CORETAN TERBARU NADH

Hidup umpama main judi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada orang kata hidup macam main judi. Sebab apa? Sebab salah pilih jalan yang kita akan lalui, mungkin ada kesan negatifnya yang membuatkan kita sesal sepanjang hayat.

Kenapa nak memperjudikan nasib kita untuk tempoh yang lama sebab termakan kata-kata orang.

"Kau je tak kahwin-kahwin lagi. Nak jadi andartu ke?"

Terus je si polan nikah dengan sesiapa je yang meminang. Padahal itu soal hidup mati sepanjang hayat. Nikah bukan perkara senang. Kalau tak suka boleh cerai? Pedulikan kata orang yang sentiasa negatif. Pedulikan. Yang tentukan nasib kita ialah kita dan apa akan jadi pada kita seterusnya ialah ketentuan Allah.

Ini tak. Ada juga yang suruh kahwin sebab takut posting jauh. Yang ada calon bolehlah nak tamatkan zaman bujang. Posting pedalaman? Aku takut. Tapi kalau dapat aku terima jelah. Mungkin itu dah takdirkan? Tapi untuk mengelak dari posting pedalaman dengan kahwin macam terburu-buru pulak kan?

Jadi relakah korang pilih perjudian hidup gara-gara sebuah tempoh perjudian yang pendek seperti berada di pedalaman?

15 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

ikut akal, hati dan ketentuan tuhan je iffah.

mungkin tggl kat pedalaman la yg mengajar kite byk bnd. siapa tahu kan?

Mieya Atiera said...

Kuatkan hati, cekalkan jiwa dan think positive. Mungkin hidup di kawasan pedalaman dapat memberi satu pengalaman yang baru. Tak semestinya perlu berkahwin secara terburu-buru untuk mengelakkan sesuatu perkara.

hnahdy said...

kawin sebab takut posting jauh.itu maknanya xnak menghadapi cabaran. hana geram kalau orang yang mcm tu..geram dalam hati ja nak luahkan takut trasa plak.hehe

paripariputih said...

kat restoran area2 rumah aku ni ada satu kedai mamak yg ramai dengan orang2 tua yg suka berlonggok bukan untuk bercerita pasal nak tambah pahala sebelum masuk liang lahad., tapi berlonggok utk tengok no ekor sapa yang kena.... (sebab sebelah tu kedai no ekor) ermmm no ekor tu pun dalam kategori judi gak kan?? :P

Nong Andy said...

jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan tuhan. Tapi kita kena usaha juga (ni ayat skema hehe)

aku suka pegang kata-kata manis seperti.. lepas hujan ada pelangi.

kalau benar dah nasib kena jauh di pendalaman.. mungkin saja ada hikmah di sebaliknya... itu rasia tuhan :D

Rozuan Ismail said...

persetankan cakap org. kita tahu kemampuan kita

reenapple said...

tidakkkkkkkk. Aku lebih rela menanti. Walau lagi lama, menanti dengan penuh sabar sometimes, akan berbuah sesuatu yang membahagiakan diri. Insyallah. Ehehehe

Nana Lee said...

aku pun terfikir gitu jugak, nak kawen awal sebab taknak posting jauh, tapi pape pun yang kita rancangkan tak semstinya berlaku ,kerana Dia adalah sebaik- baik perancang yang menentukan hidup kita..:)

Asrul "iLham" Sany said...

Semuanya sudah tertulis... ;)

Novelgurl said...

khwin kene fikir betul2 kan.berat tnggjwb tu kecuali klo betul2 dh bersedia.

Aien Alien said...

kalau kahwin sebab dipaksa atau termakan kata2 orang tak payah la...itu memang memperjudikan masa depan. macam tergesa2. tapi entah la...apa2 pun ajal maut jodoh semua rahsia Allah s.w.t

maszull said...

assalamualaikum iffah...jodoh itu pasti akan datang jua...:)

CikZaitul said...

bagi aku kalau ko dah pilih kerjaya cegu ko patut terbuka sikit bila ko kene posting memane..sebab mengajar ilmu tu konsep die luas.. mmg takut duk pendalaman mgkin jauh dr semuanya..tapi jgn jadikan bende tu halangan bagi ko..

dan jangan kawen sebab alasan tak betul , kalau kita dah melakukan perkara tak betul dari awal , akhirya dari awal sampai akhir pun tak betul ..

ye dak?

kay_are said...

kalau hidup pun nak diperjudikan memang dah parah tu.. takleh r macam tu kan.. sendiri rase akibat die nanti.. hmm..

kiera'sakura said...

sebelum buat pape keputusan fikir bebaik. sedangkan nak berak time mana pun kena pk baek2. silap berak time tue takde air haaaa dah jenuh nak basuh kan. contohnya la tue

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers