CORETAN TERBARU NADH

AKU BENCI ROKOK

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
[image[14].png]
klik banner untuk join
Rokok. Apa kebaikan rokok? Tak ada jawapan. Apa keburukan? Hah berjela. Jadi kenapa ada lagi yang still setia sama itu rokok. Hentikanlah tabiat korang yang merokok. Kenapa family aku tak merokok? Sebabnya ayah aku garang. Dia pernah bagi amaran macam ni. "Kalau ayah tahu anak ayah merokok, mati korang ayah bunuh!" Ugutan aku kira. Sampai sekarang tiada yang merokok dan menantu pun pilihan yang tak merokok. 

Aku tak suka of course sebab bau. Bau dia busuk. Menggangu rongga hidung aku bernafas. Sebab tu kalau lalu je aku tutup hidung. Biar nak terasa. Bagi aku merokok di tempat awam adalah satu kesalahan. Nampak sangat tak prihatin kepada orang sekeliling.

Yang kedua aku tak suka sebab membahayakan kesihatan perokok dan orang sekeliling. Sedih aku tengok. Ayah sibuk merokok. Anak kat sebelah kena sedut udara yang tercemar. Bila anak kelainan upaya mula nak menyalahkan takdir. Kenapa anak aku cacat. Kenapa orang tak berdosa jadi mangsa. Tapi pernah kita fikir kenapa jadi macam tu? Mungkin ibu mengandung terdedah dengan asap rokok. Asap rokok yang dihembus lebih bahaya dari yang disedut. sebab tu perokok tegar hidup lama. 

Sampai tua tak mati-mati. Alasan kalau ajal dah sampai nak buat macam mana. Tunggulah anak cucu mati baru insaf. Tunggu kiamat? Ada hadis larangan merokok. Aku pernah dengar. Tapi tak ada fakta. Nanti aku sebarkan. Baik fikir logik je kebaikan dan keburukannya. Tu je dah menyimpulkan bahayanya merokok. Belum akibat dan mengakibatkan orang lain.

Pesanan aku hentikan tabiat anda. Anda mungkin membunuh diri secara lambat takpun bunuh orang sekeliling anda. Benda tu umpama api membakar diri tau. Bakar duit satu hal. Pembaziran! Islam tak suka akan pembaziran. Kalau korang sayang orang sekeliling ikhtiar untuk berubah. Ada tu 8 bulan tak ada duit beli rokok. Sekarang sentuh rokok balik dah tak boleh terima. Padahal dia merokok dah lama.

Pendapat aku, korang mungkin tak salah. Mungkin terpengaruh. Sementara ada peluang berhentilah. Macam-macam cara nak berhenti. Jangan jadikan alasan. Aku tahu korang boleh berhenti dengan bimbingan yang tersayang. Ingatlah ada orang masih sayang anda. Ingatlah sperma anda pun boleh terjejas sebab rokok.
Post by,
Miss Ran 


5 comments:

Tasha said...

benci rokok~

fizalinolie said...

Setuju tu... Macam2 cara kalau nak berhenti merokok... Nak tak nak jer. Saya pun tak suka rokok. Lebih2 lagi kalau asap masuk ke hidung. Mak aihh, semput...

solomolo said...

memang kureng sket tgk 0rg mer0kok nie...

Sunah Sakura said...

takleh hidu asap rokok~ -_-"

Lulu Caldina said...

Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers