CORETAN TERBARU NADH

Copy paste pun ada gayanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kali ni aku nak luahkan rasa hati tentang penggemar COPY and PASTE. Tak dinafikan benda ni selalu jadi. Aku tak tahulah ada orang pernah plagiat aku punya entry ke apa. Yang aku tahu, aku dah cuba prevent dari dicuri. Share boleh. Tak ada masalah.

Sebenarnya, aku pun suka ambil ayat orang, gambar orang, kata-kata hikmah atau apa-apa yang menarik hatiku. Tapi aku selalu akan kreditkan kepada empunya. Misalnya aku kata pasal cinta, aku copy ayat Zaitul. Aku tulis kat hujung tu nama dia, tahun bila. Macam buat penulisan ilmiah jugak.

Tapi ini tak. Dengan tak bagi signal, main copy lepas tu paste tak lama aku post. Yang penting tiada dikata pun aku yang tulis. Agak sentap di situ. Aku bukan berkira sangat. Aku memang kongsi status, kata-kata, entry untuk orang baca. Tapi bila aku post benda sama dengan diam selang beberapa minit tanpa kreditkan kat aku. Aku rasa hiba.

Pulak dia lagi ramai peminat kan. Memang kecewa. Salah ke sebut, kawan I kata blah, blah, blah kalau tak nak mention nama aku sangat. Kalau minta izin copy aku tak kisah sangat. Cuma, copy pun agak-agaklah. Jaga hati kawan ni sikit. Sikit punya susah aku fikir ayat, dia senang-senang ambil. Dia tahu tu idea aku, orang lain?

Haish baru aku faham macam mana perasaan orang diplagiat. Mohon, korang kalau suka ke apa sekalipun, kalau malu minta izin kasilah kredit sikit. Idea ni bukan sesenang nak dapat. Paksa otak jugak. Kalau main senang ambil, tak ke macam kau pencuri ke? Ish bawak-bawaklah bertaubat. Kali ni aku halalkan. Esok lusa pandai-pandailah nak hidup. Nak cilok pun post la seminggu lepas tu. Masa tu mungkin aku dah lupa. Weh tacing kot!

19 comments:

abang bro EL said...

kasi copy pastelah link dia kat sini...

Unknown said...

klau han...han tak pernah kesah :)

Encik Bell said...

mungkin dia igt ayat awak tu copy paste gak kot? :)

aku HaniAsyira said...

hmmm,,, tulah.. sbb tu kita diajar citation kan

Dayang Deno said...

ha'ah kan... kdg2 ada doodle yg deno buat ada org crop2 edit2 buang nama deno then letak nama dia... geram wehh

نورعيم said...

sape copy kakak sy punya ni? cept btau nk pi sekeh dia. heee.

MalizaMah said...

yang leeza sedar, ada satu entri kena copy. yg tak tahu.. tak tahu lah kan.

Orkid Edyliyne said...

sabo jelah kalau cenggitu...
nak marah pun, macam tak sampai hati... alahai..

orang yg lalu lalang said...

kelihatan agak emosi di sini, . . . . . . . . .

tarik nafas, . . . hembus, . . . bertenang ye encik, . . . peace, hihi

Encik H said...

benda ni pernah and banyak kali jadi..and rasanya pernah publish 1 entry pasal ni tak lama dulu..:D

Unknown said...

mmg geram sebenarnya ada mereka yg senang2 curi idea kita... lepas tu tak bg tahu tu idea sapa... lepas tu lg org tu dpt nama diatas idea kita... sama mcm peribahasa ni... sapi punya susu lembu dapat nama... *btl ke salah peribahasa ni tak tahu lah...

Nong Andy said...

itulah lumrahnya manusia Iffah...

jalan mudah..

Kira Sakura said...

hurmmm mintak izin la kan. betol la ilmu,idea tue datangnya dari Allah tapi tak salah mintak izin. sedangkn nak petik mangga orang pun kena mintak izin... sabo ye dik ;(

iffah cam mana nak privasi entry dari di copy? blogspot blh ke buat?

Unknown said...

copy paste ada tertibnya.kredit tu penting.

reenapple said...

baik.. aku cuba lepas ni. =)

Unknown said...

ya betul2..klu nk copypaste secara bergaya berkualiti tinggi, tirulah stail ak ni...mhahahha mesti ko tak phm ak ckp apa kn? bhahhahha xpe klu ko tak phm

Yanty Lee said...

harus la minta izin dan kredit kan pada tuan asal. haih la.

kay_are said...

mohon copy dan paste link blogger tersebut so dapat r aku tau blog mane yang suka main copy paste ni.. ish ish.. aku lagi suka guna idea sendiri.. macam tak best je copy paste idea orang ni.. tapi time wat assignment mase blaja dulu belakang kire r.. =P

Tatung talin said...

iffah aku nak copy paste kat fb ku boleh tapiku taruh naa mu ihihih

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers