ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Akhirnya Ady
berjaya menjejakkan diri ke Kota
Metropolitan. Hatinya membuak-buak membisikkan rindu. Rindu yang teramat
sangat. Tujunya hanya satu. Wanita yang sering menjadi pujaan hatinya. Wanita yang
sering disebut-sebut dalam sedarnya. Wanita yang sering dimimpi dalam alam
lenanya. Sunah!
“Abang balik
Sunah,” senyum meleret. Berbunga hatinya. Setelah lama mereka terpisah hanya
kerana insiden paparazzi. Dia tahu dia terlalu bodoh kerana melarikan diri
seperti pengecut. Ya dia memang pengecut.
Zaquan
melambaikan tangan. Dia meninggalkan Ady di tepi jalan. Ady berkeras mahu pergi
sendiri ke rumah buah hatinya. Dia tahu Ady sudah tidak sabar bersua muka. Walau
tak lama dia mengenali lelaki itu. Dia tahu lelaki itu tetap setia pada yang
satu. Dia kagum dengan cinta mereka. Cinta yang diharapkan sampai ke syurga.
Xxxxx
Ketukan
bertalu-talu memaksa Tasha bergerak malas. Dia terganggu. Sunah seperti biasa
masih berkurung. Dia pun memang tak harap sesiapa yang membukakan pintu. Masing-masing
sibuk terperap. Matanya tertancap pada lelaki berjambang. Dia takut!
“Deq,
Sun keluar sekarang!”
“Apa
dia?” Deqdeq datang terpisat-pisat. Suara Tasha sungguh lantang membuatkan
tidurnya terganggu.
“Ada
orang. Ada orang jahat datang!” Tasha menggigil. Sunah yang baru keluar terpinga-pinga.
“Ada
orang jahat? Siapa? Kenapa hidup kita tak pernah aman?” Rungut Deqdeq.
“Entahlah
Deq. I takut. I rasa baik kita report police!”
“Kejap.
Mana you tahu dia jahat. Mungkin dia nak jual barang ke apa?” Sunah mempositifkan
fikiran.
“Okey,
you jenguk tingkap sekarang. Dengan ketukan macam nak robohkan pintu rumah. I
tak rasa orang baik,”Deqdeq dan Sunah segera menjenguk. Ya, lelaki berjambang. Sangat
dia kenali.
“Nanti
I buka. I pakai tudung kejap,” Tasha dan Deqdeq hanya memandang tingkah Sunah. Pelik
rupanya.
Xxxxx
Satu
tumbukan mengena ke mata Mat. Dia begitu terkejut. Ady memandang geram.
“Kau
buat apa kat sini? Tak puas lagi ke kau kacau hidup dia?”
“Aku…aku
cuma…” Mat menggigil.
“Cuma
apa? Kau jangan buat pasal lagi. aku dah tak teragak nak lapor polis. Dakwa kau.
Masa tu jangan harap nak melutut merayu!” Ady mencengkam kolar baju paparazzi
itu.
“Baik-baik
aku pergi. Aku pergi,” Lelaki berjambang pergi tergesa-gesa.
Ketika itu pintu
terbuka luas. Kelihatan Sunah berdiri di depannya. Hati mula membisikkan kata
rindu yang sememangnya takkan terluah. Naluri lelakinya memberontak. Ingin saja
dia memeluk wanita yang dirinduinya. Namun, dia sedar ikatan mereka tidak menghalalkan
hal itu. Sunah terperanjat.
“Abang!”
Mata mula berkaca.
“Sunah,
jangan risau. Lelaki tu takkan kacau kita lagi,”
“Abang!
Lelaki mana pulak ni?” Sunah pelik.
“Lelaki
tadi. Dia yang ketuk pintu tadi. Abang sampai terus dia mengigil. Mujur abang
cepat,” Sunah masih blur.
“Bukan
abang ke yang ketuk pintu? Bukan abang ke yang datang tadi?”
“Bukan,
abang baru je datang. Tu si paparazzi tu. Dia tak habis-habis nak ganggu Sunah.
Abang dah bagi amaran. Lagi satu abang dah fikir masak-masak pasal Sunah,”
“Ingatkan
abang. Mujur tak cepat-cepat buka pintu tadi,” Keluhnya.
“Sunah,
please. Hati-hatilah. Jangan nak tergesa-gesa buat keputusan. Mungkin sebab
nilah kita jadi macam ni,” Ady meraup wajah. Jambang halus mula meliar di
sekitar wajahnya.
“Sekarang
abang nak salahkan sayalah?” Sunah mula geram.
“Bukan,
abang cuma risau. Awak tu perempuan. Abang tak sanggup nak bayangkan apa jadi
kalau Sunah tak ada…” Matanya berkaca. Keduanya kelu tanpa kata. Hanya hati
yang berkata-kata. Tak terluah dek kata. Lama mereka begitu. Sunah rindu. Begitu
juga dengan Ady.
Bersambung~~~~
6 comments:
:) saja nak gitau follower awak dah nombor cantik..2020.. hehe..
(saya dah mula faham gaya penulisan awak...lain orang lain gaya, kan?)
senang3 Ady ajak la Sunah kahwin..~lalalala~
err..nape i rasa yang kali ni macam best ek..err..tahniah tahniahhh
tak sabar nak tunggu episod seterusnya...heheheee
yeahh yeahh haaa mcm tue la ady... hihihihi
so suwit :D
baca lagi sekali part ni...err...nak nangis boleh? T_T
Post a Comment