ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dia merenung ke luar jendela. Tanpa sedar matanya berair. Bergenang sebenarnya. Tapi egonya tak pernah benarkan dia menangis. Pantas mata beralih ke lain. Dia sebenarnya teringat akan gurauan seorang sahabatnya.
Dia merenung ke luar jendela. Tanpa sedar matanya berair. Bergenang sebenarnya. Tapi egonya tak pernah benarkan dia menangis. Pantas mata beralih ke lain. Dia sebenarnya teringat akan gurauan seorang sahabatnya.
“Baik kau bagi tangan je.
Lagi-lagi jari manis boleh terus sarung cincin sekali…” Zaharah tergelak.
“Aku takkan bagi tangan aku kat
sesiapa, nanti diorang pengsan pulak,” Balasnya juga dalam gurauan. Kawan
lelakinya terdiam. Dia mula sedar hakikat itu. Kekurangan pada tangan Zaharah.
Dia mulai rasa bersalah yang amat. Haikal mengeluh.
‘Apa aku dah buat ni?’ desis
hatinya.
“Aku tak pengsan pun, Ara!” Iman
menyampuk.
“Iman dahlah jangan cerita pasal
ni lagi… Tutup cerita,” Senyuman Zaharah ukir semanis mungkin. Iman hanya
mengangguk.
“Weh Ara. Maaf. Tak berniat kata
secara negatif. Baru teringat. Hmmm…” Zaharah masih lagi ketawa.
“Kau buat aku rasa nak nangislah
Haikal!” Zaharah cuba mengawal rasa melalui ketawa. Itu saja helah yang dapat
dia lakukan saat hati sedang dibasahi hujan kerana sedih.
“Ya aku bersalah… Ampun…” Kata
Haikal. Dan dia rasa bersalah yang amat. Zaharah tak sanggup menyusahkan
perasaan orang yang dia senangi. Lantas dia mengukir senyuman.
“Yes, berjaya aku kenakan kau.
Selalu kau je menang kan?” Sekali lagi tawa menghiasi segenap ruang. Tawa dia
sendiri tak pasti ikhlas atau tak. Dia rela jika dia sendiri menangis. Tapi
bukan sahabatnya.
“Iman, tengok dia ni. Tak apa,
hari ni hari kau…” Gelak jahat kedengaran. Iman turut ketawa. Dia pun lega
sedangkan hanya Tuhan sahaja tahu betapa ribut petir melanda jiwanya saat itu.
Hatinya menangis. Pilu mengenangkan kisah sebenar. Mereka kembali ketawa.
Seperti tiada apa yang berlaku. Zaharah cuma mahu melihat mereka senang. Bukan
sedih. Dia bukan jenis sebegitu.
Xxxxx
Dear diary,
HAI! Boleh tak aku
nak coretkan kisah aku di sini? Aku rasa lama dah aku tinggalkan kau kan? Hari
ni aku sedih sangat. Ya, 12.12.2012. Ia amat menyakitkan bila aku nak nangis
tapi tak mampu mata mengeluarkan airnya. Aku sebak tapi aku tak punya kekuatan
untuk luahkan tentang kegusaran aku. Kesedihan aku. Aku tak mahu orang yang aku
sayang turut sama risau dan sedih. Aku tak sanggup.
Kalau kau boleh
bercakap, mesti kau marah aku kan? Tak apa. Aku tahu kau susah hati pasal aku
jugak. Tapi itulah. Jadi gila aku kalau tak luahkan kat sesiapa. Aku bukan tak
percaya dengan diorang. Aku cuma tak nak diorang sedih. Aku sedih. Aku tak nak
aku jadi bertambah sedih. Kau faham kan?
Aku masih macam
dulu. Pura-pura kuat, pura-pura tak terasa, Somehow, aku tak rasa letih pun.
Kau kenal aku siapa bukan? Aku tak suka menyusahkan orang yang kenal aku.
Lagi-lagi yang aku sayang. Got to go babe, Haikal telefon. Nak pujuk akulah tu.
Daaa diary!
Buku diari dibiar terbuka. Deringan
itu mati. Zaharah memandangnya kosong. Sekali lagi deringan itu berbunyi.
Nyaring. Lagu Missing You yang dinyanyikan oleh G-Dragon dari kumpulan Kpop
terkenal, Big Bang sedang rancak berbunyi. Zaharah bangun dan capai
smartphonenya dengan malas. Dikerling nama si pemanggil. Hatinya kacau
tiba-tiba.
“Ada apa?” Salam si pemanggil dibiar
sepi.
“Amboi garangnya awak ni…” Zaharah
mengeluh. Menanti kata lain yang akan meluncur laju dari mulut lelaki itu. Oh
bukan, buaya itu.
“Perlu ke saya berlembut dengan orang
yang bertanggungjawab atas kesan di tangan saya hah?!” Zaharah menengking. Sudah
lama lelaki itu mendiamkan diri. Tangannya melecur terkena air panas yang
dcurahkan oleh isteri lelaki itu. Zakuan yang bertanggungjawab atas semua yang
berlaku. Tangannya berparut setelah melecur tahap kedua. Penderitaan itu dilalui
selama 2 bulan lamanya. Lukanya tidak dalam tapi peritnya tetap ada.
“Ara, saya… saya nak minta maaf…saya…”
Kata-kata Zakuan dipotong laju.
“Kau nak minta maaf? Itupun setelah
tangan aku dah pulih? Hei jantan aku tak perlukan kata maaf kaulah. Sebab kau
aku jadi macam ni. Sebab kau aku tak berani nak dekat dengan lelaki. Sebab kau!!!”
Bagaikan histeria. Dia menderita dalam diam. Dia sakit hati melebihi sakit
lecur di tangannya. Perit sekali.
“Saya akan bertanggungjawab. Lama dah
saya fikir. Saya akan jaga awak sebagai isteri saya yang sah. Saya akan
lindungi dan tebus kesalahan isteri saya lakukan. Tolonglah Ara… saya tak
sanggup hidup bergelumang dengan rasa berdosa terhadap awak… saya tak sanggup…”
Esak kecil kedengaran. Kali itu tiada apa yang dapat Zaharah katakan. Dicampak berderai
smartphonenya. Dan serentak itu die menangis setelah sekian lama dia menangis.
Xxxxx
Meriah sungguh hari itu. Siapa sangka
hari yang bahagia itu muncul juga. Setelah awan hitam berarak mengunjungi kamar
hatinya. Beribut petir dia lalui. Demi mencari sebuah pelangi yang tampak indah
di hatinya. Zaharah tersenyum. Dia melihat pasangan di sebelahnya. Manis berjanggut.
Matanya sepet sungguh menawan ketika ini. Syahir mengerling si isteri.
“Awak kenapa?” Senyuman masih terukir.
Dia perlahan mencari tangan si suami. Erat pegangannya.
“Lah takkan tak boleh sabar tunggu
malam? Isteri siapalah ni…” Ketawa kecil terukir. Pantas saja lengan suaminya
dicubit.
“Saya bukan macam abang. Fikir ke lain
je. Saya cuma nak… erm… terima kasih kat abang…” Syahir ketawa saja.
“Dahlah benda lama buat apa nak
kenang. Abang ni memang sweet abang tahu,” Sekali lagi Zaharah cuba mencubit
namun ditepis laju.
“Tangan ketam ni sejak dah halal, laju
je nak mencubit…” Giliran Zaharah pula yang ketawa. Tapi sebenar-benarnya dalam
hatinya benar-benar bahagia miliki Syahir sebagai suami. Lelaki yang sanggup
terima apa adanya dia. Walaupun parut itu hodoh dan kesannya selamanya, Syahir
tak pernah ambil kisah kerana sayangnya pada isterinya tak berbelah bagi dan
semua itu hanya kerana Allah.
Pernah dulu Zaharah tanya, kenapa
pilih dia bukan orang lain yang sempurna fizikal dan baik akhlaknya dan jawapannya
benar-benar membuka hati Zaharah untuk terima cinta baru selepas Zakuan.
“Setiap hari saya berdoa untuk
dijodohkan dengan orang yang solehah, yang akan membahagiakan saya bukan di
dunia semata-mata. Malah dia juga akan menjadi bidadari yang menemani saya di
Syurga kelak. Dan permintaan saya dikabulkan bila saya nampak awak. Itulah
jawapan Allah untuk doa saya. Saya tak mahu kita menjadi ajnabi terlalu lama. Benda
baik patut dicepatkan bukan? Jadi terima tak pinangan saya yang tak romantik langsung?”
Air matanya menitis kerana kenangan yang sangat manis untuknya. Manis sangat
sehinggakan air mata bisa mengalir.
“Aih sayang, kenapa menangis?” Zaharah
terpaku. Takungan air matanya pecah lagi.
Perkataan sayang yang telah lama dia
tidak dengar dari mulut arjuna. Kerana kata sayang itulah dia kehilangan
kesempurnaan fizikal. Zakuan yang dulu dia sayangi sebenarnya sudah berkahwin. Zakuan
yang dipuja itu rupanya telah menipunya. Dan Zakuan juga telah membuatkan
Zaharah nampak seperti perempuan sundal yang merampas hak kaumnya sendiri. Sayang
itu seperti virus baginya. Dia takut dengan kata sayang itu.
Namun, segala ketakutannya terhenti
saat pelukan seorang suami erat terasa. Kuat. Kemas. Dia terasa amat selamat. Dia
jauh dari segala tangisan yang tak mampu dia luahkan. Dia jauh dari kata cacian
orang sekeliling dengan keadaan parut itu. Dia jauh dari rasa takut digelar
perempuan tak laku. Dia jauh kerana dia ada sang pelangi yang sentiasa menutup
pandangannya dari melihat yang tak indah kerana pelangi itu telah menjanjikan
suasana indah di dalam hatinya dan hatinya tak perlu menangis lagi.
#Kenapa aku menaip? Sebab aku rasa nak menaip.
#Kenapa aku taip cerita macam ni? Sebab aku nak luah sesuatu.
#Kenapa tak kahwin dengan Zakuan atau Haikal? Korang fikirlah sendiri.
#Kenapa macam ada kaitan dengan aku? Sebab aku suka gunakan pengalaman sendiri dan tokok tambah dalam cerita.
#Kenapa aku tak nak sambung cerpen ni? Sebab inilah penamatnya, kalau nak panjang pergi karang sendiri hahaha ~~~
21 comments:
amboi ko becerpen bagai.hati kaca kah?
kalau ada masalah, jgn malu2 nak story ngan aku.aku biasa handle masalah peranakan jatuh, haid tak teratur, air ketuban kua mcm air paip.tarahal la
kecacatan bukan penghalang utk 1 kebahagiaan... nice story.. tp aku nmpk somtg kt situ... hehehe...
hati lagi pedih dari kesan lecur tu..huhu
Kalau dikembangkan lagi, mesti lagi best. Story line dengan plot dah cun.. Eh...akak lupa dah kena warning...hehehehehehe
bongok tol afzal...
wahh swett...suka gak tulis melalui pngalaman pastu tokok tambah...
bayagnkan cerita itu jadi realiti..part kawen..
sesungguhnya aku ingin menemui lelaki itu (syahir).. di depan mata aku ...dan ditepi lelaki itu , kau tengah tersenyum.. :)
ko paham kan?
afzal yang sengal...
pengalaman lalu boleh buat story... best... tapi aku x sempat nak baca.. jujur ni...
menusuk ke sanubari aku. Haha.
Tetiba kau buat aku kembali berharap.. tapi tapi tapi.. tunggu dapat hidayah dulu. =)
akak, selalu pengalaman sndiri yg akan bg ilham utk menulis kan. dan sy percaya, sebuah cerita yg ditulis bukan sekadar sebuah cerita. tp itulah isi hati penulis. keep up ur good work! :)
bz lately.. baru ada peluang baca cerpen ni dengan penghayatan 100%
aku tak suka baca dlm keadaan terburu2. kena ada penghayatan baru menusuk ke kalbu..
macam biasa happy ending dan sedikit islamik.. gud one!!
*apasal komen aku kat atas tu serius gila ah?
*apasal aku rasa pernah cakap macam si Iman tu ah?
aku harap ko pun akan dapat encik somi yg romantik macam Syahir juga :D
salam,
selamat menulis yea...
lama tak layan novel dan cerpen, barangkali tua dah kot..haha
you kuat kan...you pura2 kuat pun da okey untuk i...sebab nak pura2 kuat tu pun perlukan kekuatan...
nangis baca part sebab suami dia pilih zaharah... T_T
pengalaman sendiri adalah cerita yang terbaik kan..
nampak bnda tersirat disitu
best cume ending tu mengejutkan.. mula mula aku ingat syahir tu name haikal yang lain.. rupe nye memang orang lain r yang die kawin tu.. ish ish.. memang twist habis ni.. banyak suspen terutama mane die jumpe mamat syahir tu? ko ni memang suke wat cite suspen kan.. +__+
menarik, tertarik iffah. menusukkalbu. nice
#Jodoh itu kan rahsia Allah ;)
#situasi cerpen kadang itu yg terlintas kt fikiran kita kan ;)
selalunya PENGALAMAN mmg akan jd cerita terbaek :)
akk sedih la cite ni..betul ke pngalaman akk?msti susah nk trima kan??
kak iffah..nak domain macam kak iffah..hah
WOW .. :)
Hati saya pun nangis.... Tp tambah nangis baca cerpen ni. Uwaaaaaaa x faham kakkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :'(
Post a Comment