ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Akhirnya baru aku ada kesempatan nak mengarang. Inipun sebab ada mamat paparazzi sibuk menggosipkan aku kononnya ada pakwe blogger. Kang isu ni jadi besar pulak. Sabar jelah. Tak apa yang penting hati aku, diri aku Allah tahu. Yang lain ikut dioranglah fikir apapun kan?
Bila sebut cinta antara blogger ada yang mencebik muka, ada yang senyum sampai ke telinga. Memang ada yang tak percaya pada cinta alam maya ni. Tapi tak semua alam maya ni menipu. Alam realiti pun ada je yang menipunya. Kadang semua ni bergantung pada diri jugak.
Risiko percintaan memang banyak. Tak semestinya antara bloggger semata-mata. Jangan takut berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak. Jadi persiapkan diri dengan dugaan yang mungkin mendatang. Cemburu tu biasalah. Lagi-lagi kalangan blogger popular kan?
Cinta memang bukan untuk dipaksa. Cinta juga bukan kita yang minta. Dia datang tiba-tiba. Jadi tak boleh nak menghukum cinta antara blogger tak boleh dipercayai. Bila dah di alam percintaan, masing-masing kena pandailah bawak diri. Macam mana nak kekalkan hubungan tu.
Jadi tak semestinya cinta antara blogger tu tak bagus. Ada je yang dah kahwin pun. Semua bergantung pada jodoh. Niat kita jugak. Jangan sebab ia berdasarkan cinta alam maya, kita nak terus hukum cinta blogger ni tak boleh dipercayai. Percayalah dunia blogger ni hanya salah satu medium yang Allah aturkan untuk jodoh kita. Siapa tahu? Cinta antara blogger akan berkekalan ke syurga. Insyallah.
Nota Iffah: Serius tak larat T_T
23 comments:
Smoga bhgia bsama blogger tsayang..ekeekek..lariiiii
betul tu! yang penting niat kita nak bercinta tu ikhlas kerana Allah..
kalau dah jodoh tu x kemana kan..tak kisah la di mana pun kita kenal...janji nawaitu tu...
kalau dah suka sama suka,,.. apa salahnya ye tak ..
sama kes dengan cinta muka buku la ni..heheh..salam kenal...singgah dari blog paris lipton
semuanya terletak pada kpercayaan masing2.
bukan blogger pn ada je yg tak kekal.
huhu..
yu becinta ngan sape ni???
marah aku la tu..aku gurau je wei..haha..sentap ke??
btl tu..sy stuju ngan n3 ni..pe salahnye kalau bercinta sesama blogger,xde bezanye pun dgn pasangan2 lain..Allah dh aturkan cara perkenalan melalui blog, so terima je la.sama ada kenal dari alam maya ataupun kenal di dunia realiti kite kene ttp berhati2..:)
*sy kenal bakal tunang sy pun melalui seseorg yg nak dijodohkan dgn sy sblm ni...jodoh kite xtahu bagaimana Allah menentukan cara pertemuan kite..:)
hurm..bercinta sesama blogger ke, artis ke, sesama rakan sekerja ke janji itu jodoh yg Allah tentukan kita terima dgn hati terbuka.
p/s:iffah sht?
bercinta sesama blogger ? ade ke ?
Saya tidak tahu ada perkara sebegitu.haha.
Cinta datang dari pelbagai sudut.. biar jauh beribu batu.. biar bertemu dlm maya atau realiti.. sekalipun cuma dlm mimpi.. kalau dah ketentuanNya.. pasti berkekalan :)
aku avoid cinta sesama blogger..=)
Tak cari tak menolak. Jodoh kan..
cinta antara blogger... wowww.. Indahnya kan kalau betul2 jadi realiti.. ehe
mcm reen akakpun avoid. sebetulnya bukan menidakkan. tetapi rasakan paling hapenning kalau berkawan dengan girangnya. tapi kuasa DIA, kalau karma datang menerpa. hahahahaha....
cinta antara blogger??? Fuhh.. Tak dijangkau dek akal.. hihik ;) Sebab Eza tak banyak rapat ngan blogger laki ;)
betul.cinta antara blogger satu medium utk jumpa jodoh.xsalah kalau itu caranya..yg pntg niat ikhlas utk jadikan pasangan hidup,bukan utk berskandal bagai
tak salah kalau nak bercinta sesama blogger,,yg penting ikhlas,,err,,ade ke blogger lelaki yg solo?;-P
susah nak cari org yg betul2 ikhlas.. kalau berkenalan melalui alam maya nie lagi menakutkan... tapi ada juga yg betul2 jujur dan ikhlas...
cinta antara blogger? penah je dgr..ade yg smpi kawin kan..emm syoknye haha
insyaAllah.. itu jer yg mampu kata :)
mana tau tu jodoh kan huhu
tu la ada juga terfikir nak cari jodoh dikalangan blogger hehe.
kerana kita boleh meramal hati dan kematangan seseorang dengan cara mereka berfikir dan cetusan minda mereka. lebih-lebih lagi wanita menulis melalui apa yang dirasa (hati) tapi lelaki menulis apa yang difikir. :)
Post a Comment