CORETAN TERBARU NADH

Cinta yang pergi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Cinta datang dan pergi. Itu satu yang kita selalu dengar. Kenapa hati yang terluka akibat cinta pergi selalu bersedih? Kenapa tak boleh nak mulakan hidup baru dengan orang dan cinta yang baru? Kenapa? Kenapa perlu seksa diri demi cinta yang pergi itu sehinggakan meninggalkan cinta yang datang pula?

Cinta yang pergi biarlah pergi. Kita tak punya pilihan sebenarnya. Cinta yang pergi bukan kita mahukan. Tapi jika itu yang tertulis, kenapa enggan melepaskan ia pergi? Lepaskan. Redhakan hati kita kerana pasti ada hikmah yang berlaku. Jangan terlalu emosional dengan cinta yang tak tahu benarkah cinta untuk kita selamanya.

Cinta yang pergi memang menyakitkan. Ya aku tahu tu. Tapi sampai bila nak membiarkan hati disakiti? Hargai peluang yang ada. Hargai cinta yang datang. Kadang kala cinta baharu boleh mengubati hati yang luka. Kadang kala cinta yang baru juga akan membantu kita lupa tentang yang lama. Berusahalah meninggalkan cinta yang telah lama meninggalkan kita.

9 comments:

reenapple said...

kadang3 bukan tdak mahu lupakan cinta lama, tapi ia mengambil masa untuk lupakan.. hehehe.

Yaaa... cinta baru mungkin lagi bagus dari cinta lama , cuma ia menunggu masa untuk hilangkan cinta lama itu..

# eh, apa yg aku merepek. ini.. =D

Nong Andy said...

ah.. hati. kenapa kau tak dengar kata! aku kata lupakan.. lepaskan.. tapi napa kau degil ha? kau nak aku cabut kau bagi makan anjing ke?

*Iffah, ni dialog hati yg degil tak mo lepaskan cinta hehehe

pisau belati said...

bisa aja,tapi ia tidak semudah yang di kata.

Ce'gu JAERA said...

tu lah kan.. bukan mudah utk melupakan cinta yang telah pergi dengan 1001 kenangan yang istimewa.. apa pun kena hadapi juga kesemuanya dengan senyuman.. keep it up ye..

Woofer Storm said...

berusaha sebaik mungkin insyallah..semoga dipermudahkan..

Anonymous said...

BAk PEPatah,TEMpat JATuh LAgi DiKENang.BOLeh DiLUPakn Ke?EHe..
DLm KONsep REDHA KiTA KEna TRima SBb iTU KETentuanNYA.KDg2 KEBenaran iTU AMat PAHit Utk KiTA TERima,Tp iTULH KENyataanya Sbb Hidup TAk seEASY SEPerti Yg KiTA SANgka & KATa.
TERbaik ANGGap iANya PRoses PEMbelajrn AGar LEBih BERhati2 PAda MASa AKn DATang :)

Unknown said...

Yang lepas tu biarkanlah berlalu. mungkin ada yg lebih baik pada masa akan datang. :')

CikUna said...

Lets Bygone Be Bygone....

Dayang Deno said...

adakalanya cinta yang baru lebih baik daripada yang lama..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers