CORETAN TERBARU NADH

Bila rindu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila rindu...terkenang mu sayang...terasa sayu...syahdunya jiwaku...lalala

Bila rindu menjelma. Semua jadi tak kena. 

Bila dah hadir rindu. Semua jadi serba kelu.

Adakah rindu itu perit hinggakan kita sakit bila ianya hadir? Semuanya bergantung pada hati. Hati yang merindu. Aku kata rindu itu indah. Indah sebab kita merasakan hadirnya perasaan yang indah. Kadang terbuai rasa dek kerana rindu.

Siapa tak pernah merasakan rindu? Mustahil bukan? Aku rindu seseorang. Aku rindu segala kenangan yang menggamit masa muda dulu. Aku rindu akan aku yang dulu. Aku rindu segalanya. Rindu bukan menyakitkan. Malah ia membahagiakan. Normalkan bila kita merasa rindu.

Kadang rindu buat kita semakin dekat. Ya rindu pengikat hati kita. Rindu pada alunan Al-Quran yang mengasyikkan juga membuatkan kita dekat dengan Allah. Rindu pada zikir munajat membuatkan kita menginsafi diri kita. Siapa kata rindu itu menyakitkan? Bila hadirnya rindu, aku bahagia kerana aku berpeluang merasai kerinduan yang memuncak kala ni. Syukur alhamdulillah =)

14 comments:

Sunah Sakura said...

rindu yang indah bila rindu itu kita sandarkan pada Allah....

.........cP~ said...

Saya pun rindukan sesuatu jugak. Banyak benda yang saya rindu. Ini maksudnya saya ada kenangan yang indah untuk dirindui. Hidup selama ni tak lah susah mana sebab masih ada perkara yang kita rindukan, kan?

KaK LimAh Si SupiR said...

ya..rindu itu indah ^_^

fRaMe+LenSeS said...

nadh suka lagu tu. best. ngeh2.. :D
merindu? moh rdu kat ALLAH. kat sejadah. kat Quran. auwww.. mesti best

Rozuan Ismail said...

amboi,sakan kau menyanyi ye

ahsfantasy24 said...

wah, tahu ea lagu tu??
best kan? heheh..

ada orang cakap rindu tu seksa.
tapi biasanya rindu tu buat makin bahagia ^^

Eza Boom Boom said...

rindu mengajar kita erti menhargai :)

reenapple said...

kadang-kadang rindu itu buat hati aku sakit.. =(

H.J said...

pandai plak ko merindu..haha

FasiHaH SupiaN said...

rindu kak iffah~

mas saari said...

rindu itu sesuatu perasaan yang indah!

kiera'sakura said...

akak rindukan arwah atok.. rindu sgt T_T

Suhaili Sarif said...

rindu itu adalah anugerah dr Allah
rindu ipah jugak :)

Nong Andy said...

Rindu tu indah sebenarnya :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers