CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Berlari mengejar cinta


Matanya meliar. Banyak benda yang dia inginkan kala ini. Walaupun duit tak sebanyak mana. Namun, nafsu berbelanja sangat besar. Pernah juga sahabat Hafizah menggelarkan dirinya ‘shopaholic’ tapi untuk beg saja. Dia pantang nampak beg cantik. Laju mata menangkap keindahan beg itu. Dia tak pernah kisah pasal jenama. Kalau murah pun dia akan beli kerana itulah hobinya. Menukar beg kegemaran. Kata Masrifah sahabatnya lagi, dia tak setia pada satu beg semata-mata. Seperti biasa, Hafizah akan tersenyum saja. Tiba-tiba mata terpandang beg di patung.

‘Unik!’ komennya di dalam hati.

Lantas, terus menanyakan harga dan membuat bayaran. Hati gembira bukan kepalang. Beg idaman sudah tersangkut di bah. Begnya dihayun ke kiri ke kanan. Tahun ini saja tiga kali dia tukar beg. Mula warna turqoise, kemudian warna merah menyala. Kali ini beg style vintage berwarna coklat kekuningan. Dia sangat berpuas hati. Senyumannya mati saat telefon berbunyi. Segera punat hijau ditekan.

“Hello…” Hafizah menanti suara di hujung corong. Namun, tiada jawapan. Hanya helaan nafas didengar.
“Hello, assalamualaikum…” Kali ini suaranya dikuatkan. Dia bimbang sebenarnya memberi salam. Dia takut tiba-tiba yang telefon bukan Islam. Mahu pening orang tu nak jawab salam.
“Waalaikumsalam. Izah, ni akak ni,” Kepoh suara. Hafizah memandang semula ke skrin telefonnya. ‘Oh Kak Suriani’ Getus hati kecilnya. Dia lupa nak tengok nama si pemanggil.
“Ya, Kak Su. Kenapa call tiba-tiba ni?” Hafizah sekadar bertanya. Pelik juga bila ada orang telefon. Kalau Suriani yang telefon pasti ada gosip.
“Hah ni akak baca kat FB Izah, ada orang cari awak. Tu akak nak tanya. Dah baca ke belum?” Seperti biasa. Suaranya kepoh sekali. Hafizah berkerut.
“Siapa kak? Kenapa cari Izah pulak?” Suriani ketawa lepas. Hafizah makin kurang mengerti.
“Azhar namanya. Alah, kat group sekolah kita tu. Mungkin dia bapak anak murid awak tak?” Kata Suriani dengan telahannya. Memang selalu begitu.
“Amboi kak. Takkanlah ayah diorang cari saya. Pulak kat Facebook bagai. Advance sangat mak bapak sekarang ni,” Hafizah ketawa menutup debar. Entah mengapa hatinya tak senang dengan berita yang dikhabarkan. Suara Suriani makin kelam. Fikirannya jauh melayang. ‘Azhar!’ seru hatinya perlahan.

Xxxxx

Hafizah segera membuka laptopnya. Dikerling jam di sebelah.
“Belum masuk waktu maghrib lagi,” Lantas Hafizah menghela nafas kelegaan. Dia mahu online biarpun sebentar cuma. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Jarinya pantas klik di Group SKPL hebat. Matanya tercari-cari yang mana satukah Azhar yang dimaksudkan.
“Azhar Zulkarnain!” Terjerit kecil. Benarlah tekaannya. Lelaki itu! Lelaki itu muncul kembali.
“Sayang, dah maghrib. Pergi solat,” Suara dari luar mematikan lamunan panjang Hafizah. Dengusan perlahan kedengaran. Hafizah bergerak perlahan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Tak mahu membiarkan emosi mengawal diri. Dia perlu lekas menenangkan semula jantungnya yang berdetak hebat. Kalah gempa bumi!

Usai solat dia memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana masih lagi bernafas. Maghrib menandakan masuknya hari baru dalam Islam. Dia bersyukur kerana emosinya stabil kembali. Azhar Zulkarnain kembali lagi. Dia tahu, dia perlu bersedia berhadapan dengan lelaki itu. Cikgu Azhar yang juga guru baru yang akan mula bekerja pada hari Isnin nanti. Maka, bermulalah rasa kurang selesa Hafizah kerana terpaksa bertentang mata dengan bekas pakwe cinta monyetnya dulu.

Xxxxx

Perhimpunan pagi sangatlah lama. Dia tahu dia tak patut tidur lambat. Sekarang mata hampir terkatup gara-gara mendengar ceramah tentang Program Nilam di sekolah.

“Hai cikgu,” Hafizah memandang ke belakang. Lelaki itu!
“Hai,” Malas Hafizah melayan. Entah bila lelaki itu duduk di belakangnya. Hampir saja kantoi saat matanya terlelap.
“Izah, khusyuk awak dengar. Hai saya Azhar. Awak boleh panggil saya, Har,” Ketawa sinis di hujung katanya. Azhar memang sengaja. Sengaja mengganggu emosinya. Hari pertama sudah buat kacau. Hafizah mengeluh perlahan.
“Ya, saya tahu nama awak Azhar,” Dengan malas dia membidas kata lelaki itu. Perasaan dalam hatinya hanyalah menyampah, menyampah apabila mendengar suara lelaki itu.
“Amboi, sombong betul. Mentanglah awak senior kat sekolah ni,” Azhar sungguh menjengkelkan hatinya. Semua menepuk tangan. Penceramah telah selesai tugasnya. Hafizah tak ketinggalan menepuk juga. Dia bosan. Dia mahu cepat-cepat beredar.
“Izah, saya gembira jumpa awak lagi,” Senyuman meleret membuatkan hati Hafizah lagi kacau bilau. Dia terus saja menuju ke bilik guru. Tak mahu Azhar tahu gelodak jiwanya kala ini.
‘Arghhh! Kacau’ Hatinya rimas.
“Cikgu Hafizah, kejap!” Hafizah terhenti. Suara Penolong Kanan!
“Ya, puan. Ada apa?” Sopan gayanya. Azhar sengih di belakang.
“Saya sebenarnya tak nak ganggu masa P&P awak, Izah. Tapi kita tak cukup cikgu nak handle kelas 4T. Boleh awak masuk tak masa 4 dan 5? Saya tahu kelas tu nakal. Tapi tolong saya ye, Izah?” Hafizah terpegun seketika.
‘Satu jam? Kelas hujung pulak tu. Hurmm’ Dia masih berfikir dalam hati.
“Okey je cikgu. Lagipun, saya boleh bagi budak-budak kerja masa tu,” Hafizah tak mahu menolak. Walaupun, sudah jelas masa itu adalah masih waktu P&Pnya.

Azhar senyum manis. Dia kagum dengan Hafizah. Tak pilih kasih dalam memberi ilmu. Dia tahu tugas Hafizah bukan seperti guru biasa. Dia tahu Hafizah merupakan guru Prasekolah. Nampak remeh kerana hanya mengajar kanak-kanak berumur lingkungan 5 hingga 6 tahun. Namun, itulah asas pendidikan kanak-kanak sebelum ke alam persekolahan sebenar.

Xxxxx

Salam dari luar disambut mesra. Riuh rumahnya menerima tetamu. Majlis doa selamat sempena berpindah ke rumah baru. Memang sengaja Hafizah menjemput satu sekolah. Maklumlah, suaminya juga mahu buat besar-besaran.

“Masuklah Kak Su. Sorang je ke?” Hafizah menjemput Suriani masuk. Matanya meliar melihat suami atau anak Suriani. Namun, tak kelihatan.
“Aah akak ni solo je malam ni. Anak dengan bapaknya sama-sama pergi Bukit Jalil. Ada match malam ni kan?” Hafizah ketawa. Dia faham perasaan Suriani kerana dia juga bukanlah peminat bola sepak. Sebut saja bola, pasti dia menarik muka.
“Aah kan Kak Su. Ada bola. Itulah si Izah ni beria nak buat hari ni. Pandai sangat pilih tarikh,” Suriani ketawa. Hafizah menjeling suaminya tanda protes.
“Apa saya pulak? Abang kan yang setuju,” Lengan lelaki itu jadi sasaran. Cubitan hinggap di situ.
“Amboi, sedap kata abang. Malulah tu nak mengaku depan Kak Su,” Suaminya menyakat lagi.
“Abang, jangan mengada okey. Kang ada yang tidur luar malam ni,” Suriani masuk ke dalam kerana malas layan kedua suami isteri bertengkar. Malas masuk campur hal rumah tangga orang.
“Apa? Sekarang dah pandai mengugut ye. Siapa ajar ni?” Azhar menjegilkan mata.
“Abang yang ajar,” Hafizah ketawa lepas. Dahi Azhar Zulkarnain berkerut seribu.
“Bila masa?” Letih dia mengingat semula. Hafizah ketawa lagi. Perutnya ditekan perlahan. Sakit!
“Kenapa ni sayang?” Suaranya berubah. Risau! Hafizah masih lagi menunduk.
“Izah, kenapa ni? Sakit kat mana?” Peluh dingin di dahi Azhar. Hatinya lagi runsing.
“Tak. Saya tak…” Ketawa ditahan-tahan. Azhar duduk dan mendongak ke isterinya. Dia memandang wajah isterinya dalam-dalam. Hafizah orang kesayangannya. Hafizah tak boleh sakit. Tak boleh! Dia tak mampu menanggung rasa bila melihat isterinya sebegitu.
“Abang, bangunlah. Saya okey je,” Malu menyerbu mukanya. Muka suaminya yang sangat serius membuatkan ketawa Hafizah terhenti.
“Jangan mainkan abang boleh tak?” Azhar mendengus geram. Hafizah terdiam.
“Saya tak mainkan abang pun. Saya sakit perut sebab gelak je tadi,” Kendur suaranya. Takut dengan muka Azhar yang berubah serta merta. Hafizah langsung tak berniat! Tiba-tiba pelukan erat dirasakan. Azhar memeluknya! Dikhalayak pula. Hafizah malu tiba-tiba.
“Abang…lepaskan saya. Orang nampaklah,” Hafizah meronta perlahan. Azhar tersenyum.
“Biarlah orang nampak. Kitakan pengantin baru,” Azhar menyakat isterinya pula. Hafizah tersenyum bahagia.

Akhirnya, rangkulan mereka itu terlerai setelah suara-suara nakal mengusik jiwa mereka. Ya, benarlah kata orang kalau jodoh takkan ke mana. Usah mengingati kisah dulu dan buka lembaran baru. Bagi Hafizah, Azhar harus dilupakan. Kenangan biarlah menjadi kenangan. Tapi rahsia Allah siapa yang dapat menekanya. Lari jauh manapun, kalau itu ketentuanNya tetap juga kita bersama orang yang sama.

Nota Iffah: Tajuk cerpen hasil dari Kak Ipar punya idea. Cerpen terhasil sebab dia dan juga sempena hari guru. Oh pasal beg itu? Beg aku baru beli. Saja nak sebut dalam cerpen ni. Encik Azhar(Anon) saya pinjam nama awak! Nama kawan aku, Hafizah dan Masrifah juga!
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

Elly Jade said...

ini ke begnyaaa???waaaaaaaaaaaa
frust smp x nak baca cerpen.hahaha

Anonymous said...

JAdi PELAkon CERpen LAgi.
AGak2 DAPat ROYalti TAk? :)
p/s :AZHar BUta+PEKak+BiSU EQUal O.K.U :)

Unknown said...

warghhhh nk jgk mcvm nihhhh hihi

Nong Andy said...

cantik tajuk cerpen... lain kali nak pinjam boleh? hehehe

ewah..ewah.. kemain lagi Azhar! :)

oh.. baru tahu.. cinta tu maknanya OKU hehehe...

Unknown said...

best..

reenapple said...

heeee... sweet. itulah walau sekali kita mengelak.. Jodoh itu telah ditetapkan.. Dan dengan orang yg tidak disangka3... huuu.

#eh.. ANON tu nama Azhar ya... heee.. Akhirnya daa mengaku.. kekeke

Ce'gu JAERA said...

wah, jalan cerita yang menarik.. harap xda anon yang datang menyerang kat sini (",)..

salam hari guru cikgu Iffah

Kira Sakura said...

kenangan mmg ada kalanya menyakitkan tapi kalau kenangan tue yg mampu membahagiakan hari mendatang tak salah kalau jemput dia datang kembali kan.. hihihi

si jari sepuluh said...

best lepak sini. cume malas nak carik episod yang besambung2 je. alahai...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers