CORETAN TERBARU NADH

Kau tutup aurat ke telanjang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Oh aku kisah sebenarnya pasal isu ni Ada jugak orang yang suka menyembunyikan rasa kata tak kisah. Yup tak ramai berani berterus terang. Dan akulah orangnya. Bila aku kata tak kisah doesn't mean aku tak kisah. Cuma kadang kita pun sedar kita siapa nak tegur orang kan.

Kau kisah ke aku tak pakai tudung ni? Kang kau malu jalan dengan aku.

Aku jawab. Tak kisah. 

Tapi hati meronta kisah. Jangan tanya kawan kisah ke tak. Tanya Allah sebab kawan macam aku ni bukan baik mana pun. Aku tak kisah korang tak nak bertudung. Korang punya dosa. Tapi as long kau ada rasa nak bertudung pada masa akan datang.

Aku akan doakan untuk korang. Tapi orang kata tudung tak semestinya tutup aurat. Ya aku pun tergolong tu. Cuma apa yang aku nak cakapkan. Bagi peluang untuk dia berubah. Mula bertudung singkat. Lama-lama makin labuh.

Belum kira yang jadi mangsa fesyen. Skirt ketat nampak bentuk punggung. Aku dah geleng. Tu perempuan yang tengok. Laki dia sikit tak kisah. Kau dayus wahai lelaki. Sebab biarkan isteri kau keluar berpakaian tapi telanjang.

Hentikanlah fesyen merepek yang konon muslimah tapi? Kalau korang tengok yang terbelah, pakai skirt pendek korang maki hamun. Ni bukan fesyen menurut Islam. Tapi bila korang gah gayakan fesyen yang ternampak dada sedikit. Terketat sana sini.

Tak ada pulak yang berani bersuara? Why? Sebab dia popular? Atau sebab korang rasa dia dah tutup aurat sepenuhnya dengan memakai tudung? Cukuplah wahai hipokrit. Korang tak tahu makna menutup aurat sebenar jangan nak pandai kata orang tu salah ni betul. Bukak buku dan fahamkan apa itu aurat! Sekian.
ps: Entry hari agak beremosi. Tak tahu kenapa. 

9 comments:

Unknown said...

itu jenis somi yg diheret bersama sama jugak tu..

weh tak sempat nyempat aku nak komen n3 engko

farahin nasir said...

time kasih ats peringatan.. :)

berusaha utk jadi lebeh baik..

pHiQUe iPiN said...

tu y perempuan...y selalu dibualkan..y lelaki how?? =)

Unknown said...

jangan emosi2..:)

Ada setengah orang dia tau salah pakai macam tu..
tapi sebab ego pakai jugak la..

Anonymous said...

dah nama kita nk dengan kiamat kan..pakai baju, tapi macam telanjang..klu aku, baik bogel terus je..haha

aku tertarik 1 ceramah yg di berikan oleh ustaz kazim alias..ko x knl, ko search kt youtube k..ayatnya lebih kurang gni

org pompuan yg pakai ketat2 yg menampakkan buah dadanya, samalah seperti dengan lelaki yg memakai seluar dan menonjolkan kemaluannya yg sedang mengeras..ayat agak kasar..tapi aku suka

Anonymous said...

Nak emosional juga lar. Follow the rules before the rules is done (kiamat). At that times, it means late already.

Hafizin Jamil said...

entry emosi yang bagus..keep up,,

Anonymous said...

betul2..semua org boleh berubah

K said...

suka entri emosi, haha XD

p/s : retis camtu lah, mane leh tegur :P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers