dayang Deno dan Teenager Housemaid.

Sama-sama mendoakan mereka terus tabah dalam mengharungi ujian yang menimpa. Sama-sama kita renungi ketabahan dua wanita meneruskan kehidupan walaupun kadang kala seperti mahu berpatah arang. Kita tak rasa, kita tak tahu. Tapi kita boleh ringankan beban mereka dengan berdoa semoga keduanya sembuh dari segala penyakit yang menimpa.

#Menginsafi diri

20 comments:

iRa said...

amin. semoga mereka tabah :-)

shiema sufian said...

tabah dengan ujian yang menimpa, Allah itu tidak kejam, Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan mereka. sabar ye.

Ad-Dien said...

Syafakillah, moga Allah menyembuhkannya seperti biasa..

Amin ya rabb

jemput ke blog WADi untuk menambah ilmu, insyaAllah :)

H.J said...

sama2 kita mendoakan

Suhaili Sarif said...

nnt nk pm kak ngah.nk tny psl dorg ni T_T

Mieza said...

Assalamualaikum Iffah,
Bila melihat Allah menduga hambaNya, kita akan merasa betapa besarnya kasih sayang DIA pada kita, tidak bertepi...

Saya sayang Allah.

.........cP~ said...

Yup. Saya ni je suka merungut lebih-lebih kot. Emosi! Huhu.

lieynanilaz said...

semoga mereka terus tabah....

Salim Harmanain said...

selalu gak jadi silent reader blog dayang deno ni..sedih je rasa bila dia cerita pasal penyakit dia dalam blog..

JIJI YU said...

tuhan kasi ujian sbb dia rindukan rintihan

gadis kepastian said...

waalaikumusalam....hope dorg terus tabah menempuh dugaan..

maszull said...

assalamualaikum iffah...marilah kita mendoakn mereka yer...:)

mas saari said...

moga mereka berdua terus tabah! dan kita juga kena tabah hadapi dugaan hidup di dunia ini..

Teenager Housemaid said...

T_T
terharu..:')

sis , sakit ke?

sis, saya yakin sis juga mampu untuk melalui segala ujian dengan penuh ketabahan.. :)
be strong..:)

Juliet_iRa~" said...

iffah pon tabah juga..:)

sm mcm 2 org blogger tu..heee

Eza Boom Boom said...

semoga Allah tabahkan hati kita semua. ;)

kiera'sakura said...

Amin.... sakit itu ujian... dan juga jalan paling senang untuk kita lebih dekat dgn Allah.. :)

Nong Andy said...

blog Dayang Deno aku dah baca sikit. dan ya! sungguh tabah dia.. pasti ada ganjaran dariNya atas kesabaran dan ketabahannya melalui ujian tuhan ini.

Blog TH memang dah geledah. orang kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul. kadang aku fikir hidupku tak sebertuah org lain.. tapi sering lupa. Aku sebenarnya lebih bertuah dari lebih ramai org lain.. asik fikir kekurangan dlm hidup sendiri. Lupa nak bersyukur... bila kita susah.. sebenarnya ada yg jauh lebih susah. memang insaf bila mengingatkan hal ni.

deno said...

ifa... deno sangat terharu bila ifa buat entry nie.. ifa juga ada ujiannya.. ifa juga kuat spt deno dan M. terima kasih ifa mendoakan deno. deno berharap sautau hari deno akan sembuh sepenuhnya dari sle.. insyaallah.. amin.

Eera Shera said...

moga dorang terus kuat!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers