CORETAN TERBARU NADH

Cikgu demam!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk haruslah poyo. Oh aku telah dijangkiti virus. Demam melanda saat aku semakin mendekat usia tua. Nampak sangat diri dah tua kan? Biasalah musim demam. Sakit tekak sejak adegan sweet dengan kawan aku lagi. Habis satu sekolah heboh pasal aku demam. Mana taknya. Tidur 24 jam. Memang tak larat sangat. Batuk pun sampai perut sakit. *Sunah sangat memahami kot. 

Ramai sangat yang ambil berat masalahnya. Sampaikan guru besar pun tahu aku demam. Malu aku dibuatnya. Semua paksa pergi klinik ambil MC. Aku sayang MC aku. Kalau MC terlebih aku kena pergi sekolah ganti hari aku cuti. Siapa nak ke sekolah masa tu? Muka aku jelah terpacak. Tak memasal. Jadi jimatkan MC anda ya para guru praktikum sekalian. Lagipun isnin tak mengajar. Aku mengajar selasa sampai jumaat.

Pagi tadi ada budak Darjah 5 aka anak kepada pembantu pra tanya aku "Aik dah sihat ke?" Amboi malu aku dibuatnya. Sabar jelah. Nampak sangat semalam memang aku betul-betul tak sedar. Siapa yang datang. Apa yang diorang cakapkan. Dari pagi sampailah ke pukul 4 aku tidur. Hebatkan aku?

Kesimpulannya, jagalah kesihatan masing-masing. Musim demam sekarang ni. Esok ada event kat prasekolah tu. Nanti kalau aku rajin, aku uploadlah gambar anak murid yang comel-comel belaka. Gambar cikgu? Tak payah kot. Lagipun siapalah nak tengok cikgu yang tak sihat ni kan? =P Tolong doakan aku sihat cepat!

22 comments:

Gen2Merah said...

saya kadang2 kalau dah terlewat nak p kerja, terpaksa lah ambil alasan sakit dan p ambil MC d klinik.. ekekeke.. jangan contohi amalan ini ya.. hahaha

cikgu uplod la gambar cikgu aa.. nak juga kenal2..lala.. semoga cepat sembuh cikgu Iffah (",)

Rozuan Ismail said...

p lah mam ubat tuh

cimöt said...

semoga cepat sihat...hmmmm..kecoh semua tahu ea cikgu demam..tp ok laaa semua caring pasal cikgu demam..

sergeant keroro said...

syafakallah

reenapple said...

jangan lupa makan ubat..=)

Nong Andy said...

Cikgu iffah! pls cepat sembuh :)

nak.. nak tgk gambar murid2 yg comel.. er gambar cikgu pon nak tgk! tapi mesti dia x upload.. tau dah.. :)

*aku stil batuk n flu.. kita geng hehe..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

cikgu! makan ubat plz!!! huhu bnyk2 mkn mknan brsayur, bgs tuk badan.. zuan slalu amalkan n alhamdulillah dalam setahun tu 2 kali je demam biasanya :)

Raisya Haris said...

Akak, makan ubat dan rest ye. Semoga cepat sembuh. :)

xila riston said...

bestnye jd cikgu....teringin!

.........cP~ said...

Oh, cikgu dah demam? Demam praktikum nih.

هانيم إرشاد said...

makan ubat yee :)
moga cepat sembuh ..

fRaMe+LenSeS said...

nadh doakan jiran cpt smbuh. amin2. :D

msredcheesecake said...

Demam pulak cikgu ni.... Take a good care of urself... Cepat sembuh k...

Hans said...

sekarang cuaca tak menentu
saya pun baru sihat dari demam
semoga cepat sembuh yer


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

cik Kartun said...

CK da 2 minggu batuk tak baik2 :(

deno said...

ifa demam ya.. jgn skip ubat taw, nanti demam tu dtg balik.. apa2 pun, take care dan jgn main panas! :)

deno said...

semoga ifa kesayangan deno cepat sembuh.. amin! :)

EZAD AMIR said...

Dekat2 nk smbung hr bhgia ni dtg demam pulak ye..smoga sihat lah ye..

Nah utk ifah.
http://remajapower.blogspot.com

Rapunzel Cikilolo said...

betul... jaga kesihatan. zaman sekarang banyak penyakit :)

Naniey TJ said...

syg, slmt hari lahir... sjak akhir2 ni stiap kli smbt hri lhir ad je yg xkne ea... ni xde ong la ni... hakhakhak.... cpt smbh, k.

Eera Shera said...

alolo teruknya demam dia..bykkn minum air msk..bykkan rehat

Liza Razak said...

moga cepat sihat..take care :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers