CORETAN TERBARU NADH

Hari ini hari sengal aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dipendekkan cerita aku menghilang seharian sebab pergi Melaka. Letih. Kan aku dah habis belajar dan aku kena submit kajian tindakan aku yang dah siap jilid dan disemak oleh penyelia. Jadi, aku kena dapatkan tandatangan beliau di rumah banglonya yang terletak di Durian Tunggal. Kemudian aku kena hantar ke Maktab di Durian Daun. Nampak nama lebih kurang, tapi jauhnya boleh tahanlah. Dengan tak tahu jalan lagi.

Macam tak pendek je cerita aku ni? Lantak. Pagi tadi aku dikejutkan sebab anak buah aku sorang tu terjaga dan meragam. Nak tak nak aku kena temankan dia. Dah tu si kakak pulak bangun dan menangis. Aku kena pergi beli barang dapur pulak. Jadi aku angkut budak dua orang tu dengan kakak aku sekali sebab diorang meragam nak ikut. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Aku janji sampai kat Tesco Cheng Melaka pukul 11 pagi.

Lepas membeli, aku basuh ayam. Simpan lauk dan sayur. Buat air dan bagi budak-budak tu makan akhirnya baru aku bertolak jam 9.45 pagi. Aku pecut ikut LEKAS dan PLUS. Tapi yang SENGALNYA aku masuk lorong tol LEKAS yang berlampu merah. Gila sengal. Aku rabun dan spek aku pecah kaca. Harap maklum. Aku pun konon nak bayar kat perempuan dalam kotak tol tu. Dia bagi kad. Aku blur. Lama aku pandang dia. Dia kata bayar kat tol lagi satu.

Rupanya kad tu macam tiket kalau lalu PLUS. Aku tak pernah guna sebab aku selalu guna Smart tag. Kebetulan kad T & G aku tak ada duit. Bila nak topup boleh pulak habis. SENGAL! Akhirnya aku selamat sampai jam 11.14 pagi dan kawan aku tak sampai lagi. Aku pergi cari topup sebab aku tak ada kredit. Boleh pulak semua kedai dalam Tesco tu tak ada jual. Aku pergi ATM dan topup. Mujur bank ada duit. Ish SENGAL!

Yang paling sengal terjadi hari ini ialah aku tersalah masuk tandas lelaki. SENGAL! Hujan lebat masa kat R & R Nilai petang tadi dan aku lari je sebab hujan dan malas pakai payung. Aku nampak lantai biru. Terus je meluru masuk dalam tandas dan ada lelaki tegur aku. Aku dah pelik. Tapi aku teruskan juga nak tutup pintu dan aku nampak ada lelaki keluar dari tandas sebelah. Okey aku salah. MALU. Itulah kisah SENGAL aku untuk hari ini. Gelaklah korang puas-puas T.T

16 comments:

نورعيم said...

agak2 akak tebal mane muka tu masuk toilet laki? hihi.

mane pelangi akak? ke pc org yg prob ni?

boni kacak said...

hahahahahhaa.. awak dah kenapa hari ni?? sampai masuk tandas lelaki lagi..hahahaha

Unknown said...

Waalaikummussalam . seriously kalau tersalah masuk tandas memang malu tahap dewa . hoho , takpelah dugaan tu :)

hnahdy said...

msuk tandas lelaki paling sengal.. smpah xnak datang RnR situ dah :P

misz aisya said...

lorhh...laen kali tnye lah org melaka ni..

awok, kite dah dua kali masuk toilet lelaki. hehe

Anonymous said...

aku pernah je masuk toilet lelaki. masa tu dah la kat sekolah orang. nak marah ngan cikgu kat situ.

bukan sengaje kot...

Nong Andy said...

hadoilah.. masuk tandas lelaki. maunya merah udang bakar muka kalau termasuk tandas lelaki (aku pernah rasa ni , baru2 jer masa gi KL hari tu ekekekekek- kat airport)

bertabah ajalah ko hari ni ya.. mcm2 hal terjadi dlm satu hari.. pengalaman + kenangan tu Iffah :D

abang bro EL said...

pernah juga tengok pompuan guna tandas lelaki...sebab tandas tu uniseks haha...

Unknown said...

segannye..hehe..xpe2..buat muka tembok..berlagaj gangster sikit..hehe..xD

Unknown said...

lepas ni dah taw lah ye cara gunakan bayar duit

Cik Ros said...

tersangat sengal kau hari ni iffah oiii.. :P

faiq said...

hehe..atleast ad pengalaman msuk tandas lelaki :)

Kira Sakura said...

hahahahahaahahahahha keras perot gelak kihkihkih :p

pegi buat spek baru cpt. hishhh bahaya tersalah toilet nie buatnya dorg kepung dlm tue hishhh mintak simpang.

sengal yg lain takpe lagi, jgn kalut sgt lepas nie!! amaran dari akak nie

kay_are said...

err.. aku rase ko dah terjangkit sindrom blur aku tu agaknye.. tapi ko nye dah tahap petala lapan kot.. aku baru beginner =P

Lokman said...

hoho.. dugaan.dugaan

Dayang Deno said...

sengal betul tu ifa.. hihik.. sabar2...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers