ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Kau buat remuk seluruh hatikuuu... seluruh hatiku...." Lirik lagu menggambar rasa dia kini. Dia tak kuat menghadapi ujian ini. Ujian hati dan perasaan. Dia selalu gagal. Gagal mengawal dari jatuh cinta.
Dia jatuh cinta lagi. Dia pernah bertekad yang dia akan halang
diri dari jatuh cinta. Namun, itu semua dusta. Hati tak bisa dikawal. Hati tak
seperti akal. Dia kecewa atas kegagalannya. Berkali dia memujuk hati untuk
jangan layan rasa itu. Kelak melarat. Dia degil. Akhirnya kini dia menderita
atas kebodohan sendiri. Cinta tak terbalas buat dia terduduk. Terasa jantungnya
ditikam berkali-kali. Darah tak mengalir namun jelas rasa sakitnya.
Kini dia sedar yang cintanya bukan ada guna. Lelaki itu
bukan lelaki yang bakal mengimamkannya kelak. Lelaki itu tak punya perasaan
langsung terhadapnya. Kerana lelaki itu tak pernah nampak wujudnya dia di muka
bumi. Apatah lagi menyedari rasa cinta yang mulai tertanam dan berbenih di
hatinya. Dia pasrah. Dia terima. Jika itu takdirnya, dia rela biarpun hati
remuk seperti digilis berkali-kali. Tapi rasa cinta takkan hilang. Dia tahu
hakikat itu. Dia tetap masih punya rasa cinta terhadap lelaki itu. Cinta buat
dia bodoh sekali lagi. Masih cinta biar hati menderita.
16 comments:
kita tak mampu menghalang diri dari jatoh cinta..T___T
Aku rasa kistot ini dekat je dengan diri aku. =_=
ah.. hatiku turut remuk....!!
ini kejam!!
wuuuu... sakit memang sakit tuu... Cikuna seperti memahami itu.. owhhh takutnya... nauzubillah...
betol2 kistot...padat tapi faham...
iffah!!!! blog kamu sgt cntik..... sukeeeee!!!
hurm rasa sedih baca kistot nie.. bukan pintanya untuk jatuh cinta sebab perasaan tue kan datang sendiri huuuu
typo : haling :)
apepun hati remuk ini pasti akan ade gam bagi hati remuk tu bercantum kembali walaupun da tak serupa macam dulu .
isya'allah..
aku serem juga pada jodoh sebenarnya kebelakangan nih....
betul cinta itu lebih berbisa dari tikaman belati... mohon org dlm penceritaan ini bukanla ko Iffah...
hurm....ni berkenaan diri awak ke?
sgt2 sdih... :-(
Itulah masalahnya. Setiap kali nak halang diri drpd jatuh cinta, setiap kali itu akan tertewas jua.
bercakap tak nak jatuh cinta tu mudah tapi nak halang bile bende tu jadi memang tak mungkin rase nye.. hmm..
assalamualaikum iffah...remuk hatikan bila jadi mcm ni...:)
remuk jantungku ...
hurmmm... kalau ia sekadar cerita, makanya watak ini sangat menderita kerana cinta... tapi di akhir rangkap... ianya lebih buat hati kita rasa sunyi dan ya... remuk gila...
ps: tulisan kamu... kali ini berbeza dengan yg lain... sgt sedih... btw: akak suka gaya penulisa begini, terkesan... ;) arghhh kamu dah boleh start buat novel serius sayang... gunakan kelebihan ni...
Post a Comment