CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Remuk hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Kau buat remuk seluruh hatikuuu... seluruh hatiku...." Lirik lagu menggambar rasa dia kini. Dia tak kuat menghadapi ujian ini. Ujian hati dan perasaan. Dia selalu gagal. Gagal mengawal dari jatuh cinta.


Dia jatuh cinta lagi. Dia pernah bertekad yang dia akan halang diri dari jatuh cinta. Namun, itu semua dusta. Hati tak bisa dikawal. Hati tak seperti akal. Dia kecewa atas kegagalannya. Berkali dia memujuk hati untuk jangan layan rasa itu. Kelak melarat. Dia degil. Akhirnya kini dia menderita atas kebodohan sendiri. Cinta tak terbalas buat dia terduduk. Terasa jantungnya ditikam berkali-kali. Darah tak mengalir namun jelas rasa sakitnya.

Kini dia sedar yang cintanya bukan ada guna. Lelaki itu bukan lelaki yang bakal mengimamkannya kelak. Lelaki itu tak punya perasaan langsung terhadapnya. Kerana lelaki itu tak pernah nampak wujudnya dia di muka bumi. Apatah lagi menyedari rasa cinta yang mulai tertanam dan berbenih di hatinya. Dia pasrah. Dia terima. Jika itu takdirnya, dia rela biarpun hati remuk seperti digilis berkali-kali. Tapi rasa cinta takkan hilang. Dia tahu hakikat itu. Dia tetap masih punya rasa cinta terhadap lelaki itu. Cinta buat dia bodoh sekali lagi. Masih cinta biar hati menderita.

16 comments:

Nana Lee said...

kita tak mampu menghalang diri dari jatoh cinta..T___T

reenapple said...

Aku rasa kistot ini dekat je dengan diri aku. =_=

Nong Andy said...

ah.. hatiku turut remuk....!!

ini kejam!!

CikUna said...

wuuuu... sakit memang sakit tuu... Cikuna seperti memahami itu.. owhhh takutnya... nauzubillah...

Cikgu Ma said...

betol2 kistot...padat tapi faham...

Mrs. Abi said...

iffah!!!! blog kamu sgt cntik..... sukeeeee!!!

Kira Sakura said...

hurm rasa sedih baca kistot nie.. bukan pintanya untuk jatuh cinta sebab perasaan tue kan datang sendiri huuuu

Unknown said...

typo : haling :)


apepun hati remuk ini pasti akan ade gam bagi hati remuk tu bercantum kembali walaupun da tak serupa macam dulu .

isya'allah..


aku serem juga pada jodoh sebenarnya kebelakangan nih....

Unknown said...

betul cinta itu lebih berbisa dari tikaman belati... mohon org dlm penceritaan ini bukanla ko Iffah...

boni kacak said...

hurm....ni berkenaan diri awak ke?

Unknown said...

sgt2 sdih... :-(

Unknown said...

Itulah masalahnya. Setiap kali nak halang diri drpd jatuh cinta, setiap kali itu akan tertewas jua.

kay_are said...

bercakap tak nak jatuh cinta tu mudah tapi nak halang bile bende tu jadi memang tak mungkin rase nye.. hmm..

maszull said...

assalamualaikum iffah...remuk hatikan bila jadi mcm ni...:)

ika said...

remuk jantungku ...

Bidadari Syurga said...

hurmmm... kalau ia sekadar cerita, makanya watak ini sangat menderita kerana cinta... tapi di akhir rangkap... ianya lebih buat hati kita rasa sunyi dan ya... remuk gila...

ps: tulisan kamu... kali ini berbeza dengan yg lain... sgt sedih... btw: akak suka gaya penulisa begini, terkesan... ;) arghhh kamu dah boleh start buat novel serius sayang... gunakan kelebihan ni...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers