ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sebenarnya bukan nak layan sangat cerita Aku bukan tomboy. Tapi tertengok sambil melayan FB. Tetiba debu masuk mata tengok cerita ni. Apakah? Kenapa aku macam perempuan sangat ni. Sikit-sikit menangis. TDDMKA!
Ah boleh pulak mati idea masa menulis. Aku nak bagitau yang aku sebenarnya bukan tomboy jadi jangan fikir bukan-bukan pasal aku. Eh bukan-bukan. Aku speechless! Aku cuma nak kata, aku nampak luaran je kasar tapi bukan tomboy. Tak adalah rasa nak jadi lelaki pulak. Itu je.
Bila aku tengok si Farisya (Scha Al Yahya) kena maki dengan bakal mak mertua dia, aku terfikir tak semua orang boleh terima perempuan kasar. Kadang mungkin bakal suami tu terima, mak ayah lelaki itu? Family laki tu? Jadi untuk jalan selamat, cuba jangan biasakan dengan perlakuan kasar.
Apa boleh buat aku memang kasar?
Senang, ubah sedaya yang kau mampu Ipah. Lagipun perangai tu boleh diubah. Sopan depan mak mertua, depan laki sendiri jadi diri sendiri balik. Boleh ke macam tu? Berpura-pura sepanjang hayat? Jadi tepuk dada tanya diri sendiri. Sampai bila nak jadi kasar sampai orang lain takut nak dekat? Okey ini sesi monolog diri.
#PPP ada kasi wasiat pasal ini. Sampai sekarang aku masih terfikir tentang hal ini T.T
16 comments:
biasanya perempuan yang kasar tu la hati dia lembut. biasanyalah :)
bukan ke kau sweet eh???
dlm kasar, ttp ade lembut nye..:)
p/s:juz be urself. lembut ayu sgt pon xsemua org suka.
insya'Allah lepas kawen automatik jadi lemah lembut...eh!
luaran kasar, tp dalaman lembut tau.
Jiwa tu yang paling penting :)
buat apa jadi org lain kalau hati tetap tak gembira... just be ur self..
#salam perkenalan
Berubah utk kebaikan apa slhnya.. Kalo diri kita sendiri dh rasa slh, why not kita berubah? Mmg la nmpk plastik pd mulanya..
kasar tu slow2 blh diubah, dibentuk.. kdg2 kita sendiri pun tak terasa nk kasar cmtu kan.. dulu aima pun kasar jgk, ckp pun kasar, baju kurung pun xmau pakai.. skg Alhamdulillah, rasa segan bila fikir2 balik perangai dulu.. (dulu-dulu la, sbb skg dah tua) :)
ubah setakat yang mampu.yang lain tu serah pada tuhan
kecantikan, keayuan dan kemanisan seorang wanita terletak pada kelembutannya.. :)
eh akak org pn kasar. lagi kasar dari akak kot.
1 hari nnti org akn terima kita seadanya.
skng ni org buat pekak je org lain dok kata org kasar ke, tommboy ke apa.
hahaha. kasar kat cni merujuk kpd apa? tingkah laku ko atau cara ko bercakap? klu llaki syg ko mungkin dpt terima kekasaran ko tu tp mungkin org lain tak terima lagi2 klu mlibatkan org tua. mpuan mmg dh jd norma kehidupan utk berlakuan lembut n ayu...1st impression tu penting utk bakal ayah mak mertua...
aku rase kalau kasar tapi hati baik lagi ok kot.. dari depan kemain lagi lemah lembut sume tapi belakang sume tu lakonan semata mata
kasar ke? bagi akak tak la sangat sebab akak still nampak lembutnya dalam diri iffah ;)
perkara ni? hurm.. aku belasah aja. aku memang ada la sikit kekasaran 'tomboy' tu.. tapi depan mertua kena la 'pempuan' ahahaha.. lama-lama ia akan come naturely la.. jgn fikir sgt.. dan sila la asah sikap lemah lembut kewanitaan anda keh..keh..keh.. Orait Iffah?
Post a Comment