CORETAN TERBARU NADH

Blogger lelaki cepat naik dari blogger wanita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa aku timbulkan? Entah. Baru aku terfikir tadi. Kalau buat bandingan lelaki dengan perempuan jauh beza nisbahnya. Antara 1:10. Kenapa? Aku tak tahu. Tapi itulah yang aku nampak. Aku pun lebih suka follow blog lelaki. Bukan sebab nak menggatal. Saya tak desperate pun. Jadi kenapa ramai blogger lelaki lebih cepat naik. Contoh 3 bulan blogging terus dapat ratusan. Kalau wanita, 60, 80 pun dah bangga. Kenapa?

Aku tak ada jawapan yang berdasarkan fakta. Tapi aku senaraikan ikut pandangan aku je. Sesiapa tak setuju jom debat. Tak ada hal. 

1. Santai dan bersahaja
2. Segelintir menggunakan pendekatan "LUCAH" sebagai identiti mereka.
3. Blogger lelaki kurang jumlahnya. Saingan kurang jugaklah kan?
4. Blogger lelaki lebih pandai main SEO.(Aku tak tahulah benda alah ni. Aku baca je Bro Ben tulis)
5. Blogger lelaki suka buat tutorial. (Ni aku suka terjah. Sebab banyak ilmu dapat)
6. Mereka kacak, single dan menepati citarasa.

Cukuplah kot. Aku akui ada beberapa aspek yang aku ambil kira. Sebab ada jugak blog yang aku selalu singgah atas sebab-sebab berikut. Jadi macam mana nak kasi blog kaum hawa maju ye? Nak main SEO? Tak puas hati. Nak tulis novel? Tak reti. Takkan nak tulis puisi tiap hari nanti orang jemu. Nak tulis kehidupan harian? Blog aku bukan blog peribadi sangat. Campur-campur. 

Aku tengah mencari identiti sendiri. Supaya orang nampak hasil tulisan aku. Aku nak ada pembaca. Bukan nak popular. Memang syukur sebab dah ramai yang tinggal jejak kat sini. Sifu-sifu dah datang melawat. Itu satu kebanggaan. Kepada blogger yang newbie termasuk aku, berusahalah. Nescaya ada peluang untuk anda menjadi seperti beliau.
Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers