CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Sahabat sampai bila-bila

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Jom jumpa nak?” Umi mengajak aku. Aku senyum. Teruja sebentar.
“Bila?”
“Jumaat ni,” Aku memikirkan sejenak. Mahu melompat kala ini.
“Okey, insyaallah tak ada halangan nanti kita jumpa. Siapa je pergi?”

Perbualan itu terus rancak. Segalanya sudah terbayang di mata. Seronok tak terkata. Sahabat akan berjumpa dan bermesra bersama. Itulah saat indah yang aku nantikan selalu.

Xxxxx

Lama kami menantikan kehadiran sahabat lelaki. Ya mungkin orang akan risau bersahabat dengan lelaki. Tapi tidak aku. Aku tahu dia boleh menjaga batas antara kami. Yang nak jumpa bukan berdua. Persetankan pandangan masyarakat. Kami tak salah. Persahabatan tak salah.

“Lamanya. Mandi ke apa ni?” Aku mula membebel.
“Ala saya tunggu mesej dari korang. Tak ada hint. Tu lepak lama kat rumah,” Haziq membela diri.
“Kita nak pergi mana ni?” Umi menyoal. Aku geleng kepala. Lantas memandang mamat yang sibuk membuka pintu kereta.
“Saya ikut je,” Haziq tersengih macam kerang busuk. Aku memandang Umi. Ada sesuatu yang dia ingin katakan. Tapi dia berat hati. Biarlah aku saja yang utarakan.
“Jom pergi KL Sentral. Ada MPH bookfair,”
“Saya tak kisah. Jomlah, nak bawa korang berjalan dengan gembira hari ni,” Umi tersenyum malu. 

Kereta Produa Kelisa terus menuju ke Kuala Lumpur. Murninya hatimu sahabat. Sanggup bersusah payah kerana memenuhi keinginan kami. Aku senyum sendiri. Banyak benda dibualkan. Banyak sangat sampaikan aku tak pernah bosan duduk sepanjang perjalanan menuju kota raya.

Xxxxx

Kami berjalan, melihat dan mentafsir. Mula sampai dah rasa kecewa. Aku pujuk hati Umi. Mungkin tiada rezeki kami. Book Fair sudah tamat. Namun, takdir Allah menemukan kami dengan MPH book fair. Kami gembira tak terkata.

“Tengok!”
“Aahlah. Jom tengok buku,”
“Mesej Haziq, kang dia risau kita tetiba hilang,” Aku mengingatkan Umi. 

Aku dan Umi sama-sama gila buku. Cuma genre buku kami berlainan. Tapi tak mengapa. Janji minat membaca itu ada. Baucer digenggaman Umi dipandang sepi. Aku cemburu. Namun, jadi manusia seharusnya tidak tamak. Aku redha. Banyak buku. Mata menjadi rambang.

“Apa yang dibeli?” Haziq menegur.
“Tak ada. Umi tu banyak diborong. Mentang ada baucer,” Aku sengaja menekankan soal baucer yang diberi kerajaan.

Kami terus menyelusuri gedung ilmu tersebut. Aku tiada rasa membeli buku kala ini. Lantas menelek sahaja. Haziq juga mencapai satu buku. Keduanya sama citarasa. Aku tak.

“Eh buku ni sesuai untuk korang,” Aku menunjukkan buku gerbang pernikahan. Banyak pula buku pasal kahwin hari ni. Aku mula tersengih sendiri.
“Apa pulak? Untuk Umilah,” 

Keduanya berlawan kata. Tapi taklah sampai bertikam lidah. Aku bahagia punya sahabat begini. Yang sentiasa ada menemani susah senang. Yang sentiasa sokong walau jauh dari pandangan. Yang prihatin tak kira masa dan tempat.

xxxxx

Umi mula mengadu sakit perut. Aku gundah. Diam dia di tempat duduk belakang.
“Umi, okey tak ni?”
“Aah kalau tak okey kita berhenti beli ubat sakit perut,” Haziq mencelah. Umi melarang. Sepanjang perjalanan hanya aku dan Haziq berborak. Umi dibiarkan rehat seketika. Sesampainya kami di kedai makan. Haziq terus ke kedai berdekatan. Niatnya untuk membeli ubat. Ya ubat untuk Umi. Aku menyokong saja.
“Nah ini je ada,” Umi terharu. Aku juga.
“Ala kenapa beli? Susahkan awak je,”
“Apa pulak susah? Kalau saya ada kuasa, saya nak je sakit tu biar saya tanggung,” Aku dan Umi sama-sama terkedu.
“Jangan merepek boleh tak?” Umi lesu.
“Betullah. Kesian tengok awak sakit macam ni,”
“Aah Umi. Susahkan korang je datang jauh ke sini,” Aku mula rasa bersalah. Jauh mereka berjalan. Keduanya masih penat. Aku tahu. Sengaja mereka sembunyikan.
“Apasal pulak? Tak menyusahkan pun. Awak sakit. Takkan saya sanggup bagi awak naik KTM sorang-sorang?” Haziq selalu menunjukkan sifat kebapaan. Aku terharu.
“Dah Umi, cepat pergi sapu ubat kat perut tu,”
“Aah, tandas ada kat sana,” Aku menunjukkan arah. Risau. Tak pernah-pernah Umi sakit begini. Umi pergi. Aku merenung ABC yang mencair. Aku tahu Umi batuk tapi aku benarkan juga dia makan ABC. ‘Apa punya kawan aku ni’ Getus hatiku.

Kami berpisah petang itu. Aku tak henti menghantar mesej. Risau keadaan Umi. Ingin saja aku mengikut mereka pulang. Namun janji pada keluarga harus aku tepati. Hati gundah memikirkan Umi sebenarnya. Mujur saja Haziq melaporkan setiap masa. Umi berehat. Aku malas mengganggu. Aku harap sangat sakitnya akan hilang. Haziq memang mengambil berat. Aku tahu aku tak perlu risau dengan adanya dia di sisi Umi.

xxxxx

Semalam masih segar diingatan aku. Kami bertiga bersama meredah hutan batu bandar metropolitan. Ya cuma bertiga. Dia seorang lelaki dan kami perempuan. Lagaknya seperti abang. Buat kami rasa selamat bersamanya. Walaupun orang kata jangan mudah percaya orang.

Walaupun kenal hanya di alam maya, eratnya kami umpama tali yang diikat mati. Tiada apa yang bisa menggoncangkan ikatan suci ini. Siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat? Aku menidakkannya. Kami sahabat selamanya.Umi, Haziq dan aku. Sahabat sampai bila-bila. Aku selalu terngiang-ngiang kata-kata Haziq hingga kini.

“Korang kena pergi majlis kahwin saya, kalau tak merajuk sampai bila-bila!”
“Aku janji aku akan pergi,” Aku menanam janji. Walau tak tahu bilakah masa itu akan tiba. Adakah nyawa dikandung badan. Aku tetap berazam aku akan pergi. Umi juga begitu. Persahabatan bukanlah untuk suka semata-mata. Aku sayang persahabatan yang terbina ini.

Tamat!
Nota Iffah: Cuba genre berbeza. Perspektif berbeza. Hayatilah karya yang tak seberapa ini. Ini kisah benar=)

Ps: Dia dan aku bersahabat juga.

13 comments:

Eza Boom Boom :) said...

best la ada kawan rapat lelaki bloggers yang dekat2 tempat. Huhu. Susahnya nak cari kengkawan lelaki yang minat blogging... :(.

Semoga persahabatan korang berkekalan yea... ^^

Nong Andy said...

sahabat lelaki? oh.. susah di cari. ah.. lupa! memang ada bebarapa.. tapi tak serapat mana :)

Hubby ku sahabatku.. gitu boleh? hehehe...

Muna rahimah said...

Suka blog ni . karya kak iffah sume best best kebaboom ! ^___^

.........cP~ said...

Teringin jugak nak buat genre macam ni. Tapi, masih mencari idea. Nak lari dari kisah cinta pulak. Hehe.
Orang selalu cakap, lelaki perempuan ada ke yang kawan biasa je? Saya rasa boleh je, tapi, sebab orang selalu cakap macam tu, saya melarikan diri. Huhu.Pernah kena fitnah. Sedih.

shera haifa said...

sahabat susah sukar di cari.. tp bila dh jumpa, yang kenal d alam maya pun jadila asalkan betul-betul baik dan ikhlas..

headayahchul :) said...

memang best laa , sy pon ade gak bkwn mcm dlm cerpen ni

maszull said...

assalamualaikum iffah....wah cerpan yg sama dengan sunah ni mesti sama2 jumpa yer...:)

Zakaria's daughter said...

wt novel la lpas ni sisss :D
ada bakat ada bakat. heks

Teenager Housemaid said...

best cerite ni..:D

berbeza.. kalau lah ni kisah benar, nak doakan diorang berdua bersahabat hingga ke akhirat..hehe..:)

EL MARIACHI said...

Kisah Benar - Kisah Mixed - BEST

reenapple said...

yeah... nak juga persahabatan macam ni..=)

kiera'sakura said...

semoga persahabatan antara korang bertiga yang terjalin bukan jer erat di dunia malah hingga ke Jannah hendaknya.. Amin :)

Ruzzezanie said...

eh..eh.. kite baru jadi kawan kan? kan? baik ngaku!!!

* semoga perkenalan kita kekal selamanya. aminn~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers