CORETAN TERBARU NADH

Part 3: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

"Weh Ben, kenapa lambat sangat kau lari. Tengok minah tu hilang dah," Tercungap-cungap Mat Gebu si paparazzi. Ben mengelap peluh jantannya. Dia pandang rakan seperjuangannya. 

"Macam mana aku nak kejar. Nak angkat DSLR ni lagi, netbook lagi, tripod. Kau kenapa lambat?" Ben terus duduk di bangku kosong. Mat Gebu menyusul.

"Aku ingat badan sasa macam kau laju lari. Tu pasal aku slow jog je," Sengih dihadiahkan.

"Banyaklah kau. Dah semua aku pegang. Minah tu kurus. Laju lari. Wakil sekolah apa?" Ben buka penutup botol. Diteguknya air dengan rakus. Penat menguasai diri. Mat Gebu disebelah tak habis menelan air liur.

"Kenapa kau? Nak?" Ben ajukan botolnya. Pantas saja Mat ambil dan minum.

"Kau ni Mat, air penting untuk badan. Air minerallah. Ni tak asyik minum air manis je," Bebel Ben.

"Ala Ben, aku suka masak-masak. Buat air sedap. Aku rasa puas,"Mat sengih lagi.

"Yelah puas. Sekarang okeylah. Lama-lama?" Ben tutup mata. Niatnya ingin minum petang selepas bersantai di gym. Terserempak pulak dengan model muslimah. Tu jadi lain je tu. Paparazzi macam mereka memang kena pantas dapatkan berita. Nanti majalah tak laku, tak adalah gaji. Tak ke merana hidup?

xxxxx



Ady berjalan perlahan masuk ke laman rumah. Tangannya yang sakit disorokkan dengan jaketnya. Bimbang pula emaknya nampak. Mahu kecoh satu kampung. Ady terkial-kial nak buka pintu rumahnya. Azeya pantas membantu. Ady metenung tajam. Dia tak gemar dengan kehadiran gadis itu. Rasa menjengkelkan saja. Ady masuk ke dalam dan berura-ura nak tutup pintu tu. Suara serak basah ala Ella mengganggu perlakuannya. 
"Ady, baru balik? Siapa hantar tu?" Maknya mula menyoal siasat. Ady mengeluh.

"Mak Ady penat. Nanti Ady cerita okey?" Ady melangkah lesu ke arah tangga.

"Eh ceritalah dulu Ady oi. Mak nak tahu. Siapa orang tu? Siap hantar anak bujang mak ni balik. Ady dah tak nak kat teman tapi mesra Ady lagi ke? Ady kata serius dengan Si SSS tu. Mak tengok budak tadi cantik jugalah dy. Sesuailah kalau kau nak. Mak boleh minangkan." Puan Eyka.

"Mak, nanti okey," Ady lari naik ke atas. Mulut maknya masih berbunyi. Kalah bertih jagung. Ady tutup pintu perlahan. Bukan niatnya untuk biadap. Hari ini hari panjang untuknya. Dan hatinya perlu direhatkan. Otaknya sangat penat. Sunah lagi. Mak lagi. Perempuan annoying lagi.

xxxxx

"Kau kenapa? Monyok macam muncung tikus ni?" Tasha menegurnya. Sunah hentak-hentak bantal. Sakit hatinya pada Ady. Bukan pasal paparazzi je. Pasal Ady masuk kereta perempaun. Baru 10 minit aku tinggalkan. Dasar lelaki. "Geramnya!" Sunah jerit. Tasha segera berpaling. Terkejut beruk. 
"Kau ni kenapa? Buang tebiat? Selamat aku tak ada sakit jantung tau tak?" Laju je Tasha membebel.
"Tasha, aku geram ni. Dahlah berlari jauh tadi. Si Ady buat hal pulak," 
"Buat hal?" Kening Tasha terangkat.
Sunah mula bercerita satu persatu. Tasha hanya terdiam. 
"Habis aku ni nak campak mana sha?" Sunah sudah berair mata.
"Ala nanti bincang dengan dia elok-elok. Takkanlah dia curang kan?" Tasha sedapkan hati Sunah. Dalam hati dia sudah mengutuk si Ady. Tasha memang kurang suka dengan lelaki. Dia tak pernah kekal. Asyik putus aje. Tak tahu kenapa. 
Sunah berlari ke bilik air. Lama. Tasha hanya mampu geleng kepala. 'Tulah, baik macam aku. Single mingle.'
xxxxx

Pelakon part 3
Cik Eyka sebagai mak Ady
Tasha sebagai housemate
Hero serta heroin=)
Encik-encik paparazzi yang meletup

ps: Cerita ini rekaan. Jangan ada kecil hati. Sentap. Mak tak sengaja okey.
Klik untuk baca:
part 1
part 2
Post by,

Miss Ran 


6 comments:

Cik Bambam said...

hahahaha..leh wat cerpen!!

Sunah Sakura said...

sambung, sambung, sambung lagi!!! hahaha~

Unknown said...

ala..tuanyew sya..MAK ADY!!!
tua...tua..tua..:((

Cik Pulau said...

ahahaha..

aliarosli said...

hahhahahha, nak lagi

Kira Sakura said...

ishh Sunah nie.. ske buat kesimpulan xnk dgar penjelasan..

#ehh t'emo lak..hihihihi :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers