CORETAN TERBARU NADH

Part 4: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cinta tak boleh dipaksa. Benar kata orang. Aku tak patut paksa dia ikut telunjuk aku. Aku bukan raja dan dia bukan hamba. Kami hanya teman tapi mesra. Couple itu haram. Aku cuba tak mendedahkan diri dengan perkara maksiat yang dikeji Allah S.W.T.

Aku pasrah. Aku pasrah dengan takdirMu. Sekiranya Ady Budika bukanlah jodohku, aku terima. Sesungguhnya hati manusia bukan robot. Aku reda.

Diari hidupnya ditutup kemas. Sedih menghimpit jiwa. Air mata sekali lagi menitis. Sukar benar untuk terima hakikat itu.

"Mungkin dia bukan jodohku," Sunah berkata perlahan.

"Assalamualaikum, ada orang tak?" Sunah tersedar dari lamunannya. Suara wanita di luar seperti biasa dengar. Pantas dia mencapai hijab. Berjaga-jaga dalam segala hal. Lantas dilihat melalui tingkap. Gadis berselendang. Malas dia sedang bergayut. Sunah tak dapat meneliti wajah pengunjungnya. Malam hari pula. Penat Sunah mengendap-ngendap.

"Ya Allah!!!" Jeritan Sunah mampu mengejutkan kucing tidur di koridor apartmennya. Kedua-duanya sakan memeluk. Lupa sekejap tentang masalahnya. Jirannya yang sedang membuka pintu pelik melihat keduanya.

"Kenapa ni?" Masz tanya. Jiran Sunah yang baru aje kahwin hujung tahun lepas. Sunah tersenyum. 'Kak Masz makin berisi.' Terdetik hatinya.

"Kak Masz! Tak adalah. Ni kakak Sunah datang. Lama dah menyepi kat Kota London tu," ceria wajahnya. Masz tersenyum. Mereka bersalaman.

"Nama akak Masz. Ni namanya siapa?" Mereka berbual ramah. Cik Epal aka Suhaila, kakaknya Sunah tersenyum kadang ketawa. Cik Epal adalah gelaran yang sangat popular. Cik Epal sangat suka makan epal. Lebih-lebih lagi epal hijau. Sunah yang menggelarkan kakaknya begitu. 

"Kak Masz, cik abang mana?" Sakat Sunah. Kak Masz tersipu malu. Kak Masz memang peramah. Selalu saja Sunah nampak pasangan bahagia keluar dating sama. Cemburu rasa. Yelah mood honeymoon lagi.

"Suami akak kerja. Biasalah. Cikgu sekarang kerja tak sama macam dulu," Kak Masz tersenyum lagi. Dia begitu murah dengan senyuman.

"Eh Sunah nanti ajaklah kakak kamu melawat rumah sebelah ni," Sunah angguk. Cik Epal tersenyum. Keramahan jiran membuatkan dia percaya adiknya selamat di kawasan perumahan ini. 

"Okeylah Sunah. Akak nak kena masak ni. Cik abang lapar pulak nanti," Sunah dan Cik Epal hanya ketawa. Gembira melihat pasangan bahagia ini.

"Oh kak, jomlah masuk. Sunah lupa nak ajak masuk," Sengih Sunah macam kerang busuk. Cik Epal tersenyum lantas menampar perlahan belakang adiknya. Adiknya yang berwajah manis nampak berseri. Tawa sentiasa mengiringi wajah itu.
xxxxx

"Kak, Sunah rasa nak ajak akak pergi tempat kerja Sunah. Boleh akak join jadi model macam adikmu ini," Sunah beriya-riya.

"Erk akak malulah. Lagipun adik kakak cantik. Memang sesuai jadi model," Cik Epal membaling bantal. Geram dengan adiknya.

"Akak bukan apa. Tak nak kacau periuk nasi adik akak sorang ni," Cik Epal mula menggayakan tubuhnya di depan cermin besar. Cita-cita ada tapi terlalu busy menguruskan kerjaya. London adalah rumah keduanya. Kerja sebagai ahli perniagaan membuatkan dia terikat dengan jadual. Balik Malaysia hanya sekali-sekala. Suaminya juga seorang ahli perniagaan. Cik Ali Cik Mat atau dikenali sebagai Cikali.

"Akak berangan eh?" Sunah mengusik. Cik Epal tersenyum. Teringat suaminya Cikali.

"Abang tak balik Malaysia ke kak?" Sunah soal. 

"Abang kau tu busy. Kalah akak. Akak pun main balik je ni. Mak bising," Cik Epal tersenyum.

"Kenapa bising?" Alia mak mereka memang sangat suka bising. Tapi mak mana tak sayang anak.

"Mak bising. Ayah pun bising," Cik Epal cakap lagi. Sunah tertanya-tanya.

"Kenapa Pakcik Solihin bising?" Sunah suka menggelarkan ayahnya. Macam bapak orang lain je.

"Amboi panggil nama ayah macam tu je?" Tangannya mencubit pipi si adik. Sunah mengelak pantas.

"Akak balik pun sebab mak dengan ayah suruh balik. Ikutkan hati tak nak balik sekarang," Cik Epal bersuara perlahan. Sunah menyedari kelainan.

"Kenapa kak?" Sunah soal laju.

"Hari tu akak ada terserempak denga abang Cikali dengan perempuan lain. Katanya rakan sejawat. Iera Nadira katanya. Tapi akak nampak semacam je gedik perempuan tu," Cik Epal meluah rasa.

"Akak percaya abang?" Sunah mula membara. Sama macam Ady. Lelaki sama je!

"Akak belum siasat. Tapi akak terlepas cerita kat mak. Taulah Aliah Samad tu kepohnya kalah ayam bertelur. Tu akak terpaksa balik tu. Abang Cikali pun baru tahu akan nak balik masa akak dah sampai airport," Cik Epal bernada sendu. Sepantas itulah Sunah menghulur tisu. 

Sekuat hati wanita tetap akan lemah di suatu masa. Itulah yang dikatakan wanita dan air mata. Malam itu mereka berbual panjang. Tangisan mereka bersatu.

Artis yang terlibat:
ps: Jangan kecil hati. Aku bukannya terer bab menulis ni. Nak watak best tak dapatlah nak tolong. Ramai sangat. Kang tak tulis kecik hati. Bila tulis banyak pulak cerita. Kang aku tukar nama orang lain baru tahu. Aku buat untuk suka-suka. Jangan demanding!!! Arggghhh.
Klik pada:
PART 1
PART 2
PART 3
Post by,
Miss Ran 

12 comments:

aliarosli said...

hahhahaha,nak demand jugak
hhahhahha,lawak lah, kepoh ye??
hhahahhahha,keep it up

terhibur lak memalam yang bosan nie

aliarosli said...

alamak, terase ke??
guraw je
maap maap maap
tak kesah pon lah

aliarosli said...

erk???
geram ngan sape
alia ke??

Sunah Sakura said...

hehehehehe...cik epal jadi kakakku~~ auwww...kalo ady baca, mesti dia da gelak2..hahaha

AdyBudika said...

serius,,,i like x 10000000000000000000000 sunguh best..suke2

Aretikz said...

weehuu ~ keep it up.. ^_^

Entri Lelatest
Aurat Wanita : Kelebihan Kesihatan Dan Psikologi

Aida Tamrim said...

Untungla sesapa yang namanye ada tu .. ada lagi ker yg nak komplen ??? Ish,ish,ish ... ;P

P/S : Ada bakat ni ... Leh la wat novel ... ;)

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)

CiKaLi said...

amboi... ahli perniagaan.. I LIKEE!!!... hahahah

Cik Pulau said...

hohoho..
kepada kaki novel..
sila amek citer ni..
terbitkan.. lalala~

tetibe jerk..

aliarosli said...

nak komen lagi

wekkkkkkkkk :P

Kira Sakura said...

tgk tue suka pk bkn2... dgar penjelesan dlu la cik sunah oihh

#next chapter >>

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers