CORETAN TERBARU NADH

Kalau diberikan pilihan, yang mana satu anda pilih?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Situasinya seperti ini dan ini. Suami ada perempuan lain. Padahal baru kahwin 6 bulan. 6 tahun dah menjalinkan hubungan cinta sebelum nikah.
Kalau diberikan tiga pilihan, yang mana satu anda pilih?

1. Suami kahwini perempuan itu dan ceraikan anda. Kenapa pilih yang ni?

2. Suami kahwini perempuan baru dan awak tetap isteri pertama yakni hidup bermadu. Kenapa pilih yang ni?

3. Cuba tawan hati suami yang sudah beralih arah. Kenapa pilih yang ni?

Aku nak siapkan ending cerpen Diari Seorang Isteri. Harap lelaki ataupun perempuan, suami atau isteri boleh bagi jawapan serta alasan kenapa anda pilih itu. Aku nak cuba buat realiti seindah fantasi. Mohon bantuan semua =)

11 comments:

Shila said...

kalau mampu buat yg ke3 tu, memang cukup terbaik kalau suami bole kembali semula pada kita..

tapi andai tak mampu, pilih yang kedua rasanya..

bercerai..? kalau boleh taknak wujudkan perkataan tu dalam kamus hidup..

Not Specified said...

Tak tahu nak jawab apa, yang professional je lah yang jawab. Haha =)

Aziela said...

Dear writer. Based on my experience, I choose 2nd option. Eventhough tak jadi bermadu, but I gave him permission. Tapi, my situation lain, sebab akak ada anak. If belum ada anak, I will choose option 1.

Shila said...

wah..aku baru baca kisah tu sbnrnye..

baca yg I pn dah rs stress.. hahahaha

Lydia Miza said...

tiada maknanya hidup dgn dia lg.sedangkan blm ada org ke3 dia takmo anak dan tak pedulikan kita. baik angkat kaki bina hidup baru.menangis takda guna.kebahagiaan perlu dicari bkn hanya perlu ditunggu dia dtg. Allah beri kita kesedihan hr ni tapi jgn lupa...Allah mungkin akan gandakan kebahagiaan kita esok hari hasil doa dan usaha kita yg tidak putus2.

Kira Sakura said...

nanti akak jwab dlm pm..kihkihkih :p

Nong Andy said...

aku tak pasti aku masih boleh waras atau tidak kalau ia jadi kat aku.. jadi aku tak berani nak bagi pilihan..

ketabahan dan kecekalan hati tak sama. mungkin bila tak jadi kat batang hidung boleh lah ckp option no 1. atau no 2 atau no.3

tapi kalau dah kena.. masa tu baru tahu apa rasa.. dan tak heran ada yg pilih option no.4 (bunuh diri atau bunuh org!) ah.. ni ckp aja ar... aku tak berani nak taruh kaki aku kat kasut si isteri tu..
:(

reenapple said...

kalau aku, aku pilih no 1, sebab entah, aku tak sanggup terluka.. biarlah suami gembira dan mungkin terluka dgn tindakan nak cerai tapi kalau itu buat aku terluka, lagi baik sebenarnya ceraikan... =)

haslinj said...

Saya pilih yang pertama. Kenapa???
Sebab in the first place hati dia dah diberi kepada orang lain. Kedua saya tak boleh berkongsi kasih. Memang saya takkan ikhlas pun. Ketiga hati saya dah cukup terluka apabila diduakan.

Admin said...

kalau saya ada kekangan utk memberikan suami sesuatu yg dia perlukan, saya pilih no. 2. Sebab dia berhak dapatkan hak dia.

;D

Efa Nur said...

tak nak jawab.. tp mintak laa di jauhkan dari situasi camnie..wuwuwuwwuu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers