CORETAN TERBARU NADH

Lelaki dan pink?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Euwwww!!!

Okey itu respon aku mula-mula jumpa satu mamat ni pagi tadi. Pink sangat baju dia. Baju tshirt tak ada lengan dan shocking pink. Diulang shocking pink.
Macam ni warnanya
Okey dah dapat bayang? Belum lagi. Korang google jelah gambar nyah. Haha. Serius lelaki tu sempoi je. Tak nampak macam nyah pun. Misai janggut ada. Kulit sawo matang. Aku tak adalah nak hina dia ke apa. Aku cuma tak boleh terima pink sebegitu untuk lelaki. Lagi-lagi kulit gelap. Aku pun tak berani pakai warna macam tu.

Kalau soft pink boleh tahan lagi kot. Tapi apapun bukan berdosa kan? Lagi-lagi dia tak ada menunjukkan nak jadi perempuan dengan pemakaian sebegitu. Cuma mata aku ni terganggu. Korang yang lelaki suka pakai pink? Dan kenapa? Yang perempuan pulak boleh terima ke lelaki dan pink?



21 comments:

Unknown said...

so kiranya mata ko sakit la tgk kumpulan jambu kat maharaja lawak mega tu?

Sunah Sakura said...

yu jangan..tema i nanti soft pink amekkkk...kah kah kah..memandai aje kan... :p

p/s: dulu kan i penah gitau, i akan kembali, hanya perlu tunggu i saja....

Unknown said...

haha kopipasta neh...shocking pink memey gedik ahhh saje nk tarik perhatian gituu

Tie HT said...

as salam

shuffle terlebey sangat kan..hehe:)

abang bro EL said...

lelaki dan pink biasa...lelaki dan V neck?beware...

Amirul Nadzri said...

masa aku kecik suka r kaler pink pasal pink rangers selalu cantik2.. tp, selama hayat aku, aku xde tshirt kaler pink pasal aku sedar kondisi kulit aku xberapa terang nih..

pada aku, pink termasuk dlm kategori bkn kaler utk lelaki.

Unknown said...

pink tu sweet, jadi lelaki xsesuai pakai pink..xnampak macho ye..
ok itu pendapat aku.. :)

Nong Andy said...

aku tak ada masalah dgn baju lelaki sebab mungkin aku tak pandang sangat pun baju para lelaki ni kekekekekeek....

ezy.fia said...

comel sgt laki pkai pink..
suke tgk..
hehe

hnahdy said...

kalau ada 2 pasang baju pink boleh terima lagi. kalau pink mcm gambar tu ok la x menonjol sangat.hehe

aku HaniAsyira said...

hmmm.. tgk org yang pakai mcm mana.. kalau sesuai ok kot.. entah

abang bro EL said...

buat kaler baju raya pun okey tu...

Unknown said...

mungkin kurang sesuai tapi x salah pon kalau mencuba

نورعيم said...

org tak sukaaaaa pink. laki jgn pakai pink depan org kak. geli je tgk. haha.

#lucu je baca komen gmbr WW tu kak. org jd power rangers berjubah eh? haha.

-meeSUPERGIRL- said...

gila meriah sgt dh tu . Hahahaha .

Shila said...

aku takde mslh dgn kaler tu..

mungkin lagi lama lelaki tu jadi tenungan aku..

sbb dia berani..*takjagapandangan*

haha..

TiranaAduka said...

semua colour ok bg tirana aduka

Kira Sakura said...

pink tue kaler fevret akak tau!!!!! tp takde la paksa ABANG SAYANG akak pakai pink lalalalalala :p

kay_are said...

pink macam gambar tu kalau dipadankan ngan laki memang tak sesuai! +__+ soft pink macam ko mention tu ok r lagi..

Dayang Deno said...

hihi... bila cerita pink dan lelaki ni... abang ipar deno, abanglong suka pakai baju kaler pink tapi dia tak la aww aww lembut... ganas lagi ada, deno selalu kena buli dek abanglong, kdg2 sampai lebam kena tumbuk kat bahu.. abglong deno tu nakal.. hehe.. tp abah deno anti- pink.. hehe

Encik H said...

aku tak pernah ada pakaian pink..and insyaAllah takkan ada..

eh..ada kot baju pink..dulu arkitek majlis hadiahkan masa kitorang nak habis praktikal..langsung aku xpakai..entah kat mana baju tu pun aku xtau..dah kena makan tikus kot..hahaha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers