CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Siapa dia sebelum daku

Norshidah segera berlalu setelah mengalas perutnya di gerai Mak Siti. Temujanji yang dijanjikan pukul dua. Tapi dia masih belum membeli cenderamata yang sesuai. Hari ini detik bersejarah dalam hidupnya. Dia perlu menepati masa.

Telefon berbunyi. Segera dia menjawab.

"Awak kat mana tu?" Adzman mendengus. Lama dia menanti.

"Saya kat kedai lagi ni. Tak sedap hati pulak jumpa mak awak tak bawak apa-apa," Shida serba salah. Dia sedar dia terlewat.

"Awak ni janji macam mana? Mak saya dah nak sampai. Apa saya nak jawab?" Dia bengang. Dia merasakan yang kekasih tipunya tak akan menepati janji. Mujur saja wang upah hanya muka baru diberi.

"Sorry. Kan awak jugak cakap tackle hati mak awak. Saya nak beli something untuk dia. Walaupun awak tak suruh," Shida geram. Dia tahu dia hanyalah kekasih upahan semata-mata tapi dia juga punya hati dan perasaan.

"Saya bagi masa 15 minit. Kalau awak lambat, perjanjian kita tamat dan saya cari orang lain untuk ganti," Berderau darahnya mendengar. Dia sangat memerlukan duit itu.

"Kak berapa ni?" Tergesa-gesa.

"RM 138.90 dik," Shida terkejut namun tetap menghulurkan 3 keping not 50.

*****

"Mak, Man rindukan mak," wanita tua itu dipeluk erat. Shida masih tak nampak bayang.

"Yeke rindu mak ni? Mana buah hati kamu tu?" Puan Hanani memandang sekitar airport.

"Dia dalam perjalanan. Kejap lagi datanglah. Mak sorang je ke?" Puan Hanani tarik muka.

"Hai bakal menantu apa datang lambat. Kamu tau kan mak tak suka menunggu," pertanyaan anaknya dibiar sepi. Kerusi kosong di kejar. Risau orang lain pula ambil.

"Mak, dia bukan sengaja. Sakit perut. Salah makan kot,"

"Sakit perut ke memang sengaja tak nak datang?" Tiba-tiba sorang wanita datang menghampiri. Puwn Rohaya tersenyum. Adzman memandang dan kaget tiba-tiba.

*****

"Mati aku. Lambat sangat dah ni," Shida melajukan langkahnya. Sesak di lapangan terbang menyukarkan dia mencari kelibat kekasih tipunya itu.

Langkah semakin laju dan pranggggggg! Keduanya terduduk. Mata di sekeliling mereka memerhati pelik. Shida cuba untuk bangun. Namun, saat itu dia terpandangkan Adzman dan seorang wanita tua sedang berpeluk dengan wanita muda. Dunianya kelam.

"Awak tak apa-apa?" Adznan mencangkung di depannya.

"Eh Man. Awak bukan ada kat..." jari telunjuk menunjuk. Mulut ternganga tiba-tiba. Adznan memandang juga. Tertawa kecil.

"Kot iyapun bangunlah dulu saudari. Tak malu ke orang pandang kita?" Shida tersedar dan malu sendiri.

"Oh ya. Saya bukan Man. Saya Ad," Shida blur.

"Marilah saya kenalkan. Biar awak faham,"

"Tapiii..."

"Tapi apa? Bukan saya nak culik awak pun," Adznan ketawa.

"Eh teko saya. Mana teko saya?" Adznan terkejut. 'Peminat teko. Sama dengan aku'

"Errr awak. Yang tu ke?" jauh terpelanting. Shida segara pungut. Malang sekali teko itu pecah. Disebabkan kelam kabut dia tak sempat ambil kotakpun. Raut wajahnya jelas kecewa.

"Maaf, saya tak sengaja. Teko awak tu nanti saya gantikan yang lain," Matanya mula berkaca. Adznan panik.

"Awak jangan menangis please!" Adznan separa merayu.

"Awak tahu tak teko tu mahal. Ada satu unit je lagi. Tapi disebabkan awak, semua hilang sekelip mata. Duit melayang. Tak ada harapan yang tinggal," Tangisan makin kuat.

" Saya tak sengaja. Kalau pasal duit, saya boleh bagi. Tapi tolonggg. Tolong jangan menangis di sini,"

"Baik awak pergi. Saya nak sendirian. Awak dan orang yang muka sama dengan awak memang menyakitkan hati!" Shida duduk dan mengutip plastik berisi serpihan teko antik yang pecah. Adznan serba salah. Saat itu emaknya melaungkan namanya. Shida dibiarkan sendirian.

*****

"Abang, tak sangka secepat ni abang dah ada calon isteri. Ad jugak yang single," Adzman ketawa. Kalaulah adiknya tahu helah dia dan perempuan ini.

" Jodoh adik ada. Percayalah," Senyum sumbing.

"So bila nak nikah?" Mastura tersedak. Puan Hanani terus menerpa ke arah bakal menantunya. Sayang benar dia dengan Mastura. Baginya Mastura bagaikan bidadari.

"Mas okey? Kenapa sampai tersedak ni?" Mastura serba salah.

"Tak ada apalah mak. Ada orang sebut isu sensitif," Dengan selamba Adzman mengungkit hal nikah depan maknya. Mastura terperangkap. Adzman janji hanya berlakon sekejap cuma.

"Oh pasal tulah menantu mak macam ni. Bila Man dengan Mas nak langsung? Mak tak sabar dah ni," Senyum meleret. Bahagia Adzman rasa. Adznan cemburu dalam diam.

"Man okey je. Tanyalah Mas. Diapun ada familynya. Takkan nak ikut dan je," Jawapan Adzman rakan karibnya membuat Mas terikat. Antara janji dan nilai persahabatan mereka.

"Mas ada mak ayah lagi. Kalau boleh tanyalah mereka dulu," Segera Puan Hanani mencium pipi kiri kanannya. Seronok bukan main.

*****
"Kenapa tiba-tiba Mas?" Adznan bengang. Dia ras tertipu dengan Mastura teman sekelasnya.

"Saya tak tahu. Ni semua rancangan abang awak. Sekarang saya dah tak ada jalan lain. Mungkin inilah jodoh saya," Mastura sememangnya redha.

"Senang awak cakap. Kita pernah berkasih dulu. Awak lupa? Macam mana saya nak duduk serumah dengan awak? Itupun sebagai kakak ipar? No!"

"Ad, itu kisah lama. Saya pun dah tak nak ingat. Kisah cinta monyet kita biarlah rahsia. Abang awak sebolehnya nak tengok mak awak bahagia. Sebab tu dia setuju je,"

"Apa maksud awak?" Adznan terperanjat.

"Kami tak bercinta. Saya sebagai ganti perempuan upahan abang awak. Kebetulan saya terhutang budi dengan Man. Jadi inilah jalan terbaik membalas budinya selama ni," Mastura menyembunyi rasa. Rasa terpendam sekian lama.

"Baiklah jika awak sudah tetap pendirian. Tapi kalau kelak awak kecewa jangan menyesal. Sebab awak mulakan permainan ini. Untuk pengetahuan awak, saya pun bakal berkahwin. Jangan risau, lepas kahwin saya akan pindah keluar,"

Mastura tersentak. Namun dia pasrah. Hatinya sudah tekad. Jiwa raga telah diserahkan pada seseorang yang istimewa.

*****

"Will you marry me?" Shida tersentak. Teko antik lebih menarik minatnya. Lelaki itj. Lelaki di airport.

"Cantik teko ni. Mana awak dapat?" Adznan masih melutut menanti jawapan. Namun hampa. Shida masih memegang teko antik itu. Khusyuk sekali.

"Awak! Boleh tak pandang saya? Saya tengah melamar ni," Shida tergamam. Lupa tentang ayat keramat lelaki itu.

"Wait! Awak melamar saya? Jangan merepek. Takkan saya artis yang kena bang bang boom?" ketawa dibuat-buat. Peluh mula terbit.

"Norshidah, walaupun kita jumpa hanya sekali. Itupun secara tak sengaja. Tapi saya yakin awak adalah tulang rusuk yang hilang. Sudikah awak menjadi isteri saya, ibu kepada anak-anak saya, pengelap teko antik saya sehingga nyawa memisahkan kita? Sudi tak?" Shida menangis.

"Orang tua-tua kata diam tanda setuju. Menangis tanda apa pulak ye?" Adznan buat lawak tak berapa lawak. Shida mengesat air matanya.

"Mana awak tau nama saya? Mana awak tahu saya suka teko antik? Mana awak tahu saya single? Kalau saya dah bersuami macam mana?" Bertalu-talu soalan. Adznan ketawa.

"Awak ni. Kelakarlah. Entahlah. Saya pasang spy. Spy tu handsome. Single. Kaya pulak. Dia suka kumpul teko jugak. Lagi-lagi teko antik macam awak. Dia jugak..." Kata-katanya terhenti.

"Apa ni puji diri sendiri? Cakap jelah yang awak tu spy saya. Sekarang ni saya pelik satu hal je," Shida tersenyum.

"Apa dia wak?" Tak sabar rasa.

"Kenapa melamar saya guna teko? Tak romantik betul," Keduanya ketawa.

*****

Siapa sangka hanya kerana teko dua insan bersatu. Romantik bukan hanya sekadar kata-kata manis. Cinta bukan penghalang untuk mendapat sebuah kebahagiaan. Keserasian mampu menerbit rasa cinta. Hanya hati perlu dibuka untuk terima kehadiran cinta.

Nota Iffah: Cerita rekaan semata. Ni entry untuk PAM. Dia nak baca kalau cerpen ada teko. Inilah aku tunaikan hasrat dia. Semoga korang terhibur.

Ps: Dia nak bagi apa eh kalau melamar?
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Sunah Sakura said...

hamboi...kerana teko! kak shida..aww...

Unknown said...

pam tu hape weyh

Ku Azhar said...

aiyoook!!!!! hehehe

aamalinaazman said...

pehhhhhhhhh
ligat otak opah bace niii
hehe
kerana tekoo!
nice!

zahidah seran said...

oh sweet kot melamar dengan teko..=)

KaK LimAh Si SupiR said...

alahaiiii..dh tebayang2 kaklimah laa syida..wakaka :P

Unknown said...

special..teko...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers