CORETAN TERBARU NADH

Kalah sebelum bertanding

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini idea datangnya dari perbincangan kami. Aku, jiran dan juga sahabat aku. Dia ragu-ragu, tak nak join sebab takut kalah. Kenapa kena memikirkan tentang kekalahan sedangkan kita belum pun pergi berjuang. Tak cuba tak tahu. Betul kan? Jadi kenapa susah sangat nak mencuba?

Motivasi diri tu kurang. Sebab takut kalah. Orang yang takut akan gagal adalah orang yang kalah sebelum bertanding. Awal-awal menyerah. Tak ada semangat nak menang langsung. Sebab tu asyik kasi orang menang. Padahal kita belum uji lagi tahap kita kat mana?

Kadang orang terlalu memikirkan kekalahan adalah orang yang tak yakin dengan diri dia. Ataupun takut menerima kekalahan. Itu satu hal. Kalah menang memang adat. Tapi kalau masuk bertanding ada dua kemungkinan. Sama ada menang atau kalah. Tapi kalau tak bertanding memang sah kalah.

Jadi cuba buka minda. Tenangkan hati dan yakinkan diri. Bertanding untuk menang dan kalau kalah pun tak apa. Asalkan kita dah mencuba yang terbaik. Ubah persepsi. Jangan asyik nak menang je. Tu pun payah jugak. Seimbangkan ye. Okey itu je.

15 comments:

reenapple said...

yaaa... mencuba itu baik sebenarnya.. walaupun keputusannya tidak seperti yg diharapkan tapi kita pengalaman.. pengalaman itu penting tahu. Menang kalah bukan ukuran... sekurang3nya kita sudah mencuba.. =)

kay_are said...

bese kalau just sembang ngan member dalam mesej, memang bagi menang je r.. tambah2 pompuan.. =P tapi kalau betul2 pertandingan, memang takde r belum pape surrender.. tidak mungkin!

Kira Sakura said...

ye akak xsuka klu org menyerah sblm kalah... tp akak x rasa nk masuk pertandingan tue sbb mmg btol2 xde idea yg extreme nk buat cerpen mcm cerpen Nota Cinta Yang Kau Tinggalkan tue...huhuhuhu

fRaMe+LenSeS said...

oo camtu ye? kalau tanak masuk sebab takut menang takpa kan? ahahahahhahahah :P

Cik Pulau said...

ni mesti pasal pertandingan cerpen tu kan..
hehehe

Unknown said...

setakat nak menang, baek tak yah.huhu

CikUna said...

kesimpulannya ???

**** Berpantang maut sebelum mengalah.. ewahh

apdm said...

salam

kalau niat pergi kerana Allah, insyallah fikir pun selalu positif.

Asyiqin Haulisah said...

baiklah kak. :)

syakirahmn said...

sungguh. kenapa kta ni takut pada kekalahan. padahal kekalahan sepatutnya menjadi medium untuk kta improve diri kita dan menang untuk masa akan datang.

Woofer Storm said...

tak punya bakat langsung..

Dayang Deno said...

mencuba lebih baik daripada tak mencuba langsung dan mengaku kalah...

Nong Andy said...

ya.. jgn takut mencuba.

*iffah, aku nak hantar juga. lama lagi tarikh tutup. tgk la nanti :) hopefully kemarau x melanda KK :)

Anonymous said...

This is the right blog for anyone who wants to find out about this topic. You realize so much its almost hard to argue with you (not that I actually would want…HaHa). You definitely put a new spin on a topic thats been written about for years. Great stuff, just great!
HTTP://www.KneeNeckBackPain.com/

Anonymous said...

It appears to me that this web site doesnt load up on a Motorola Droid. Are other folks getting the exact same issue? I enjoy this blog and dont want to have to skip it whenever Im away from my computer.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers