UPDATE!
Hari esok adalah hari penting untuk aku dan kawan-kawan. Kenapa? Sebab yang pertama kami kena berjumpa dengan pihak pentadbir. Temu bual diorang. Huh semangat aku lemah je bab-bab ni. Self esteem yang sangat rendah. hehe Tapi ada akak gemok yang sangat ramah. Boleh coverkan. Kami bukan gadis ayu yang tersipu-sipu malu tapi kami memang pemalu dan tak malu bila datang gila je. hehe
Hari esok jugak ada KEMPEN DERMA DARAH. Memang seronok. Setiap tahun ada je kempen ni kat kampus ni. I like! Kita bukan berduit. Jadi inilah cara yang baik untuk membantu orang. Setiap titisan darah amat bermakna. Esok kami dah rancang nak derma LAGI. Buku merah dah ada. Baru sekali je berkesempatan sebab tahun lepas hemoglobin tak cukup. Sedih! Penat jari sakit dicucuk akhirnya tak berjaya. Esok cuba lagi. Doakan kami boleh. Oh ya CIK gemok tak join. Sebab dia penakut. Dari dulu lagi. Macam-macamlah. Penat dah pujuk. Jadi aku pergi dengan cik LJ, nama baru ni iaitu cik lonjong. EXCITED!]
Jadi kalau korang rasa korang tak pernah derma darah sudi-sudikanlah menderma. Darah itu penting. Kita boleh selamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. JANGAN KEDEKUT! Sebab kita ni milik ALLAH SWT, bila-bila masa kita akan dipanggil menghadapNYA. Bersediakah kita dengan bekalan yang ada? Muhasabah diri. Kalau tak dapat nak derma sebab kesihatan tak payahlah derma. Jangan sebab niat baik kita pulak yang sengsara. Stay tuned. Esok tengoklah dapat derma ke tak. DOAKAN KAMI!!!!
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment