CORETAN TERBARU NADH

Hilang nikmat

Nikmat apa yang hilang? Banyak. Ingat lima perkara ni je.

Muda sebelum tua.

Kaya sebelum miskin.

Lapang sebelum sempit.

Sihat sebelum sakit.

Hidup sebelum mati.

Disebabkan aku tengah sakit. Ehem walaupun taklah teruk berbanding orang lain. Ia tetap satu ujian. Nikmat tu dah ditarik buat sementara waktu.

Aku tak boleh kena matahari. Berpayung. Tudung kena tutup muka. Sampai jalan terlanggar kerusi hospital. Belum orang lain tanya kenapa kena tutup muka. Pesalah ke? Lepas tu bila orang tengok mesti pandang dua kali.

Sebab muka ni. Muka tak seperti orang biasa. Bertompok-tompok. Dengan tangan berbalut. Semua tu membuatkan orang sekeliling pelik. Lepas tu ada yang tanya sebab sikap ingin ambil tahu.

Bila nak buat kerja kena mintak tolong orang. Semua yang aku boleh buat sendiri dulu sekarang tak boleh. Makan pun dengan tangan kiri. Bila nak mandi kena elak bahagian luka dari kena air.

Bila nak ambil baju berlipat pun tak boleh. Punya banyak nikmat yang Allah dah bagi masa dulu aku tak sedar. Bila dah kena bergantung dengan orang lain baru mula terasa seksanya tiada nikmat itu.

Jadi hargailah apa yang korang ada sekarang. Ingat lima perkara tu sebelum terjadinya lima perkara selepasnya. Kuasa Allah jangan disangkal. Bila-bila masa je nikmat tu boleh ditarik. Ingatlah
wahai teman. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 comments:

Fasihah Supian said...

betul...saya pernah lalui juga kehilangan nikmat..dan bila pulih ia tak seperti sdia kala...

Sunah Sakura said...

terima kasih u....cepat2 sembuh, so boleh i cucuk u...

Ku Azhar said...

dh ok dh?
xpe...lps accident mmang mcm tu..
ku doakan cpt smbuh ye :)

Unknown said...

oo, baru ku sedar..bende kecik pun mendatangkan faedah yang banyak..xde satu nikmat rasa susah pulak..

.........cP~ said...

semoga cepat sembuh.. :)

aamalinaazman said...

huuuu
sedih plak opah bace niii
ye kak ngah
opah kene ingat niii
huuu
maceh opahhh

Dayang Deno said...

betul... deno telah merasai apa yang ifah rasa... sebelum sakit semua perkara boleh buat, bila dah ada penyakit, mcm2 halangan.. xbleh bersukan, kena berpantang makan, xbleh kena panas, kena makan ubat setiap hari, slalu sakit, slalu masuk spital.. mcm2... bersyukur dengan apa yang ada sekarang walaupun penyakit belum ada penawar... :)

NFE. said...

Semoga kuat hadapi dugaan. :)

aiEz said...

pernah raasa nikmat ditarik jugak...eksiden motor dan hampir 2 bulan kaki tak boleh berjalan...pergi bila air nak mandi n buat benda lain punyalah azab rasa...menitik air mata kenang balik dosa2 yg ada..sekarang alhamdulillah dah okeh dari semua tu,pengalaman yg dulu btul2 byk mengajar erti syukur...

Areyoudys said...

as salam..
jangan khuatir..dengar nasihat doktor. kulit yang tanpa lapisan kulit yang sedang nak kembali pulih, memang cukup sensitif. selagi mana yang iffah boleh lakukan sendiri, buatlah. tapi jangan 'aktif' sangat.

tak silap pakcik, faktor kelembapan air dalam udara pun banyak membantu untuk memulihkan kulit. cuba dok kat tempat yang berkeadaan sejuk macam kat cameron highland..

insyas'Allah kurang sakit

fRaMe+LenSeS said...

Maka nikmat y masih ada tu perlulah kita jaga n syukuri.

Nadh doa jiran cpt smbuh.

mas saari said...

betul tu iffah, kita ni bila dah sakit baru ingat nikmat kesihatan kan?

moga iffah cepat sembuh..

Cik Pulau said...

bersyukur.....^^,

insyaAllah ai jadi pergi nt..hehhe

tamlegend said...

mesti ada juga y terlupa...sebab manusia ni mmg sifatnya pelupa...tu sebab la Allah bersumpah dlm Surah Al-Asr...wallahualam...

K said...

nikmat droid pon kena jaga. kasi boboi satuuu :P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers